ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 21 February 2013

Al-Quran Waqaf & Ibtida' saiz sederhana ~ Tan Sri Hassan Azahari, Dr. Raof Tan Sri Hassan

Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan ti, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

Didatangkan dengan saiz yang lebih kecil berbanding yang sebelumnya untuk memudahkan pembaca membawanya ke mana-mana. Lebih praktikal dan semoga lebih bersemangat untuk membacanya. Dua warna pilihan turut diberi untuk pilihan pembaca.

Saiz: 13.5cm x 19.2cm

*****

(SEM & S/S) RM55.00 - RM48.40

Al-Ustaz Edisi Khas 5 Dalam 1 ~ Telaga Biru

“Suatu bab daripada ilmu yang dipelajari seseorang untuk memperbaiki dirinya dan orang lain itu lebih baik daripada ibadat setahun penuh.” Qatadah bin Diamah al-Basri.

Buku ini adalah kompilasi 5 majalah al-Ustaz terawal. Isu 1 hingga 5. Ia lebih praktikal untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan ke mana sahaja anda pergi. Ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kerana umumnya masyarakat hari ini masih jahil dalam soal agama dan tidak tahu kepada siapa mahu bertanya. Sama-sama kita menyampaikan dan membantu masyarakat kita agar lebih cinta agamanya.

*****

(SEM & S/S) RM45.00 - RM39.60

Melakar Syurgawi Dunia ~ Saat Sulaiman

“Rumahku, Syurgaku”. Satu ungkapan yang sangat sinonim dalam masyarakat kita. Namun, berapa ramaikah yang benar-benar menghayati dan memahami makna disebalik ungkapan tersebut? Jika ungkapan ini benar-benar diamalkan, dihayati dan difahami oleh setiap keluarga, nescaya tiada masalah sosial yang perlu dirisaukan masyarakat.

Ibu bapa merupakan tonggak utama dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Jika pencorakan yang dipraktikkan ibu bapa mengikut lunas-lunas Islam, insya-Allah anak-anak yang terbentuk adalah yang berkualiti untuk kemaslahatan ummah.

Oleh itu, buku ini harus dimiliki sebagai panduan bersama ahli keluarga agar setiap daripada kita dapat memainkan peranan masing-masing demi pembangunan ummah yang berjaya dunia dan akhirat.

*****

(SEM & S/S) RM28.00 - RM24.60

Wednesday, 13 February 2013

Ustaz Azhar Idrus Live ~ Ustaz Azhar Idrus, Athool

Dakwah perlu berterusan. Itu hakikat yang tidak boleh disangkal dalam usaha memastikan syiar Islam terus berkembang. Secara fitrahnya, manusia perlu kepada dakwah. Manusia perlu kepada nasihat dan peringatan. Setiap nasihat dan peringatan yang disampaikan dalam dakwah umpama vitamin yang boleh menyuntik kembali diri manusia. Vitamin ini akan memastikan manusia kembali segar dan bersemangat dalam memperbetul amal dan menyemarakkan keterujaan untuk terus beramal. Namun, dakwah pada hari ini perlu lebih kreatif dalam menarik perhatian setiap lapisan masyarakat.

Naskhah komik “Ustaz Azhar Idrus Live” ini merupakan kesinambungan legasi penyampaian dakwah yang berhikmah dan segar demi mewujudkan umat Islam yang berhemah. Komik ini sangat menarik dengan ulasan oleh Ustaz Azhar Idrus yang hanya merungkai setiap permasalahan dengan begitu bersahaja tetapi tetap bermanfaat. Setiap lakaran kartun bersama informasi yang disampaikan secara tidak langsung dapat mengajak semua lapisan pembaca terutamanya anak muda menghayati kenikmatan ilmu dakwah.

*****

(SEM & S/S) RM15.00 - RM13.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...