Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday 12 May 2013

Angguk Geleng ~ Pahrol Mohamad Juoi, Husna Hassan

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya “diundang” ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria malah tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan.

Buku ini, insya-Allah akan menyebabkan kita rasa bersalah tanpa terasa dipersalahkan. Buku ini wajar dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat kerana memaparkan kisah-kisah yang dapat memberi kesedaran jiwa dan minda; paparan kisah dalam keadaan yang bersahaja tetapi mampu membuat kita mengangguk–mengiyakan kebenaran; paparan kisah yang mampu menyentak kotak fikiran sehingga kita menggeleng – mengakui kita sebahagian daripada kisah yang dipersembahkan, dan menyajikan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan seharian.

*****

(SEM & S//S) RM22.00 - RM19.40

Aku Bersyukur Anakku Autisme ~ Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Hisham Ahmad

Bagi mereka yang mempunyai anak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat atau anak murid yang menghidap autisme, maka memiliki ilmu dan kefahaman yang baik tentangnya adalah suatu yang penting dan perlu. Terdapat banyak kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melayani dan mendidik kanak-kanak autisme yang perlu dijadikan satu modul pendidikan komprehensif.

Semua kaedah pendidikan semasa yang diamalkan sekarang berkaitan kanak-kanak autisme, mempunyai asas rujukan dalam al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menyalahi kedua-duanya, kecuali mungkin pada sebahagian kecil dan sedikit yang memerlukan penelitian dan semakan.

*****

(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Mudahnya Mengemas Rumah! ~ Dahlia Syahrani Md Yusof

Buku “Mudahnya Mengemas Rumah! ” ini diterbitkan sebagai usaha untuk membantu para pembaca menjalankan aktiviti mengemas rumah. Semua idea, teknik dan tip yang disediakan dalam buku ini segar-segar belaka dan mampu membantu para pembaca dalam aspek penjagaan kebersihan rumah. Aspek kebersihan juga tidak hanya bertumpu kepada aktiviti mencuci, menyapu dan mengelap tetapi juga teknik dan tip membersihkan segala perkakasan di dalam rumah.

Buku ini harus dimiliki kerana ia memberikan panduan mengemas berwarna bagi memudahkan rujukan anda; menyediakan panduan mengemas secara langkah demi langkah bagi memudahkan anda mengikutinya; memberi idea baharu dalam teknik menyusun atur perkakasan di dalam rumah anda, dan memberi tip-tip menarik dalam setiap aspek penjagaan kebersihan di dalam rumah.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Melahirkan Anak Pencinta Al-Quran ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Buku ini digarap khusus buat pembaca dalam usaha mencorakkan masa depan anak-anak yang berteraskan al-Quran. Pembelajaran dan pendidikan berteraskan al-Quran yang bermula sejak kecil mampu menjamin akidah anak-anak daripada goyah, terseleweng atau terpedaya dengan pelbagai diayah masa kini. Selain itu, didikan supaya mencintai al-Quran sejak kecil juga mampu menghindar anak-anak daripada tergelincir dari landasan Islam yang sewajarnya.

Buku ini membawa seribu satu manfaat kepada pembaca kerana dengan lahirnya generasi pencinta al-Quran, maka akan lahirlah umat yang berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dalam semua aspek kehidupan. Buku ini perlu dimiliki kerana ia memaparkan kaedah dan pendekatan untuk mendidik anak mencintai al-Quran. Memberi motivasi dan keyakinan kepada pembaca dalam mendidik anak pencinta al-Quran. Buku ini juga padat dengan nasihat dan kata-kata hikmah yang bakal menyuntik semangat pembaca untuk melahirkan anak yang mencintai al-Quran.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Monday 6 May 2013

My Precious Iris ~ Melur Jelita

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40