ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, 29 June 2014

Sapu Tangan Biru ~ Juriah Ishak

Alamak! Tertumpah pula air kopi yang dibawa ke atas gaun seorang gadis. Maki hamun gadis itu menyebabkan Ray geram! ‘Jasmin Alia.’ Nama yang tersulam pada sapu tangan sutera berwarna biru langit. Sapu tangan itu menjadi saksi dirinya diperlekehkan. Disebabkan sapu tangan itu, Ray nekad untuk berhijrah. 

Di kota, Ray berkenalan dengan Datuk Wahab yang telah menawarkannya pekerjaan. Pertembungan dengan Jasmin Alia menyebabkan Ray terkejut. Walaupun gadis itu tidak mengenalinya lagi, Ray tidak pernah lupa! Dianggap pemuda miskin yang datang dari kampung terceruk, Ray terus dihina. Rupa-rupanya Ray ada aura istimewa. Tiba-tiba emosi Jasmin Alia jadi tak tentu arah. Rasa bencinya tenggelam, rasa rindunya pula menjulang. Walaupun sudah mempunyai kekasih, Ray mesti digoda dengan apa saja cara.

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Dia Doktor Hatiku ~ Radz Izara

Cinta? Usah sebut di hadapan Lydia. Mendengar nama lelaki sahaja, dia jadi benci tahap dewa. Namun, Imran bukan lelaki yang mudah putus asa. Lagi gadis itu lari, makin galak dia mengejarnya.

Lelaki ini memang gila, itu fikir Lydia. Tapi, dia akhirnya tidak mampu menolak perasaan indah yang mengulit mimpinya. Lydia dan Imran bersatu atas nama cinta. Tetapi siapalah mereka untuk menolak takdir. Antara mereka ada orang ketiga membuat onar hingga kedua-duanya berpisah kasih. Saat berpisah, masing-masing dilanda resah. Lydia bertemu Firdaus, reporter sukan yang digelar ‘alien.’ Kemudian terjebak pula denganAmer Razif, pemain bola sepak dan akhir sekali Irwan, student law. Sementara Imran pula nanar perasaannya dengan Nasha, pragawati cantik bak bidadari dan Shalin, wanita urban yang manja.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Tuesday, 24 June 2014

Tak Cinta Tak Apa ~ Zuri Yanie

Kerana diri Islah montel, dia dihina, dimaki dan maruahnya dipijak-pijak. Apa salahnya? Walaupun Zaki Iskandar mempunyai rupa paras yang menawan, tetapi dia tidak ada hak untuk mencacinya. Berkecai hatinya. Nama itu masih lagi terpahat di ingatannya. Mana mampu dia melupakan. Ya, mungkin Islah boleh melupakan tetapi bagaimana pula dengan parutnya? 

Pertemuan demi pertemuan tanpa diduga. Kini, Islah sudah berbeza. Langsing. Cantik! Zaki Iskandar kembali menawan hati Islah semula. Tapi malangnya, Islah semakin menjauh denganya. Tidak sekali-kali ingin bertembung.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Dia Mimpi Indahku ~ Rozita Abdul Wahab

Kisah cinta mereka bukan semalam. Tapi sudah menjangkau tahun demi tahun. Biarpun banyak halangannya, namun Rifhan dan Hafsyam memaknakan hubungan ini dengan ikatan perkahwinan. Rumah tangga yang dibina dihiasi bahagia dan janji setia. 

Namun keindahan itu hanya seketika. Hafsyam tersilap langkah. Dalam keadaan tidak sedar, Hafsyam telah bertindak menghancurkan kasih sayang mereka pada malam itu. Dia seperti tidak kenal lagi siapa isterinya. Luluh hati Rifhan. Dia membawa diri. Dia ditemui tidak sedarkan diri dalam suatu kemalangan lalu telah diselamatkan oleh Adnan dan abangnya, Aiman serta ibu mereka. Hari berganti hari, Rifhan semakin selesa dengan keluarga itu walaupun dia reda menggalas status janda. Namun tanpa diduga, ada dua hati yang menaruh perasaan terhadapnya. Antara Adnan dan Aiman… dia jadi keliru sedangkan bekas suaminya, Hafsyam ingin kembali padanya.

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Tak Sangka Aku ~ Azra Aryriesa

Persahabatan sejak kecil di antara Farah dan Faizam sering kali disalah erti semua. Johan mencintai Farah namun tidak mampu diluahkan kerana dirasakan Faizam
menjadi penghalangnya. Malah dia sedar yang Farah membencinya. Manakala Faizam pula mencintai Balkis namun gadis itu sentiasa bersikap dingin dengannya.
Farah sendiri punya cinta buat Johan namun kerana benci, perasaan itu tidak disedarinya.

Ikhwan pula cuba meraih cinta Farah walaupun dia tahu mustahil mereka dapat bersama. Rancangan diatur Ikhwan untuk menghapuskan Faizam dan Johan agar dia dapat memiliki Farah. Nisda pula mendendami Farah tetapi mencintai Johan dalam diam.

Dapatkah Johan dan Farah bersatu? Mampukah Faizam menakluk hati dingin Balkis? Tercapaikah impian Ikhwan untuk memiliki Farah serta membunuh musuh-musuh ketatnya, iaitu Faizam dan Johan? Berjayakah Nisda dalam mengejar cinta Johan dan melunaskan dendamnya terhadap Farah?

“Aku nak kau tahu Farah yang kau adalah hati aku selama ini. Tempat aku merasai segalanya tapi Balkis adalah nyawa aku. Hilang kau bermakna aku hilang segala rasa hidup, hilang Balkis bermakna aku mati Farah.” ~ Faizam

“Aku sanggup kehilangan seribu Johan tapi aku tak sanggup kehilangan sahabat sejati seperti kau Zam. Aku sanggup hilang segalanya asalkan kau dan Balkis masih di sisi aku selamanya.” ~ Farah

“Kau ingat aku nak biarkan kau ambil Farah begitu mudah? Dia hak aku dan tetap akan jadi hak aku sampai ke akhir hayat kami. Tak ada siapa pun yang boleh pisahkan kami kecuali atas kehendak ALLAH.” ~ Johan

*****

(SEM) RM27.90 - RM24.60
(S/S) RM30.90 - RM27.20

Monday, 23 June 2014

Why Mars And Venus Collide (Edisi Bahasa Melayu) ~ John Gray

Mengapa lelaki dan wanita bersengketa? sesebuah perhubungan yang harmoni akan dapat terjalin sekiranya lelaki dan wanita tahu cara berkomunikasi yang tepat.

Menerusi buku ini, John  Gray akan berkongsi cara-cara komunikasi yang mampu menjanba hubungan yang baik antara lelaki dan wanita.

Antara Kandungan:
Mengapa Lelaki Marikh dan Wanita Venus Bersengketa
lelaki dan Wanita dilahirkan Berbeza
Hormon Stres dari Planet Marikh dan Venus
Senarai Tugas Wanita yang Berjela-jela
Prinsip 90/10 sebagai Penyelesaian
Mr. Fix-it dan Jawatankuasa Home Improvement
Anatomi sebuah Pertengkaran
Bagaimana Mengjentikan Pertengkaran dan Berdamai
Bercakap Mengenai Perasaan dalam Zon Bebas Pertengkaran
Mencari Kasih Sayang di Tempat yang Betul
Mencipta Kasih Sayang yang Berkekalan Sepanjang Hayat

*****

(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40

Saturday, 21 June 2014

Kasanova Macam Dia! ~ Ieya Zarine

Putri terpaksa hidup tanpa ayah, ibu mahupun adik-beradik kerana satu rahsia. Dia hampir hilang pedoman. Zahiril memandang rendah terhadap diri sendiri kerana satu kekurangan dalam dirinya. Kerana kekurangan itu dia menjadi seorang kasanova tegar!

Pertemuannya dengan Putri telah membangkitkan satu rasa yang telah lama terkubur dalam jiwanya. Daripada seorang yang gemar bertukar-tukar pasangan, dia menjadi pendamping setia. Gadis itu terus diburunya. Putri lemas sejak kehadiran Zahiril dalam hidupnya. Sudah puas dia mengelak. Bermacam cara telah dilakukan. Tetapi pemuda itu semakin galak mengejar dirinya.

Apakah patut dia menerima pemuda itu sebagai jodohnya? Tapi bagaimana dengan Engku Mariah? Keadaan semakin meruncing dengan kemunculan Syaerah. Siapa Syaerah? Apa kaitannya dengan Zahiril dan Putri?

“Aku keliru! Apa perasaan yang menyesakkan dada ni? Ada yang kata ini cinta. Cinta?! Macam mengarut aje?”

*****

(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Sayangku Sampai Ke Bintang ~ Dila Dyna

Perkahwinan yang diatur tanpa pengetahuan kedua-duanya membuatkan mereka memberontak!

“Apa tak cukup senang ke hidup kita sekarang? Ray ni membebankan atuk ke sampai atuk sanggup nak jual Ray masuk ke keluarga Dato’ Umar macam ni sekali? Kalau ya, Ray boleh keluar cari kerja!”-Raisha Mahira

Namun takdir lebih pantas memintas tingkah. Ijab dan kabul sudah terucap jelas. Tapi ke mana hendak diarahkan bahtera yang tiada hala tuju ini? Perang mulut yang terjadi tanpa sengaja menjarakkan lagi hubungan yang kian tegang. Kerana satu peristiwa, Raisha pergi dengan kecewa, saat Hasif bertemu cinta baru.

Jarak waktu yang berlalu membawa semula Raisha ke Malaysia. Kehadiran semula sang isteri memberantakkan hubungan yang disulam bersama Hana.

“Tak nak pergi kejar kekasih hati yang dah merajuk ke? Ke…dah tertawan dengan kecantikan I?”-Raisha Mahira

“You’ll pay for this! I swear!”-Hasif Nadhmi

“Antara jarak dan waktu, kedua-duanya telah aku pilih. Tapi, kenapa bayangmu masih dapat kurasakan?” – Raisha.

Tika aku mabuk dalam bahagia yang dicipta tanpamu, kau pulang tanpa dipinta. Tapi, mengapa dulu kau yang kupandang sinis, semakin manis kurasakan?” – Hasif.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Ku Kejar Sampai Dapat ~ Noorfadzillah Omar

Latisya. Orangnya sederhana, namun bisa menawan hati sesiapa yang memandangnya. Najib, tidak pernah berputus asa untuk menawan hati Latisya. Sedikit sebanyak terusik juga hati kecil Latisya. Tapi, nasihat si ayah tidak mahu diambil ringan. Dia tidak dibenarkan menjalin hubungan serius dengan mana-mana lelaki selagi tidak memiliki pekerjaan tetap. Dan, hasrat hati terpaksa dibiarkan sepi.

Hari berganti, bulan berganti, Najib bukan untuknya. Janji Najib hanya tinggal janji. Latisya pasrah. Saat hati dibiarkan sepi, muncul Salleh ingin menawan hati. Wujud juga Norman menjadi pemuja misteri.

Ujian Allah, hidup Latisya sentiasa dilambung badai. Dugaan demi dugaan datang menimpa. Nyawanya bagaikan berada di hujung tanduk gara-gara dengki khianat manusia. Dirinya dihukum dengan pelbagai fitnah.

“Jangan menghakimi aku kerana aku seorang perempuan yang tidak mampu menyerang secara mental dan fizikal. Juri di pentas dunia ini menghakimi aku dengan sangat tidak adil.”

Antara Salleh dan Norman, siapakah yang berjaya menawan hati Latisya? Dugaan apa yang membelenggu Latisya? Siapa yang berniat buruk terhadap Latisya? Selagi ada yang mampu mengejar, pasti akan ada yang dapat apa yang dikejar.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Cinta Lot 168 ~ Zara Aluwi

Sejak dileteri oleh ibunya, Puan Junaidah, Ryan kini suka duduk menyendiri di balkoni sambil menatap bintang berkelip ceria. Dalam pada itu, matanya pasti tertancap pada bilik di rumah Lot 168 di seberang jalan. Menanti kelibat perempuan itu keluar dari bilik berkenaan. Dia tertanya-tanya, sejak bila ada anak dara tinggal depan rumahnya? Selama ini dia tak perasan pun! Entah-entah isteri orang. Hatinya menduga.

“Cik, boleh tolong buatkan I air kopi? I tak pandai nak buat.”

Pertanyaan itu membuatkan Ezlika begitu keresahan. Alangkah terkejutnya dia saat terlihat wajah Ryan. Berdegup kencang jantungnya, bagai ingin tercabut dari tangkainya tatkala mata bertentang mata. Kakinya bagai terpaku daripada melangkah kala melihat wajah lelaki itu. Tidak mampu dia menduga apakah benar ataupun tidak.

Datang-datang saja tanya Eli. Buat apa datang ke mari? Aku dah beri amaran jangan datang! Tak reti bahasa agaknya! Tak reti orang benci ke?

Kehadiran Rafiq, Fitri dan Ashraff ke pejabat boleh membuatkan Ryan gila. Dia kurang senang apabila ada lelaki datang bertanyakan Ezlika sementelah lagi memuji betapa mereka menyukai Ezlika. Ryan terasa tenang apabila berada di rumah, setiap malam sendirian di balkoni sambil menatap bilik di seberang jalan. Wanita idamannya akan muncul walau untuk seketika.

Kehadiran Selina membuat Ezlika benar-benar kecewa. Hatinya terluka. Sungguh tidak disangka Ryan sanggup mengkhianatinya.

“Jadi... yang selalu I intai tu... youlah?”

Terasa ingin sekali mendekati, tetapi Ezlika tidak berani untuk mendekati. Terasa hendak sangat memperolehi, namun Ryan bimbang derita lama kembali. Tapi, bilang Puan Junaidah, ibu Ryan, sampai bila nak main mata dari balkoni ke balkoni? Lalu, Ryan berusaha untuk dapatkan cik adik di Lot 168 sana.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Hati Yang Aku Perlu ~ Mynfamieza

Nurul Zara Damia Alisya satu nama yang begitu indah maksudnya namanya. Diharapkan oleh ibu bapanya menjadi wanita tetapi apakan daya bila anak perempuan mereka memilih menjadi lelaki celup? Seorang gadis yang berperwatakan lelaki yang sering menjadi topik perbualan orang kampung kerana pakaian dan sikapnya yang kasar seperti lelaki.

Walaupun begitu, dia juga mempunyai hati dan perasaan. Ingin rasa disayangi dan dicintai oleh berlainan jantina. Perasaan terhadap Fariz, sahabat baiknya disangka akan dibalas juga dengan rasa cinta tetapi hatinya kecewa apabila Fariz melafazkan cinta bukan kepadanya. Gadis itu pasrah lalu membawa diri berhijrah ke kota menjadi insan yang baru.

“Aku sebenarnya tak sukakan lelaki. Nafsu aku kat lelaki langsung tiada. Aku sukakan perempuan. Nak ke hang kahwin dengan minah tomboi seperti aku ni?” Nurul Zara Damia Alisya.

Tanpa disangka, dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sering menganggu hari-harinya. Izz Rayyan seorang lelaki yang tidak pernah berputus asa dalam memenangi hati Zara yang sekeras tembok besar China itu.

“Dulu arwah nenek saya cakap, jangan benci sangat kerana satu hari nanti takut jatuh cinta. Jadi kalau awak tak nak jatuh cinta dengan saya, awak tak boleh benci saya. tapi terpulang kat awaklah. Kalau awak jatuh cinta dengan saya, saya seribu kali cintakan awak. Pilihan di tangan awak sekarang. Jadi mana satu pilihan awak?” – Izz Rayyan.

Zara cuba menepis dan menghalang daripada jatuh cinta dengan Izz Rayyan namun takdir Allah siapa boleh menghalang. Mereka disatukan menjadi suami isteri. Rumahtangga mereka bahagia sehinggalah ada satu hari Zara meminta Izz Rayyan untuk berkahwin lagi!

Apakah Zara kurang sedar apabila membuat keputusan itu? Sanggupkah Zara memperjudikan nasib dirinya hanya kerana mahu melihat orang lain bahagia? Bagaimana pula reaksi Izz Rayyan? Setuju dengan rancangan gila isterinya itu atau menolak habis-habisan?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Sunday, 15 June 2014

Warkah Pengikat Hati ~ Aylanins

Apabila cinta itu bertukar menjadi reda...

Rentetan pertemuan demi pertemuan antara mereka, dalam diam, Umar kagum dengan Najiha yang mahu menjadikan anak saudaranya, Lutfi dan Rafiq sebagai golongan huffaz (hafal al-Quran).Jodoh yang dipertemukan atas impian yang sama membawa Umar dan Najiha melayari hidup berumah tangga yang ada masam manis, umpama strawberi bersalut coklat. Tetapi dugaan datang apabila Umar melanjutkan pelajaran ke Mesir.

“Saya harap cinta kita hanya akan terhenti pada akhir hayat.” ~ Umar
“Wahai Teja, masih adakah lagi sirih pelupa pemberian Laksamana Hang Tuah kepadamu itu? Berikan pada Jiha boleh? Jiha mahu lupakan Umar.” ~ Najiha

Takdir Yang Maha Esa tiada siapa yang mampu melawan. Mampukah Najiha menukar cinta itu kepada reda?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Vice Versa ~ Ednin

hidup ini terlalu singkat untuk berdendam dan membenci

Pertemuan pertama mereka tak manis pun! Kali kedua mereka berjumpa, bertambah-tambah tawar Ezzah rasa. Lalu Ezzah membalas semua itu pada pertemuan mereka yang ketiga dan tragedi di pertemuan ketiga itulah yang membuat Uzair mengambil keputusan yang tak terduga.
Tindakan Uzair menghantar pinangan buat Ezzah pening kepala. Bukankah Uzair membenci dirinya? Lalu untuk apa pinangan tersebut?

“Apa yang awak nak sebenarnya daripada saya?”“Apa yang saya mahu? Dah tentulah awak!”

Haruskah Ezzah menerima saranan opahnya untuk menerima pinangan itu? Sikap Uzair yang masih dengan muka dingin bekunya membuat Ezzah cuak. Ikhlaskah Uzair atau...?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Thursday, 12 June 2014

Tulip Merah Untuk Dia ~ Mytun Abdullah

KATA QASEH… Zafril tu... macam angin. Kejap O.K dan kejap K.O. Bila datang mood tsunami. Main bedal aje. Bukan reti nak jaga hati dan perasaan orang lain. Cakap ikut sedap mulut dia aje mengalahkan Mak Enon hilang gigi palsu! Kalau hilang semua lelaki kat dunia ni, jangan haraplah dia nak pilih Zafril!

“Cik kak oiii! Lain kali... bila berjalan pandang depan. Jangan pandang bawah! Jangan kelam-kabut! Jalan pakai mata, jangan pakai kepala lutut! Kan dah terlanggar. Nasib baik tak jatuh lagi. Kalau tak... mahu bengkak dahi tu pula. Luka yang ada pun belum sembuh betul-betul... nak tambah luka lagi? Tak serik ke?” ~ ZAFRIL AMSYAR

KATA ZAFRIL… Qaseh tu... nampak aje muka nerd, sopan dan lembut! Tapi bila dapat menjawab dan melaser orang... Hesy! Boleh tahan berapi. Hilang semua ayu. Panas aje telinga ni. Terbakar hati. Rasa nak tenyeh aje mulut yang comel tu dengan kapur barus. Jangan haraplah budak kampung yang tak lulus SPM tu menjadi pilihan hati! Memang taklah.

“Encik Zafril mana tahu saya ikhlas ke tidak? Kalau saya tak ikhlas, saya iron aje semua kemeja Encik Zafril tu sampai terbakar. Biar berlubang. Itu baru betul-betul tahu saya ikhlas atau tidak, kan?” ~ QASEH CHINTA SARI

TAPI…

Siapa mereka untuk melawan takdir Tuhan?
Dalam ikatan ‘paksa-rela’ mereka bersatu.
Mampukah cinta antara gadis kampung tidak lulus SPM ini berputik dengan si bakal CEO?
Mampukah mereka mengecapi bahagia atas kedukaan dan kehilangan insan tersayang?
Siapakah dalang sebalik ‘tragedi’ yang berlaku?
Siapa pula Amriza, Fatihah, Naufal dan Achap dalam hubungan mereka?
Berjayakah mereka si amatur cinta?

*****

(SEM) RM38.00 - RM33.40
(S/S) RM41.00 - RM36.10

Wednesday, 4 June 2014

Cukup Hanya Allah ~ Ustaz Kazim Elias

Kita bukanlah insan istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. Ya! Lupakah kita bahawa hanya ALLAH tempat sandaran? Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju? ALLAH itu dekat. Tidak pernah menjauh. Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa. Pasti kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah! Cukup hanya DIA di hati.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Hati Suamiku GK ~ Azalea Eshal

Sejak kecil, Putra Huzaiman bersikap suka menguasai dalam semua perkara sehingga dia digelar ‘Gila Kuasa’ tetapi dia tidak kisah semua itu. Tiba-tiba hadir seorang gadis bernama Wafa Natasha. Gadis itu cukup selamba dengannya membuatkan dia berasa geram. Tanpa disedari, sikap selamba itulah menarik perhatian si GK ini untuk terus memiliki gadis itu.

Wafa Natasha seorang gadis lincah dan tiada apa yang dapat menggembirakan hatinya kecuali dapat melihat senyuman ayah dan emak tercinta. Itulah harta yang paling berharga yang pernah dia miliki sejak dilahirkan. Suatu hari, di saat dia gembira dengan keputusan SPM yang cemerlang, dia dikhabarkan berita kematian ayah dan emaknya akibat kemalangan jalan raya. Namun kehadiran seseorang memberitahunya bahawa keluarga Putra Huzaiman penyebab kemalangan itu. Dia menyimpan dendam pada keluarga itu yang dikatakan ada hubungan keluarga dengan arwah emaknya.

Segala perancangan dilakukan dengan teliti oleh Wafa Natasha demi sebuah dendam. Demi sebuah dendam dia sanggup berkahwin dengan Putra Huzaiman. Demi sebuah dendam dia sanggup dilukai. Dan demi sebuah dendam dia sanggup korbankan cintanya. Adakah dendamnya terbalas? Antara dendam dan cinta, apa yang menjadi pilihan Wafa Natasha?

"Kalau apa-apa yang terjadi pada mama dan papa aku, aku takkan maafkan kau, Sha. Takkan! Walaupun aku mencintai kau selamanya." - Putra Huzaiman

Aku nak Man sayang aku seorang. Aku seorang aje. Tapi... mahu ke Man terima aku semula setelah apa yang aku lakukan? - Wafa Natasha

Putra Huzaiman, kau takkan selamanya dapat memiliki Wafa Natasha. Dia milik aku! - Hamdan

*****

(SEM) RM25.90 - RM22.80
(S/S) RM28.90 - RM25.40

Cinta Depan Mata ~ Kathy Tuah

“Kau jangan nak merepek, Liyana! Kita ni bukannya kekasih. Takkan tiba-tiba aje aku nak masuk meminang kau? Mengarut! Tak masuk dek akal, tahu?”

Betulkah hubungan antara mereka tidak boleh bertukar menjadi kekasih? Benarkah perasaan sayang tidak boleh mekar menjadi cinta?

Walaupun Nur Liyana dan Asyraf Zakuan merasakan ia sangat mustahil untuk berlaku, namun mereka akhirnya memilih untuk mencuba. Mencuba bersama atas gelaran tunangan seterusnya sebagai pasangan suami isteri. Asyraf Zakuan sedia melepaskan kekasih hatinya, Fatihah asalkan Nur Liyana tidak terlepas sekali gus jatuh ke tangan Syed Khairul yang sedang meraih cinta daripada gadis itu.

Nur Liyana pengsan apabila Asyraf Zakuan dengan beraninya mengucapkan I love you kepadanya. Namun gara-gara luahan cinta itu, Nur Liyana makin mencintai tunangnya sendiri. Setelah lama bermesra dan jeling-jeling mata, akhirnya rasa cinta itu wujud dalam hati kedua-duanya tanpa dipaksa. Dan Nur Liyana pasti… Asyraf Zakuan pasti… bahawa selama ini, cinta mereka ada di depan mata saja.

Sedang hati hampir bersatu, sedang jiwa sudah sama rentaknya, Nur Liyana digemparkan dengan berita yang tidak pernah disangka-sangkanya. Dia bakal kehilangan Asyraf Zakuan!

“Abang dah tak sayangkan Liyana ke? Nak tinggalkan Liyana sorang-sorang dalam dunia ni? Abang tolonglah jangan tinggalkan Liyana. Liyana tak boleh kehilangan abang. Liyana sayangkan abang. Terlalu sayang,”

“Abang takkan tinggalkan Liyana tanpa sebab, sayang. Ingat tu.”

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Bisikkan Namaku ~ Muna Mahira

TIBA-TIBA dia diculik dan diugut. Tanpa sebab, tanpa kenal, bingung, takut dan cemas. Siapa Aeric Raid?
“Don’t worry. I takkan jual you. I need you to be my wife.”
Jika tidak dituruti, hidupnya hancur! Sama ada dijual ke sarang pelacuran atau diperkosa?

BERMULALAH hidup Ritz Shakeela bersama Aeric Raid. Bermulalah gelaran SUAMI DURJANA dan ISTERI DERHAKA di bibir mereka.

“Don't make me take back my words. Kalau you tak tahu nak hormatkan I... I ada banyak cara untuk ajar you. Jadi isteri I lebih baik dari jadi musuh I.” – Aeric

DENDAM seorang isteri derhaka bermula apabila mengetahui agenda sebenar suami durjananya itu… Meminta ayah kandungnya yang baru dikenali, menempatkan dia sebagai ketua suaminya. Masalahnya dia selalu tewas…

“Kenapa you cemburu?”
“I told you... I langsung tak cemburu. It’s just disgusting. You menggatal dengan perempuan lain sedangkan malam-malam you tak pernah lepaskan I. Jijik tahu!”
“Itu aje ke sebabnya? Bukan cemburu?” soal Aeric sinis. Di matanya Ritz jelas kelihatan cemburu biarpun Ritz menafikan keras.
“I tak nak sebab you I dapat penyakit yang bukan-bukan. Dasar lelaki. Tak pernah puas dengan satu,” tingkah Ritz bengang. Kenapa hatinya terasa panas benar? Kenapa?
“I dah cukup dengan you. My one... and only wife. I tak perlukan dua atau tiga perempuan untuk penuhkan hidup I. Cukup dengan you, isteri I,” bisik Aeric lembut di telinga isterinya. Kata-kata yang cukup jujur daripadanya.
“You bercakap macam suami setia. Tapi you tak kisah perempuan tu datang menggedik depan you. Kalau I tak masuk tadi entah apa agaknya you buat dengan dia.” Suara Ritz sedikit lembut tetapi sinis sebenarnya.
“I tak buat apa-apa pun dengan dia. I tak suka perempuan gedik macam tu. Tapi I takkan halang perempuan datang duduk atas meja I. Diorang boleh cuba goda I... Tak bermakna I akan tergoda. But it’s different with you, my wife. If you want to sit on my desk... I’m more than willing to entertain you.” Sempat lagi diusik isterinya yang kini sudah merona merah di pipi.
“You... You...” Ritz berpaling menghadap Aeric tetapi sudah kehilangan kata. Hanya jari telunjuknya sahaja yang ditunjuk-tunjuk ke arah muka Aeric.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...