Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 24 October 2014

Raudhah ~ Ramlee Awang Murshid

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.

Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Monday 20 October 2014

Nota Dari Madinah ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

Haji dan umrah, ramai melihat ibadat ini sebagai anugerah Allah melalui
jemputan istimewa. Ia merupakan suatu nikmat yang luar biasa. Secara
hakikatnya, nikmat menunaikan umrah atau ziarah serta berada di Makkah dan Madinah tidak semestinya diikuti dengan nikmat beramal ibadat yang sepatutnya. Kesempurnaan dalam melaksanakan ibadat ini bukanlah satu perkara mudah. Ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Malah ilmu memainkan peranan besar.

Nota dari Madinah merupakan satu sumber rujukan terbaik agar khalayak dapat melihat ibadat ini dalam kerangka besar mengatasi rukun dan wajib semata-mata. Ia melibatkan roh dan perasaan.

Buku ini secara telus mengajak khalayak berfikir dan merenung lalu membuat keputusan sama ada untuk memperkemaskan tekad untuk
umrah dan haji atau membanding semula semua amalan yang dilakukan.

*****
(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Usahawan Akhirat ~ Mohd Zaini Mohd Ariff, Muhd Kamil Ibrahim

Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia. Keuntungannya boleh dinikmati di dunia
dan lebih mewah lagi di akhirat. Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman.

Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka
sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana. Namun bagi mereka yang berfikir pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar
ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama.

Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek
ketuhanan yang telah dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza.

Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!

*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Tuesday 7 October 2014

Zikir Cinta ~ Nuraqilah Syuhaida

“Kan aku dah cakap, aku cuma mahu lelaki kacak dan kaya. Budak kampung tu bukan taste aku.”

Daniel, dia hanya lelaki biasa. Anak seorang penjual kuih. Penghijrahannya selama tiga tahun ke kota Canberra telah mempertemukan dirinya dengan Cinta Aulia. Namun angkuhnya gadis itu dengan kekayaan yang dimiliki menjadikan dia tahu mencermin diri sendiri.

“Aku mengaku aku sukakan dia, tapi aku tak pernah berangan nak bersama dengan dia. Aku sedar yang status keluarga aku dan dia ibarat langit dengan bawah tanah.”

Cinta Aulia, dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa tentang pedih luka hidupnya ketika zaman kanak-kanak. Peristiwa silam yang menjadikan dirinya seorang pendendam dan membenci lelaki. Tujuannya hanya satu; mahu lelaki tunduk dan patuh di kakinya!

Tiba-tiba Cinta Aulia meluahkan perasaan membuatkan Daniel begitu bahagia, menyangka gadis itu benar-benar ikhlas mengasihi dirinya. Namun tanpa sedar, perasaannya hanya dijadikan bahan gurauan dan dipijak-pijak bagai tidak berharga.

Namun lelaki yang dipermainkan dan dihina itulah yang akhirnya menjadi penyelamat maruahnya. Lelaki itulah yang membimbing dan menyedarkan dirinya daripada terus leka dengan permainan dunia. Saat Cinta Aulia mulai sedar dia telah menemui cintanya di dalam diri Daniel, Daniel sudah tidak sudi untuk menoleh kepadanya untuk kali yang kedua.

Tetapi takdir seakan-akan mempermainkan dirinya kerana sekali lagi takdir menemukan mereka di Malaysia. Dan Cinta Aulia yang kini dijumpainya bukan lagi Cinta Aulia yang dikenalinya sewaktu di Canberra dulu. Lalu… tekad Daniel akhirnya tewas dengan hatinya sendiri.

Siapa menyangka, pertemuan mereka pada kali ini menemukan mereka kepada kebenaran. Kebenaran yang menyebabkan perasaan antara dua insan itu tidak mendapat restu sekali gus membatalkan niat suci Daniel. Dan kini… setelah mereka mengetahui yang mereka tidak boleh bersatu, adakah masih ada ruang untuk Cinta Aulia mengecap kebahagiaan bersama lelaki bernama Daniel?

“Saya cintakan awak dan saya perlukan sokongan awak. As long as you’re with me, come what may... i know I will be able to face it…”

*****
(SEM) RM32.00 - RM28.20
(S/S) RM35.00 - RM30.80

Aku, Dia dan Stiletto ~ Sri Sarah

Stiletto merah, saksi pertemuan antara Aulia dan Ashraff. Sepasang kasut tumit tinggi yang menjadi idaman Aulia disambar oleh Ashraff, si kaki perempuan. Pertemuan yang tidak dijangka seterusnya menyebabkan mereka sering bertingkah. Macam anjing dengan kucing! Pantang berjumpa mesti bergaduh. Tambah pula Si Ashraff mulut puaka kata Si Aulia. Padahal dia pun sama aje.

“Puan, I yang pegang dulu kasut ni. Kalau puan nak, puan boleh minta yang lain.” – ASHRAFF
“Banyak cantik muka awak! Saya yang tengok dulu kasut ni. Dari jauh sana lagi saya dah cup dulu kasut ni. And one more, jangan nak pandai-pandai panggil saya puan. Kenapa, saya ni macam perempuan dah berkahwin ke?!” - AULIA
Betullah kata orang, dunia ni kecil aje. Helinna, model antarabangsa merupakan kawan baik Aulia merangkap kekasih Ashraff. Kepulangan Helinna ke Malaysia membawa malapetaka kepada Aulia. Kerana salah sangka, Aulia hilang maruahnya angkara Ashraff. Malang lagi nasibnya apabila dia disahkan hamil. Lebih tragis apabila dia dipaksa kahwin dengan Si Ashraff oleh orang tuanya untuk menutup malu. “Boleh tak kalau saya ke UK lepas kahwin?” - AULIA
“Pergilah ke hujung dunia mana pun yang you nak pergi asalkan tak ganggu hidup I dan Helly.” - ASHRAFF
“Awak tak kisah walaupun saya isteri awak?” - AULIA
“Oh, Aulia… Come on! You tahukan kenapa I nak kahwin dengan you dan you sendiri tahu kenapa you nak kahwin dengan I. Kalau bukan sebab budak dalam perut tu, you takkan kahwin dengan I.” - ASHRAFF
“Dan awak takkan kahwin dengan saya kalau bukan Helinna.” - AULIA
“Yup! Brilliant! Kalau berjauhan dengan I buat you rasa happy dan tenang, pergilah.
Bila anak you dah lahir, bagi tahu I... I akan lepaskan you.” - ASHRAFF
Semudah inikah makna sebuah perkahwinan kepada Ashraff? Langsung tiada perasaan untuk bertanggungjawab atas apa yang telah dia lakukan?
“Kau nak bermadu dengan aku?” - HELINNA
“Kau sanggup? ” - AULIA
“Kalau kau madu aku, aku tak kesah sebab aku sayang dekat kau.” - HELINNA

Tegakah dia untuk bermadu dengan Helinna sedangkan dia telah merampas kekasih sahabat baiknya sendiri? Antara sahabat baik, maruah diri dan sebuah perkahwinan… Sungguh Aulia tersepit dengan apa yang dia akan lalui.
Apa hala tuju hubungannya dan Ashraff selepas Helinna mengetahui hal yang sebenarnya? Bagaimana pula dengan cinta yang baru hadir buat suaminya?

*****
(SEM) RM33.00 - RM29.00
(S/S) RM36.00 - RM31.70

Wednesday 1 October 2014

Diskaun 25% Suka-suka Rabu


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

  • Kami di Belidiskaun bakal mengadakan PROMOSI berkala setiap bulan pada hari RABU minggu PERTAMA dan KEEMPAT
  • DISKAUN 25% untuk 5 naskhah buku berbeza pelbagai genre akan diberikan pada hari Rabu minggu terpilih tersebut. 
  • Promosi, tempahan dan belian akan berlangsung dari jam 9 pagi - 9 malam. Pembayaran paling lewat untuk tempahan boleh dibuat selewatnya pada jam 10 pagi hari Khamis. 
  • Tempahan dan bukti bayaran boleh inbox di FB Belidiskaun atau emelkan ke belidiskaun@gmail.com.
  • Senarai buku akan dikeluarkan di FB Belidiskaun pada jam 9 pagi pada hari Rabu minggu pertama dan keempat. 
Promosi bermula dari 1 Oktober 2014 sehingga tahun 2015.
Boleh ke Facebook Belidiskaun untuk info lanjut.

Terima kasih
Booksville Enterprise.