NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 27 November 2014

Catatan Matluthfi ~ Matluthfi

Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.

Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.

Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri.

Jelasnya, Matluthfi berasal dari utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang. Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat setia; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.

Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day." Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.

Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.
Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca... dan harapnya berfikir.
Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan? :)

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Buat Pahala 'FREE' Gaya Rasulullah ~ Mohd Khairul Nizam

Buat pahala memang payah?

Melakukan kebaikan itu memang ada masanya sukar. Contohnya mahu bangun solat subuh.
Mesti berhadapan dengan air yang sejuk, perasaan mahu tidur, dan 1001 kepayahan.
Tetapi akhirnya, kita mendapat pahala dan ketenangan jiwa.

Sebaliknya, untuk bangun awal pagi dan melakukan rompakan, adakah ia memang mudah?
Adakah si pencuri tidak perlu memakai baju dan sebagainya? Bahkan kadangkala, dia tidak boleh tidur sepanjang malam. Malahan, ada yang dibelasah orang kampung."

Jadi benarkah buat pahala memang payah?

*****
(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Berjalan... Melihat... Mentafsir ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

Siapakah Wartawan Al-Quran ini? Adakah wartawan Al-Quran ini wujud? Jikalau para wartawan mengejar berita eksklusif bagi menarik perhatian awam supaya membeli akhbar mereka, buku ini berusaha mencerakinkan kisah pengalaman hidup dengan Al-Quran supaya pembaca lebih tertarik bagi mengetahui isi kandungan kitab ini.

Antara kandungan menarik buku ini adalah:
1. Ditegur Allah s.w.t. kerana menipu selama tujuh minit
2. Memeluk Islam selepas mencederakan wanita Islam
3. Paul membawa Al-Quran hari ini!
4. Singa pun takut memberi salam selepas makan
5. Bajet Allah vs bajet manusia

*****
(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Padanya Ada Rindu ~ Dr. Robiah K. Hamzah

"Terlajak perahu boleh diundur", tetapi "tersalah asuhnya kita sengsara". Anak menjadi seperti pisau makan tuan. Oleh itu, sebelum sampai ke tahap tersebut, renung sejenak anak-anak kita dengan mata hati. Selami dalam diri mereka dengan penuh kasih sayang, lihatlah wajah mereka, tubuh badan mereka, karakter mereka, dan siapa mereka pada masa kini. Tatap mereka sebaik-baiknya.

Buku Padanya Ada Rindu membantu ibu bapa, pendidik, guru, dan semua yang mahu digurui oleh anak-anak untuk sama-sama membantu mereka memiliki karakter yang terpuji sebagai calon syurga Allah.

*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Wednesday, 26 November 2014

Sudi Jadi Isteri Saya? ~ Maya Adira

Salahkah jika dia tidak lagi percayakan cinta? Berdosakah dia, menidakkan cinta yang dihulur barisan perawan yang ada. Huh, cinta! Bagi Irfad Haji Muzir, cinta adalah penipuan. Cinta adalah permainan. Maaf, dia tidak lagi percayakan perkataan itu. Ya, dia pernah mencintai dengan setulus hati lelakinya. Namun, baru ingin dipetik sebagai suri, cinta itu terbang pergi.

Permainan waktu menemukan mereka. Hatinya remuk, hancur diinjak sang tunang dan sahabat baiknya, dua insan paling disayanginya. Dia mengalah untuk tidak mahu bernafas lagi. Apa gunanya? Aflah tekad, dia mesti pergi. Kenapa mesti dia diselamatkan? Dia mahu mati!

Mulut kata jauh, hati kata datang. Otak kata benci, rindu khabar sayang. Kasih hampir bertaut. Namun belum sempat diikat, Nadya yang dipuja Irfad pula datang. Nadya yang menyesali tindakannya. Perkahwinannya tidak bahagia, terdera katanya. Hati Irfad mula goyah. Cinta lama yang masih bersisa atau kasih baru yang mahu bertaut?

Aflah menjauh, tersiksa dalam kerinduan. Nadya kian dekat, mahu cinta kembali berulang. Ada rahsia yang disimpan, petunjuk isteri pilihan.

*****
(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40

Tuesday, 25 November 2014

Promosi SUKA-SUKA RABU 25% DISKAUN (26/11/14)

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Di sini kami senarai 5 naskhah buku yang diberikan DISKAUN 25% untuk promosi SUKA-SUKA RABU 26 November 2014. Harga ini untuk seluruh Malaysia & luar negara juga (sehari ni aje tau).

Tempahan dan belian bermula jam 9 pagi esok sehingga 9 malam esok ya (Rabu).
Jika ada berminat, boleh emel kami di belidiskaun@gmail.com atau inbox kami di FB Belidiskaun.
Caj pos akan kami maklumkan melalui setiap emel atau boleh aje klik logo Pos Laju / Skynet yang ada di sisi blog.

DISKAUN 25% untuk 26 November 2014.
1. The Lost World: RM28 > RM21
2. Imam Mudaku Romantik: RM28 > RM21
3. Dialah Cinta Hatiku: RM27 > RM20.30
4. Nikmatnya Sakit Bersalin: RM30 > RM22.50
5. Permata Buat OrangYang Beriman: RM60 > RM45

Yes, Ma'am! ~ Areila Sahimi

Pejam celik, pejam celik sudah sepuluh tahun Ilham dan Aryana melayari bahtera rumah tangga bersama. Dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel membuatkan kehidupan mereka begitu bahagia.
Selama bergelar isteri kepada Ilham Irfan (Si Legenda Kasanova) itu buat Aryana terlalu berhati-hati. Biarlah orang lain tuduh dia sebagai queen control asalkan suaminya tak kena kebas dengan perempuan lain.
Ilham pula, bukan takut isteri. Tetapi, dia menerima sikap Aryana yang terlalu mengawal kehidupannya itu dengan fikiran yang positif. Aryana jadi queen control tu pun sebab sayangkan dia. Dia terima dengan ikhlas segala kekurangan Aryana itu. Hidup suami isteri nikan memang saling melengkapi.

Walaupun asyik yes, ma’am! Ilham tetap bahagia.
Badai datang tanpa diminta. Kerana sebaris ayat yang dilafazkan oleh Ilham itu telah mengubah seluruh kehidupan mereka suami isteri. Demi anak-anak Aryana dan Ilham terpaksa berbaik-baik walaupun mereka bukan lagi suami isteri yang sah lagi.

Saat Ilham berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali bersama Aryana, Aryana pula sibuk mengejar lelaki muda. Ah, sudah! Bagaimana akhirnya hubungan Aryana dan Ilham? Apakah punca hubungan yang terjalin selama sepuluh tahun atas dasar cinta itu boleh berpisah juga? Siapa Nadim Nazri?
Siapa Suri? Dan siapa pula Qistina Zara?

*****
(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Awak Saya Punya! ~ Hee-da

Peristiwa hitam yang berlaku membawa Hafiqah kepada kemalangan itu. Diselamatkan oleh Hariez dan teman-temannya, dan akhirnya dia bekerja dengan lelaki itu.

Tatkala perasaan halus itu mula berputik, Alisa muncul membawa kisah lalu. Lalu, sedikit demi sedikit perasaan itu berganti benci. Pada masa yang sama Fariez muncul menghulurkan ikatan persahabatan dan sedikit sebanyak menawarkan kedukaan.

Berlandaskan cerita yang ditabur dan anggapan yang wujud daripada perasaan benci, Hariez memulakan rencana. Lalu apakah yang akan terjadi? Siapakah Hafiqah sebenarnya? Siapa pula Alisa yang muncul?
“Sesungguhnya, kemaafan itu adalah dendam yang terindah.”

*****
(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Something Stupid ~ Dekna Lee

“Saya dihina awak depan orang ramai, saya ditolak mentah-mentah. Bila saya datang nak menghulur bantuan, awak masih dengan sikap angkuh awak. Awak nak saya layan awak buruk jugak, kan? Itu yang awak nak selama ni, kan?” ~ Irsyad

Kerana rasa tercabar dilayan bagaikan tidak wujud oleh gadis pujaannya, ditambah pula dengan rasa cemburunya terhadap Aiman, Irsyad tega merampas mahkota gadis itu. Padanya, Zara miliknya yang abadi. Bukan milik Aiman dan bukan juga milik sesiapa. Hanya milik dia.

Zara kecewa dengan Irsyad. Lelaki itu memang berhati binatang! Sanggup melakukan sedemikian terhadapnya. Dia menyepikan diri bertahun lamanya.

Salah faham yang pernah terjadi, lambat terbongkar. Zara sudah menghilang. Irsyad menyesal! Enam tahun berlalu begitu sahaja, Irsyad dan Zara dipertemukan semula tanpa dirancang.

“Zara, saya... saya datang nak minta maaf. Zara, saya berdosa. Saya tahu. Izinkan saya bertanggungjawab atas perbuatan saya dulu. Bukan niat saya... Tolonglah, Zara.” ~ Irsyad
“Get lost!!” ~ Zara.

Fikir Zara, semuanya kembali normal jika Irsyad pergi. Namun kemunculan tidak terduga Aiman sewaktu Irsyad menagih kemaafan daripadanya telah merumitkan keadaan. Irsyad merayu kepada Aiman untuk memperisterikan Zara.
Apakah yang harus dilakukan oleh Zara? Terima saja Irsyad yang banyak melukai hatinya atau... menyepikan diri sekali lagi?

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Sunday, 23 November 2014

Dracula vs Al-Fateh ~ Muhd Nur Iman Ramli

Nama Dracula sering disebut-sebut. Sangkaan kita, nama ini hanyalah cerita. Dongeng Barat yang direka-reka. Siapa sangka yang Dracula memang benar-benar wujud? Lebih menakjubkan, Dracula ini pernah hidup sezaman dengan sultan yang namanya selalu disebut, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dalam buku ini, ada banyak fakta yang mengejutkan. Antaranya:
1. Dracula adalah antara musuh paling ketat Sultan Al-Fateh.
2. Dracula pernah berkawan dan tinggal bersekali dengan Sultan Al-Fateh.
3. Tidak seperti yang digambarkan dalam filem Dracula Untold, Al-Fateh tidak dibunuh Dracula.
4. Wujudnya watak bernama Radu, adik-beradik Dracula yang banyak membantu Kerajaan Uthmaniyah.
5. Radu adalah pemburu Dracula, seolah-olah watak sebenar yang menginspirasi Van Helsing.

Dracula vs Al-Fateh adalah buku fakta, berasaskan kajian ilmiah.

Antara Isi Kandungan:
Kronologi Dracula dan Al-Fateh
Bab 1 Lahirnya Dracula dan Al-Fateh
Sultan Muhammad II Al-Fateh
Putera Vlad ‘Tsepesh’ III Dracula
Keluarga Dracula
Dracula Sebagai Tebusan Politik
Persahabatan dengan Al-Fateh
Bab 2 Perjalanan Politik Dracula
Pemerintahan Pertama Dracula
Pemerintahan Kedua Dracula
Kekejaman Dracula Tiada Penghujung
Bab 3 Pertembungan Berdarah Dracula dan Al-Fateh
‘Serangan Malam’
Kekalahan Dracula

*****
(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Umar Mukhtar: Singa Padang Pasir ~ Al-Ghazali

Pada ketika Itali mahu mengembalikan era kegemilangan Empayar Rom, Libya menjadi antara sasaran mereka bagi meluaskan kuasa.

Selepas berjaya menghalau tentera Empayar Uthmaniyah daripada Libya, Itali mendabik dada sebagai penjajah. Tetapi kegembiraan Itali tidak lama, kerana di Libya muncul seorang pejuang yang digeruni, pejuang yang mendapat gelaran Singa Padang Pasir, iaitu Umar Mukhtar.

Beliau bersama rakyat Libya mengangkat senjata menentang tentera Itali yang serba moden. Walaupun Umar Mukhtar dan tenteranya serba kekurangan, tetapi tentera Itali tidak pernah mampu mengalahkan mereka, tidak mampu menewaskannya, selama puluhan tahun.

Semua itu berubah pada ketika kehadiran Jeneral Rodolfo Graziani. Akhirnya buku bertemu ruas. Namun Umar Mukhtar tahu, hidup dan matinya tidak akan pernah sia-sia, kerana dia berjuang demi agama dan bangsa. Perjuangan yang menangnya beroleh pahala, dan matinya menemui syurga.

Ikuti kisah Umar Mukhtar, Singa Padang Pasir.

*****
(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Mukjizat Shahih Nabi Muhammad s.a.w. oleh Imam Ibnu Katsir ~ Muhammad Ahmad Isa

Katakanlah, "Sesungguhnya jikalau sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri." (SurahAl-Israk, ayat 88)

Terdapat banyak kisah berkenaan mukjizat Rasulullah s.a.w. yang disampaikan sama ada dari mulut ke mulut ataupun melalui pelbagai sumber rujukan lain. Namun, semua kisah itu ada yang dapat dipastikan keshahihan dan ada yang tidak mempunyai sumber yang pasti.

Buku Mukjizat Shahih Nabi Muhammad s.a.w. adalah himpunan hadith-hadith shahih oleh Imam Ibnu Kathir yang dikhususkan berkaitan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

Mengenali dan menghayati peristiwa luar biasa dalam kehidupan Rasulullah s.a.w. daripada sumber yang shahih diharap dapat menyemarakkan lagi kecintaan dan keimanan kepada Rasulullah s.a.w.

Kelebihan Buku Ini:
Himpunan hadith-hadith shahih berkaitan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.
Pembahagian bab mengikut peristiwa dan keadaan memudahkan pemahaman pembaca.
Hukum hadith-hadith di luar Shahih Bukhari dan Shahih Muslim bersandar pada penjelasan daripada Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani.

*****
(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM48.00 - RM42.20

Kuntum Cinta di Taman Syurga ~ Thoyba Mursyidah

Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan. Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan.

Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap, sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit? Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.

*****
(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Membongkar Misteri 3 Masjid Suci ~ Adrie Noor Fatia, Andriansah

Pelbagai cerita misteri dan aneh yang disampaikan turun-temurun belum dirungkai kebenarannya. Misteri yang berlaku di Masjidil Haram,Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa antara kisah yang menjadi tumpuan masyarakat dunia. Namun, ia tidak terlepas daripada pengaruh mitos, kurafat, dan kepercayaan karut yang kadangkala boleh menyebabkan kesesatan akidah sebagai penganut agama Islam. Apabila mendapat sesuatu berita seharusnya kita selidiki terlebih dahulu sebelum kita mempercayai dan beriman dengannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud, "Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya."

Buku ini cuba merungkai kebenran kisah pelik, peristiwa aneh, dan misteri yang menjadi persoalan masyarakat. Antaranya:
Mengapakah Kiswah Kaabah Berwarna Hitam?
Makam Nabi Ibrajim bukan kubur
Air Zam-zam dapat mengubati Pelbagai Penyakit
Batu Hajarul Aswad Asalnya Berwarna Putih
Benarkah Kaabah Mengeluarkan Pancaran Tenaga?
Benarkah Masjidil Haram adalah Pusat Graviti Bumi?
Benarkah Wujud Mayat Melekat di Kubah Masjidin Nabawi?
Video Penampakan Malaikat Mendengar Khutbah di Masjidin Nabawi
Video Penampakan Malaikat Turun ke Kaabah
Benarkah wujud Batu Tergantung di Kubah Batu (Dome of The Rock)

*****
(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Wednesday, 19 November 2014

Dia... Sebelum Aku ~ Cik D

Kerana kasihan dan tawaran yang lumayan, Ainan terima tugas menjaga Adawiyah yang sakit. Tapi, di hari pertama bekerja, dia dipinang oleh Adawiyah agar turut ‘menjaga’ suaminya dalam ikatan yang halal.

"Ainan...jangan fikirkan kakak, dik. Apalah sangat hati orang yang dah nak mati seperti kakak ni. Terimalah abang dan bahagiakan dia ya dik?" - Adawiyah

Permintaan Adawiyah terlalu berat tapi Ainan terdesak dan terpaksa akur. Terima Nazim sebagai suami dan jadi isteri kedua dalam erti kata yang berbeza. Tapi, mampukah dia suntikkan bahagia ke hati Nazim sedang dia tahu hati lelaki itu hanya untuk Adawiyah?
Layanan Nazim yang berbeza buat Ainan terfikir, benarkah Nazim mengahwininya hanya kerana permintaan Adawiyah?

“Saya tak nak sakit. Sakit sebab percaya yang abang betul-betul sayangkan saya.” – Ainan

“Apa selama ni Ainan fikir abang buat semuanya demi penuhi nafsu semata-mata? Tak dapat kakak, abang cari Ainan, macam tu? Dan benih dalam rahim Ainan tu, kalau bukan hasil dari rasa sayang abang, Ainan nak anggap dia sebagai apa? Anak hasil rogol suami sendiri!?” – Nazim

Hubungan yang pada mulanya rukun, menjadi berantakan saat hati Adawiyah mula celaru. Mengelak diri dari bersama Nazim kerana mahu mengalah tapi, sebenarnya dia mula dihantui cemburu. Mampukah Nazim membawa Ainan turut sama merasai cintanya? Akan kekalkah bahagia Ainan andai ada lagi satu hati yang mengharapkan bahagia itu? Mampukah Nazim bertahan dengan dua isteri yang suka memendam rasa? Dan mampukah Adawiyah bertahan dengan sakit berganda yang dicipta sendiri sebelum dijemput Ilahi?

*****
(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40

Kupikat Jandaku ~ Ana Sofiya

Tiga tahun berlalu, Izyan yang polos sudah menjadi Izyan yang berbeza. Cuma satu yang masih sama, dia kekal sebagai janda. Menyandang gelaran itu tanpa dia tahu apa salah dan silapnya.

Raif yang ego muncul kembali dengan versi yang berbeza. Cuma yang masih sama, dia tetap mahukan Izyan kembali sebagai isterinya. Melepaskan Izyan dulu adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dia lakukan.

“Aku nak mengurat kau. Nak pikat janda aku ni balik. Boleh kan?” – Raif Safyan
“Saya dah serik dengan awak.” – Izyan

Memang Izyan serik. Dulu dia bodoh. Kerana cinta yang buta, dia terima lamaran Raif walau baru seminggu perkenalan mereka. Kerana cinta, dia terima apa saja perlakuan Raif walau dilukai berkali-kali. Tapi hari ini, dia sudah jadi Izyan yang baru. Izyan yang tidak mudah diperkotak katikkan sesuka hati. Apatah lagi, dia sudah punya seseorang yang lebih baik dari Raif.

“Saya suka awak, Yan. Sangat-sangat suka. Awak tahu, kan?” – Zahin

Tapi masalahnya, kenapa rasa hatinya terhadap Zahin tidak sama seperti apa yang dia rasa saat bertemu Raif? Adakah cintanya pada Raif masih bersisa? Siapakah yang akan dipilih Izyan? Si duda yang sering buat jantung dia tidak tentu hala rasa atau si teruna yang sayangkan dia separuh mati?

*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Kau Yang Tak Diundang ~ Nuril Bahanudin

Gara-gara adik, dirinya tersepit! Dia terpaksa mencari suami segera dek kerana syarat yang digariskan oleh ibu dan ayahnya. Lantaran itu, hidupnya yang aman sentosa menjadi huru-hara!

Leila Suria, gadis yang akhirnya menuruti syarat kedua ibu bapanya demi kebahagian adiknya. Memilih untuk menerima lelaki yang tak diundang untuk menjadi suaminya, membuatkan hidupnya berubah. Keindahan cinta mula dirasai. Namun, di kala bahagia mula berbunga, duka menjengah di hati.

“Menangislah kalau you rasa itu boleh buat you rasa tenang” ~ Rio

Kesedihan hati ditutupi dengan cinta yang diberi. Beban yang sarat kian hilang kerana berpaut pada bahu lelaki yang cukup mencintai dirinya.

“You tak pernah abaikan I malah sentiasa memberi sokongan kepada I untuk menghadapi segala ujian yang berat ini”~Leila Suria

Namun, kehadiran sahabat lama mengundang rasa curiga. Hadirnya untuk terus bersahabat, merentap bahagia yang mula meresap.

“You cemburu ke apa Rio?~ Leila Suria
“I cemburu? Tolong sikit! Cermin muka you tu dulu sebelum nak cakap I macam tu!”~Rio

Mampukan Leila Suria melatih hati untuk setia menerima cinta yang tak diundang agar kekal selamanya dihati? Adakah masih ada ruang untuk dia menyemai kasih seorang lelaki di jiwa sedangkan hatinya remuk kerana satu kesilapan? Atau, kehadiran sahabat lama bakal mengubah keteguhan cinta itu?

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Jodoh Temukan Kita ~ Shazie Kamaruzaman

“Saya berhak untuk tahu. Untuk pengetahuan awak, saya ni cucu sulung dia!
“Saya peduli apa awak ni cucu sulung ke, cucu kelima ke. Untuk pengetahuan awak jugak, saya ni pun cucu datuk awak tulah!”

Angin tak ada, ribut tak ada, Huda Nahilah tiba-tiba muncul di depan rumah Baddrol Aqhar. Siap mengaku sebagai sepupunya dan cucu datuknya, Tan Sri Haslan. Tak sampai sebulan tinggal serumah, mereka disuruh pula berkahwin. Ah, sudah!

Idea perkahwinan itu ditentang hebat oleh Datin Nerina dan sepupu-sepupu baru Huda Nahilah. Liyana yang sudah lama menyimpan rasa cinta terhadap Badd dan Aabid yang mula tangkap cintan dengan Huda, paling keras membangkang. Wujudlah pula cinta bersegi-segi! Tapi, bukan antara Badd dan Huda. Badd tak kenan Huda, Huda lagilah tak suka Badd. Sombong, berlagak, takkan nak buat suami kan!

Tapi... nak buat macam mana. Dah atuk suruh kahwin, kenalah ikut. Tak nak jadi cucu derhaka konon.

“Kau kentut ya, Huda?”
“Ha’ah. Kenapa?”
“Pengotorlah kau ni, Huda! Busuk tau tak!”
“Alah, Badd, standardlah tu kalau kentut bau busuk. Cuba kau cakap dengan aku, kentut siapa aje yang wangi? Tak ada sesiapa pun, kan?”

Kalau dah namanya jodoh, takkan ke mana. Semakin hari, semakin berputik cinta dalam hati. Bukan setakat berputik, berakar dah pun! Huda dan Badd saling jatuh cinta. Hari-hari dilalui dengan cukup indah. Namun, semuanya goyah apabila identiti Huda mula dipertikai kembali. Siapa sebenarnya Huda dan apa tujuan dia muncul semula? Mampukah lafaz akad yang diucapkan Badd menepis segala keraguan yang mula muncul dalam hati? Atau... sebagaimana singkatnya perkenalan mereka, sesingkat itu jugakah hubungan rumah tangganya dengan Huda?

*****
(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Mencintaimu Mr. Photographer ~ Emma Mariam

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” - Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Kahwin Dengan Aku Ajelah! ~ Reeani Annur

Kata Hajah Rokiah kepada Muslim, “Ya, kahwin! Nenek rasa Mus kena kahwin untuk ubah sikap Mus yang tak ada sikap tanggungjawab terhadap diri sendiri dan diri orang lain.”
Balas Muslim pula, “Yang nenek rajin sangat pergi cari calon isteri Mus tu, kenapa? Kalau Mus nak kahwin nanti pandai-pandailah Mus cari sendiri. Nenek tak payahlah susah payah macam ni.”
Tapi, kalau nenek dengan cucu bertekak mestilah orang tua yang menang. “Kahwin atau turun pangkat!”

Nak tak nak, Muslim terpaksa minta tolong dengan si pakar cinta bernama Sudin Otai. Pertolongan Sudin telah menemukan dia dengan gadis bernama Zara. Kali pertama tengok Zara, jantung berdegup macam baru lepas lari pecut 100 meter! Sampai tersasul cakap, “Okey! Saya setuju kahwin dengan dia.”
Terkejut Zara mendengarnya. Dan tanpa dia sangka, Muslimlah lelaki yang bakal buat hidupnya jadi huru-hara sampai terjebak dengan konspirasi kahwin paksa.

Penangan cinta Zara buat Muslim jadi angau. Lalu masalah itu dirujuk lagi kepada Sudin. Sudin beri kepada Muslim sekeping kertas yang bertulis 10 cara-cara memikat perempuan.

“Kau yakin semua cara ni menjadi? Kau tak tipu aku?”
“Pernah ke kau tengok aku kena reject dengan mana-mana perempuan sebelum ni? Ha… itulah rahsianya. Jadi, kalau kau nak pikat Zara, kau guna semua cara tu. Aku jamin kau pasti akan berjaya dengan cemerlang. Percayalah cakap aku.”

Lalu, dengan 10 cara itu, bermulalah acara Muslim memikat Zara. Walaupun Zara meluat dengannya, namun dia tak berputus asa kerana dia hanya nak Zara seorang sahaja kahwin dengannya.

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Friday, 7 November 2014

13 Ros Merah ~ April Snow

Mereka berdua dipertemukan dalam suasana yang tidak terduga.

“Err..cik, cik ok? Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Sungguh tak sengaja. Saya betul tak nampak lubang berlopak tu tadi. Minta maaf, cik." – Iq a.k.a Iqram Faysal

“Bawak kereta tu tolong pasang mata sama laa. Jangan simpan bijik mata lu dalam poket. Gua tau la kereta lu kebaboom punyer gempak tapi agak-agaklah kalau nak tayang pun. Ingat gua ni pokok krismas warna coklat aper." – D a.k.a Damia Humaira.

Itu pertemuan pertama mereka. Tak romantik langsung. Manis? Jauh sekali. Tapi siapa sangka dari insiden di lopak tepi jalan, cik pipi merah yang garang giler dengan encik mata cokolat seksi yang cool jer bertemu lagi di bawah langit Setia Heights yang damai. Itulah takdir Allah namanya. Tentu ada sebabkan? Memangpun. Seorang Pengarah Urusan syarikat permotoran terkenal. Seorang lagi pengurus farmasi. Daripada kenalan naik setingkat jadi kawan biasa dan bertukar status kawan baik. Dari kawan peneman makan ke kawan curah perasaan. D tukang dengar yang setia, Iq tukang cerita yang tengah frust giler sebab kena tipu dengan makwe! Lama-lama dari kawan baik jadi mesra. Kamceng giler. Dalam hati Iqram dah bercambah rasa suka tapi tak berani nak kata. Macammana nak mula? Nak tackle si pipi merah ni macammana? Khidmat Firdaus, si rakan akrab dipinta. Misi mengurat si pipi merah harus segera dilaksana.

"13 red roses?! Daily? Kidding haa, man? Ni kerja gila, Fir. Tau tak gila?"

Misi 13 Ros Merah nama diberi. Misi secret admirer. Hari-hari kena bagi. Memang perrgh tapi gila tak terperi. Tapi tuan pengarah urusan seronok jadi pemerhati setia lihat cik pipi merah marah diganggu 13 ros merah saban masa dan ketika. Tapi sampai bila nak jadi stalker dengan 13 Ros merah jer. Bila nak mengaku dah suka giler. Angkat tangan, surrender jer kat dia. Mengaku jer la. Senang cerita.

"Aw..awak IFF? Awak IFF?!!!"
"Yes, D. Saya lah IFF. Saya la orangnya yang hantar 13 ros merah pada awak selama ni."

Kalau sungguh cinta, mesti sanggup tempoh apa sahaja. 10 syarat yang diberi sebagai pelengkap ujian menjadi imam seorang D. 5 syarat dunia 5 syarat akhirat. Iq nak kata apa. Demi cik pipi merah sanggupkan sahaja la. 10 syarat bukan senang. Giler susah tapi nak seribu daya tak nak seribu payah. Ujian getir menanti buat Iq kerana cintanya pada cik pipi merah pujaan jiwa bukan murah maharnya. Dugaan dan cabaran bertali arus. Ustaz Harraz yang muncul bersama pakej lengkap imam yang dicari Damia bisakah menggugat keyakinan Iqram? Onar ciptaan Aisyah yang mencalar maruah seorang Iqram mampukah buat cinta Damia lebur sekelip mata? Tersimpulkah kasih dua insan yang saling ikhlas kasih dan cinta keranaNya. Jodoh itu rahsia. JanjiNya adalah pelengkap cerita. Ternoktah di tiang lohmahfuz. Dua nama bercantum. Menjadi satu.

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Takluk Jagat ~ Zaki Zainol

Tanah Ini akan bergolak. Tiada siapa yang menyangkanya dan tiada siapa yang bersedia. Antara Dasyuria dan Sedinggi – dua negeri yang bersempadan, ada api dalam sekam yang terpendam sekian lama.

Bayu Adi Jata, seorang pemuda yang tinggal terasing bersama-sama datuknya, tidak menyangka akan terjebak dalam sengketa antara negeri dan juga antara alam.

Bermula dengan sebuah kematian dan kehilangan keris panjang yang cuma menjadi sendal pintu pondoknya, Bayu Adi Jata terpaksa memulakan pencarian. Daripada sebuah pondok terpencil ke dunia luas. Satu demi satu rahsia hidupnya terbongkar. Antara kebaikan dan kejahatan, ada jalur kelabu di tengah-tengah.

Dia mengenal siapa Ariasha Cinta Castra, gadis misteri yang seakan-akan mengetahui rahsia hidupnya. Tanpa dapat ditolak, Bayu Adi Jata menjadi perantara antara alam manusia dan bunian. Kemudian munculnya, Pemusnah Jiwa, orang yang paling ditakuti di Tanah Ini.

Dapatkah Bayu Adi Jata menamatkan pencariannya? Mampukah dia menggantikan dendam dengan kemaafan? Atau adakah kegelapan akan menelannya dan melenyapkan cinta yang baru berputik?
Demi menundukkan Lambang Kekejaman, Penzalim yang Sunyi terpaksa dibangkitkan!

*****
(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Humairah, Pipimu Merah ~ Iris Ixora

Humairah ibarat ‘bunga suci’ menjadi kegilaan lelaki di kampungnya. Kulitnya putih dan pipinya sentiasa merah bak delima! Khairil, jurutera dari keluarga berjaya akhirnya menjadi tunangan Humairah.

Tetapi, Humairah memutuskan pertunangan itu kerana cintanya terhadap Jimi. Dia diusir keluarga dan membawa diri ke Kuala Lumpur. Sayangnya, Jimi menghilangkan diri. Bertahun-tahun dia menunggu, tapi lelaki itu tidak pernah ketemu. Akhirnya, dia menerima ijab kabul Norman. Malangnya, enam bulan kemudian, Humairah bergelar ‘janda pipi merah’.

Humairah kemudiannya menjadi ‘permaisuri’ kepada Tengku Muzzafar, tetapi mahkota itu juga tidak bertahan lama. Dia kembali menjanda dan akhirnya bertemu dengan Datuk Rusdi yang memberikan Humairan kasih seorang suami yang tiada bandingannya.

Sedang Humairah diulit bahagia dengan Datuk Rusdi, Jimi muncul semula dalam hidupnya. Lelaki itu mahu menyambung semula cinta mereka yang tidak pernah padam itu... Hati Humairah berada di persimpangan.

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Misi Rebut Hati ~ Nuriz Aida

Syed Ikram Hakimi mempertaruhkan segala-gala untuk mencari kepuasan hidup. Jiwa muda membuatkan dia mudah tergelincir dari landasan sebenar. Baginya, muda hanya sekali. Jika tidak dinikmatinya sekarang, bila tua tiada maknanya lagi. Malah demi membuktikan dirinya bukan hamba cinta, dia juga sanggup menyahut cabaran sesiapa sahaja.

Kehadiran Aleesya Arianna membuatkan Ikram berpaling dua kali. Gadis itu ibarat jinak-jinak merpati. Malah mampu menjadi mawar yang berduri. Mendekati gadis itu membuatkan hati lelaki ini bergetar hebat. Dalam masa yang sama, dia perlu membuat pilihan.

Ketika hati mula menerima cinta, dia terpaksa menelan racun yang diciptakannya sendiri. Benar kata orang, ‘terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya.’ Sekali lagi Arianna terluka. Tapi kali ini dia sudah bersedia. Manusia seperti Ikram tidak layak mendapat cintanya.

Bagi Ikram, semua manusia berhak mendapat peluang kedua. Dia tidak sanggup membiarkan cintanya hilang begitu sahaja. Bagi Arianna pula, cinta di dalam hatinya sudah tiada makna lagi. Biarlah dia sendiri menanggung lara ini!

Saat bidadari pergi… matahari tak lagi menyinari… awan tak secerah yang kuimpi… hujan renyai terus membasahi… saat itu yang kutakuti… bimbang bidadari tak lagi kembali… menemani diriku lagi.

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Pergi Bersama Janji ~ Azilah Wahab

Pada usia 17 tahun, salahkah Marissa Norhanis bercinta? Dia nekad. Demi sebuah cinta suci, dia rela menempuh segala rintangan. Dia tidak mahu kalah sebelum berjuang.

Siapa kata cinta itu melalaikan? Dia sudah pun membuktikannya. Biarpun bercinta di bangku sekolah, dia tetap memperoleh keputusan cemerlang.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan drastrik. Cinta bersama Zafran harus diteruskan. Namun, memateri cinta tanpa restu keluarga, tentu banyak cabarannya.

Saat dia ditinggalkan sepi, Marissa Norhanis sedar kekhilafan lalu. Ikut rasa pasti binasa, ikut hati merana sendiri. Dia berusaha bangkit, mencari harga diri yang hampir hilang.

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Satu Peluru Cinta ~ Aimy Haniya

Di sebalik status kerjaya yang digalas, ARIQ ADAMY sama seperti lelaki lain. Mendambakan kasih sayang daripada seorang gadis. Mengelak untuk bercinta dengan mudah, Ariq membenarkan kesunyian melanda diri. Membiarkan sunyi berkubur dalam hati lelaki kelahiran kota London yang menetap di New Zealand ini.

Pabila hadirnya ABIERATUL LYANA, alam cinta kelihatan begitu indah walaupun cinta bertepuk sebelah tangan, Ariq tetap cuba mencari cinta. Tapi, gelora cinta datang tanpa diduga. ZAREL datang memberi saingan. Biarpun dengan mudah saingan ditepis, status Ariq menjerat Abieratul Lyana ke dalam kancah bahaya.

“Kau kena sedar yang kau tu pembunuh. Sebab kaulah, Abby asyik cedera. Kalau bukan dia, orang di sekeliling dia yang akan cedera. Kau tak pernah fikir ke? Macam tu yang kau cakap cinta? Cederakan orang yang kau sayang?” - Zarel.

Tidak! Sunyi tidak boleh hadir lagi. Dendam perlu dibalas bagi menegakkan bukti. Kebenaran perlu terungkai untuk Ariq Adamy mencantumkan kembali cebisan kehidupan yang lama menghilang.

Adakah Ariq Adamy pasti dalam membuat keputusan? Mampukah Ariq Adamy bangkit menegakkan kebenaran?

Dapatkah si teruna kacukan Inggeris ini mencari kehidupan yang seakan-akan melambai pergi dan mengelak daripada ditembak satu peluru cinta?

*****
(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Encik Gula 'Under Age' ~ Qistina Alya

Pertemuan demi pertemuan tanpa sengaja telah menemukan MUHAMMAD AMMAR RIZQY dan QASEH QASHDINA. Bagi RIZQY, pasti ada maksud di sebalik setiap pertemuan. Mustahil dia dipertemukan dengan QASEH tanpa sebarang hikmah. Di sisi lain, QASEH tak habis-habis menyalahkan RIZQY setiap kali dia ditimpa masalah.

“Kenapa, ya? Setiap kali saya jumpa awak mesti saya ditimpa malang...”-QASEH

“Err... Awak tak rasa ke saya ni penyelamat awak. Setiap kali awak ada masalah aje saya yang selamatkan. Tak gitu? Macam ultraman selamatkan penduduk bumi...”-RIZQY

QASEH mengharapkan seorang imam yang bisa membimbing. RIZQY perlukan teman sebagai pelengkap kepada sebahagian diri yang hilang. Saat RIZQY rapuh, QASEH hadir sebagai teman yang menenangkan. Menjadi guru yang setia di sisi pelajar bernama suami. Biarpun tika itu dia sudah mengetahui, hakikat rahsia yang RIZQY sembunyikan.

“Qaseh, kalau satu hari nanti awak tahu saya sembunyikan sesuatu daripada awak, agak-agak awak marah tak?”-RIZQY

Namun QASEH hanya insan biasa. Dia juga tahu erti kehilangan. Dia juga miliki hati seorang perempuan. Terluka saat dia menyangka cintanya dikhianati. Rapuh pada ketika insan tersayang dibawa pergi.

“Maaf? Qaseh sedar tak apa Qaseh buat? Jantung abang ni...macam nak tercabut bila Qaseh tak ada kat rumah. Bukan sekali Qaseh macam ni. Tapi dua kali...”-RIZQY

Mampukah ketenangan seorang RIZQY mengembalikan senyum di bibir seorang QASEH? Masih adakah pelangi, setelah hujan lebat turun membasahi bumi?

*****
(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Thursday, 6 November 2014

Nota Buat Cempaka ~ Sophilea

“MANA mungkin Doktor Luqman Harith jatuh cinta pada Staff Nurse Cempaka Elina?”

NAMUN mereka bertunang juga. Berbulan bertunang, Luqman senyap. Tiba-tiba sahaja, mereka satu hospital, satu wad. Cempaka kalut. Tunang dinginnya yang kayu ini dekat sangat dengan dirinya. Hati masih libang-libung, tapi keluarga Luqman ajukan mereka dinikahkan cepat. Nikah gantunglah mereka, bak kata orang-orang tua.

“Saya tak nak jadi perampas. Lebih baik doktor bagitahu family doktor yang kita batalkan majlis kita. Kita berpisah.” Cempaka berterus terang.
“Perampas? Rampas dari siapa? Atau sebab Mathew?”
Cempaka menjeling. “Mathew tak ada kena mengena dengan hal saya dan doktor.”
“Bila dia ada kaitan dengan Cempaka sudah tentu dia ada kena mengena dengan saya. Cempaka isteri saya, tak ingat? Memanglah tak ingat sebab gelang nikah pun tak pernah pakai. Cincin tunang pun kejap pakai kejap tak. Takut sangat agaknya saham jatuh.”
“Di hospital, memanglah tak boleh pakai.” Cempaka menjawab.
“Luar hospital, pernah pakai?”
Cempaka gigit bibir.
“Kenapa gigit bibir? Nak saya gigitkan?”

Merah menyala wajah Cempaka apabila Luqman cakap macam itu. Ya Allah rasa nak menyorok dah ini. Luqman pula tayang muka selamba. Tersenyum gatal pula dia. Eiii… Teruknya dia.

SAAT Cempaka mengulit bahagia dengan cara tersendiri versi Doktor Luqman… Dia dikejutkan dengan bicara suaminya di malam majlis persandingan mereka…

“Kenapa? Kenapa mesti ada ikatan antara saya dan awak andai hati awak untuk yang lain, Luqman? Kenapa perlu dirantai saya kalau saya bukan sesiapa, Luqman?” - Cempaka
APABILA sudah serumah, sebilik, sekatil…

“Cempaka Elina... Tiada istilah kesilapan bila abang terima Cempaka sebagai tunang, sebagai isteri abang yang sah. Tiada ungkapan silap atau salah bila kita dijab kabulkan. Semua ini ketentuan dari Allah, Cempaka.– Luqman Harith

MENYEDARI dirinya pilihan kedua Luqman, calon kehendak keluarga… Ke mana harus dia pergi namun jiwa Cempaka terubat dengan nota-nota misteri yang sentiasa mendatanginya… Dan, siapa pula Fikri, Dyja dan Mathew yang mencelah dalam hubungan mereka?

*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Cinta Pertama ~ JS Adiwarna

Cinta pertama itu seumpama sebutir bintang suraya di langit. Kadang-kadang ia muncul dan kadang-kadang ia bersembunyi di sebalik awan.

Berkata tentang cinta pertama, hati terasa manis jadinya pabila kasih tersimpul bawa bahagia. Namun benarkah cinta pertama itu, kisahnya pasti menempa jaya?

Ramai pula yang bertanya,
Cinta pertama itu indahnya seperti apa?
Cinta pertama itu untuk siapa?
Cinta pertama itu kekalnya sehingga bila?

Begini jawabnya,
Sungguhkah tuan membeli jerami?
Kalau sungguh mana diannya?
Sungguhkah tuan cintakan kami?
Kalau sungguh mana tandanya?


Antologi Cerpen Adiwarna ini menghimpunkan kisah cinta daripada 44 orang penulis. Cerita yang manis dan penulisan jujur ini terpancar baik daripada mereka yang pertama kali menulis mahupun mereka yang sudah sedia ada nama. Ceritanya tentulah pelbagai, tetapi yang menyatukan mereka dalam naskhah ini ialah sebuah cerita untuk dikenang. Jadi usah peduli bagaimana mulanya cinta pertama itu, yang penting bagaimana ia dinoktahkan.

Aduhai, dengarlah mereka berbicara tentang kisahnya. Dan benarkah cinta pertama itu hadir sekali seumur hidup, atau ia datang berkali-kali sepanjang hayat? Carilah jawapannya dalam naskhah ini ya....

Mungkinkah, kisah cinta pertama ini hampir sama dengan kisah anda? Bacalah antologi yang memikat ini. ~ Noor Suraya

*****
(SEM) RM38.00 - RM33.40
(S/S) RM41.00 - RM36.10

Tuesday, 4 November 2014

Suka-suka Rabu

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera.

Ini 5 naskhah buku yang diberikan DISKAUN 25% untuk promosi SUKA-SUKA RABU 5 November 2014. Harga ini untuk seluruh Malaysia & luar negara juga ya (sehari ni aje tau).

Tempahan dan belian bermula jam 9 pagi esok sehingga 9 malam esok ya (Rabu).
Jika ada berminat, boleh emel kami di belidiskaun@gmail.com.
Caj pos akan kami maklumkan melalui setiap emel ya. :)

DISKAUN 25% untuk 5 November 2014.
1. Aku Suka Dia: RM18 > RM13.50
2. Siapa Aku di Sisimu: RM30 > RM22.50
3. Usahawan Akhirat: RM26 > RM19.50
4. Jika Kau Ada: RM27.90 > RM20.90
5. Di Sebalik Ikhwan Muslimin: RM29.90 > RM22.40

Buku Untuk Semua...

Booksville Ent.

Saya Kenal Sayang Saya! ~ Nurrul Shuada

Segalanya bermula apabila Fakhri Wafiy yang dipaksa membuat part time di restoran abangnya bertembung dengan Nurul Damia semasa gadis itu kalut untuk masuk ke Restoran Seri Puteri. Pertembungan itu menyebabkan topi cef milik Damia terjatuh ke dalam baldi yang berisi air bekas mop lantai. Oh, sadis sungguh apab!ila melihat topi putihnya itu sedang berenang-renang di dalam air kotor. “Sebagai homework kau, aku nak kau bawa balik rumah topi tu basuh bersih-bersih, faham?! Jangan lupa letak Downy sekali. Kalau tak ada Downy, Softlan pun boleh. Yang penting, wangi!” - NURUL DAMIA

“Tapi apa pasal pula saya yang kena basuh? Saya memanglah pembantu Cik Damia tapi bukan orang gaji Cik Damia pun.” - FAKHRI WAFIY

Nurul Damia, seorang cef yang sudah lama menyimpan perasaan cinta untuk bosnya di restoran tempat dia bekerja, Fahim Rayyan. Rancangan untuk menggantikan tempat bakal tunang Fahim mengubah hidupnya seratus peratus apabila dia bertunang dengan Fahim tapi kahwin dengan Fakhri! Apa kes ni? Walaupun mereka sudah disatukan, namun kehidupan mereka tetap tidak berubah. Seperti anjing dan kucing, sehari tidak bertekak, tidak sah! Namun, siapa sangka, dalam diam perasaan cinta dan sayang Damia mula teguh untuk si suami.

Manakala bagi Fakhri pula, si isteri ini adalah cinta pertama dan terakhir buat dirinya. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Fakhri Wafiy bagaikan hilang nyawa apabila mendapat tahu sebuah rahsia yang selama ini kukuh dalam pengetahuan mamanya. Dia reda. Kalau dahulu untuk mendapatkan gadis itu, dia yang mencipta rancangan. Dan sekarang untuk membuang gadis itu, dia juga yang terpaksa membuat aturan. “Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi, faham?! Aku harap kau fahamlah bahasa mudah yang aku guna ni. Aku benci tengok muka kau.

Aku malu ada isteri yang lebih tua dan langsung tak menarik macam kau ni, Nurul Damia!” - FAKHRI WAFIY

“Fakhri... Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak curi hati saya sedangkan pada masa yang sama awak akan lukakannya? Kenapa buat saya sayang awak? Kenapa buat saya cinta awak? Kenapa buat saya kenal awak? Kenapa Fakhri? Kenapa?!” - NURUL DAMIA

Rahsia apa pula yang disembunyikan oleh mama Fakhri? Bagaimana pula dengan cinta Damia yang baru bercambah buat Fakhri? Semuanya dalam Saya Kenal Sayang Sayang!

*****
(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Suamiku Paling Sweet ~ Anjell

“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama, Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS

Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan. Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ

“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA

“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu. Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya. Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.

Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.

*****
(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Jiran Masam Manis ~ Bunick Firdaus

Rumah I
Digelar jiran tiga suku
Suka mendekati
Tidak putus asa memujuk
Gemar membuat kejutan

Rumah II
Digelar matahari
Suka mengelak
Tidak makan dipujuk
Marah dengan kejutan

Hidup Fayyad kosong selama setahun. Kemunculan Suria, si jiran sebelah rumahnya seperti memberikan nafas baharu kepadanya yang pernah ‘mati’. Tetapi dia tidak berterus terang dari awal kenapa Suria itu dianggap mataharinya.

Suria pula, dia tidak boleh berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menipunya! Lalu, dia nekad menjauhi Fayyad walaupun dia tahu jiran sebelah rumahnya itu sukar untuk dijauhi.

Adegan masam manis yang berterusan antara mereka akhirnya mengikat hati mereka dengan cinta.

Namun, kemunculan seseorang yang menuntut sesuatu yang tak terduga daripada Fayyad telah merencatkan kisah bahagia mereka. Adakah Fayyad kembali terperangkap dengan masa silamnya?
Perempuan memang penuh dengan tanda tanya!

BUNICK FIRDAUS menggarap kisah ‘tarik tali’ dalam Jiran Masam Manis ini dengan bahasa yang santai dan memikat. Adegan demi adegan yang disusun kemas pasti membuat kita terhibur dan selalu menarik senyuman.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Yang Arif Yang Wangi ~ Fizziany

Arif Farhan dan Jasmin, takdir menemukan mereka dalam keadaan yang tak terduga. Mereka mengharungi detik dan waktu bersama-sama. Dari hutan ke pulau… dari pulau ke bandar. Tanpa sedar, mereka jatuh cinta.Namun, banyak perkara perlu ditempuh. Cinta bukan mudah bagi mereka berdua meski sentiasa bertemu. Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah saling memendam perasaan antara satu sama lain.

“Dia adik I. Adik tetap adik. Sebagai abang, I cuma nak pastikan dia dapat yang terbaik. Tak lebih daripada itu.” ~ Arif Farhan

“Dia kesian kat aku. Orang macam dia, takkan nak jatuh cinta dengan aku. Kalau dia nak jatuh cinta, dari dulu lagi dia dah jatuh cinta dengan aku. Tapi, dia tak pernah kata apa-apa pun…” ~ Jasmin.

Hidup ini, kadang-kadang… lain yang dirancang, tapi lain pula jadinya. Sukar menduga hidup apabila takdir Maha Esa lebih bijak mengatur hidup kita.

*****
(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...