Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Haji Lokman Abdul Hamid. Show all posts
Showing posts with label Haji Lokman Abdul Hamid. Show all posts

Friday, 21 January 2022

Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM70.00 > RM68.00

Dengki, hasad dan dendam ialah barah yang yang wujud sejak ada kehidupan alam ini. Apabila dendam dan iri hati melanda, tiada jalan lain yang dipilih melainkan perbuatan mensyirikkan Allah ini. Terkena buatan orang, terkena santau, disihir sehingga bercerai dan dipukau sampai kehilangan semua duit. Semua ini ialah realiti yang berlaku dalam masyarakat sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini. 

Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ini ialah buku ketiga dalam siri Perubatan Al-Quran. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. 
Bahagian 1: Memahami Alam Jin 
Bahagian 2: Memahami Gangguan Sihir dan Saka Keturunan 
Bahagian 3: Kaedah Rawatan dengan Al-Quran 
Bahagian 4: Jurnal Pesakit 

Setiap bahagian disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan. Ia padat dengan maklumat yang sukar diperoleh dan jarang dibincangkan. Buku ini juga dapat membantu pembaca spaya lebih memahami simptom terkena sihir serta perbezaannya dengan penyakit biasa. Benarkah tekanan darah naik, jantung berdebar, sakit di sendi-sendi, sesak nafas, pening atau sakit kepala, penyakit kulit seperti ekzema dan lain-lain mempunyai kaitan dengan sihir? 

Mengapa kita sering kali mendengar kisah pihak perubatan moden tidak dapat mengenal pasti punca tanda-tanda penyakit di atas? Bahkan setelah berkali-kali menjalani rawatan dan berhabis ribuan ringgit, penyakit tidak juga hilang. Mengapa? Adakah ayat-ayat al-Quran hanya sebagai penawar kepada saka? Atau ia mampu mengubati segala penyakit di atas? Buku ini mendedahkan "the power of quranic medicine". 

Kaedah rawatan yang dinyatakan dalam buku ini ialah dengan amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga ibadah-ibadah lain yang boleh dibuat sendiri oleh mangsa sihir atau ahli keluarganya.

Monday, 8 November 2021

Perubatan Al-Quran: Rawatan Penyakit Kronik ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM60.00 > RM57.00

Siri buku Perubatan AL Quran membuktikan betapa mujarabnya ayat-ayat Al Quran dalam merawat penyakit. Jika siri pertama berkisarkan penyakit kanser, siri kedua pula tampil dengan isu berkenaan 16 penyakit kronik yang sering dialami oleh rakyat Malaysia. Antaranya ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung koronari dan strok.

Punca simptom dan langkah pencegahan dirungkai satu per satu dengan garapan gaya bahasa yang mudah difahami oleh golongan umum. Isu buku ini padat dengan kupasan bagaimana Al-Quran memiliki kuasa penyembuh yang tidak mampu dinafikan meskipun proses rawatan tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Inilah anugerah bagi insan oleh Allah SWT. Selain kaedah perubatan Al_Quran, buku ini turut memaparkan kaedah perubatan moden dalam merawat penyakit kronik.

Percayalah, tiada yang mustahil dengan izin Allah SWT.

Siapa yang perlu memiliki buku ini.
Mereka yang sedang menghidapi penyakit kronik.
Mereka yang telah mencuba rawatan perubatan moden, namun tidak menemui kesembuhan.
Mereka yang tidak kenal erti putus asa dalam ikhtiar untuk kembali sihat.
Mereka yang percaya mukjizat Al-Quran sebagai penawar.
Mereka yang ingin mengetahui dan membantu golongan pesakit ini.
Hadiah kepada pesakit yang menghidapi penyakit kronik.

Buku ini juga sesuai untuk bacaan seisi keluarga yang ingin menambah ilmu pengetahuan tentang penyakit kronik dan cara-cara penyembuhan melalui perubatan al-Quran.

Monday, 29 April 2019

Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50
Kanser adalah antara penyakit kronik yang paling ditakuti pada zaman kini. Ada kalanya ia hadir tanpa sebarang amaran, namun meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap penghidapnya dari segi fizikal dan emosi. Ia menyerang segenap lapisan masyarakat tanpa mengira jantina dan latar belakang, seawal usia masih bayi sehinggalah mereka yang sudah lanjut umurnya.

Statistik kanser yang direkodkan saban tahun menunjukkan peningkatan angka yang amat membimbangkan. Justeru, buku ini ditulis khas bagi merungkai permasalahan kanser serta memberi pencerahan kepada para penghidap dan penjaga pesakit kanser, yang mahu memahami penyakit ini dengan lebih mendalam.

Antara topik utama yang difokuskan adalah:
1. Pengertian Kanser
2. Punca-punca Kanser
3. Rawatan Moden untuk Kanser
4. Rawatan Kanser Melalui Ayat Suci al-Quran
5. Amalan Hidup Sihat Tanpa Kanser