Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Nor Hasnida. Show all posts
Showing posts with label Nor Hasnida. Show all posts

Monday, 11 March 2019

CEO Depan Mata ~ Nor Hasnida

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kahwin dengan CEO?
Itu memang impian Rania, tapi sekadar impian kosong saja kut. Siapa yang tak pernah ada impian, kan?

Tapi, bila dia betul-betul dipinang CEO, Rania blur.
OMG? Biar betul ni? Impian dia dah jadi kenyataan ke?

Bukan sesuatu yang mudah untuk Rania hadapi saat dia tahu lelaki yang dia kenal selama ini adalah CEOnya sendiri. Hampir saja Rania putuskan pertunangan dengan Carl gara-gara lelaki itu tidak pernah bercerita tentang siapa dia sebenarnya. Sangkanya Carl hanya mahu mempermainkan dia.

“Aku tak pernah nak mainkan kau. Kau yang salah faham pasal aku.”
“Oh, jadi awak nak kata semua ni salah saya. Ya, mungkin saya salah sebab tak dapat cam awak, tapi kenapa awak tak berterus terang dengan saya saja?”
“Sebab aku takut kehilangan kau, Rania.”

Thursday, 13 July 2017

Sedang Suka Kamu ~ Nor Hasnida

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Ryan Mikael. Hatinya umpama batu konkrit. Keras dan sukar ditembusi. Perceraian dengan Zafira membuat dia menutup hatinya untuk mana-mana perempuan. Baginya semua perempuan sama saja. Selfish!

Namun, satu kemalangan kecil yang terjadi antara dia dan Batrisya merubah segalanya. Tiada siapa yang menduga, insiden itu membuat hidup Batrisya terikat dengan lelaki itu buat selama-lamanya.

Menerima Ryan Mikael dalam hidupnya, bukanlah sesuatu yang mudah. Dia masih sedar diri. Siapalah dia jika mahu dibandingkan dengan lelaki hebat itu.

“Encik Mika, hal nikah kahwin ni bukan sesuatu yang boleh dipaksa tau. Saya tak nak kahwin setahun dua, lepas tu menjanda. Saya nak kahwin untuk seumur hidup saya.” - Batrisya
“Ada ke aku cakap lepas setahun dua nanti aku akan ceraikan kau?” - Ryan Mikael.

Kerana kasihkan Medina, anak perempuan Ryan Mikael, Batrisya menerima jua lamaran itu. Janji Ryan Mikael, pernikahan itu hanya untuk menjadikan dia ibu yang sah kepada Medina. Tidak lebih daripada itu.