Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Siti Khadijah. Show all posts
Showing posts with label Siti Khadijah. Show all posts

Tuesday, 2 June 2020

Mr Frost ~ Siti Khadijah

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Keretakan keluarga membuatkan 𝐑𝐀𝐈𝐒 𝐋𝐔𝐓𝐅𝐀𝐍 menjadi manusia yang punya hati tapi tidak berperasaan. Sikap dingin dan beku dijadikan perisai untuk mengelakkan diri daripada didekati oleh orang lain. Dia terus lupa cara untuk tersenyum. Dia terus lupa cara untuk ketawa, malah dia terus terlupa cara untuk menyayangi apatah lagi membenarkan dirinya untuk disayangi.⁣⁣⁣
⁣⁣
“𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘛𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯! 𝘉𝘦𝘬𝘶! 𝘒𝘢𝘺𝘶!” – 𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐀.⁣⁣⁣
⁣⁣
Kemunculan 𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐀 ternyata mampu untuk menghuru-harakan hidup lelaki beku itu. Disebabkan satu salah faham, Rais terperangkap dalam ulah yang diciptakan oleh Hana. Manakala, Hana menggunakan kesempatan itu untuk kepentingannya sendiri dan akhirnya mereka memilih untuk disatukan demi kepentingan masing-masing tanpa melibatkan sebarang perasaan.⁣⁣⁣
⁣⁣
“𝘑𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘢𝘯?” – 𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐀.⁣⁣⁣
⁣⁣“𝘚𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩. 𝘚𝘦𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬𝘯𝘺𝘢, 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶?” – 𝐑𝐀𝐈𝐒 𝐋𝐔𝐓𝐅𝐀𝐍.⁣⁣⁣

Friday, 5 October 2018

Cagaran Cinta ~ Siti Khadijah

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

“Aku tak peduli siapa pun dia. Aku nak berkenalan sangat dengan perempuan yang berjaya buat Am lupa pada Tuhan dia sendiri.” - HAIL HAIYAN.

Kesengsaraan yang dialami oleh adiknya memaksa Hail Haiyan menjadi seorang pendendam. Melihat adik kesayangan terseksa bukan impiannya. Jadi, dia harus melakukan sesuatu. Sesuatu yang dapat membela nasib adiknya.

Lantas, gadis bernama SUFI AWLIYA diheret untuk bertemu dengannya. Gadis yang dipercayai menjadi penyebab adiknya merana kini berada di hadapan mata. Namun, gadis itu keras menafikan.

“Mungkin saya punca semua ini berlaku, tapi bukan saya yang menyebabkan Am merana sampai begini sekali. Tuan pekakkan telinga untuk mendengar penjelasan saya dan tuan butakan mata hati tuan untuk kenal siapa saya yang sebenarnya. Tuan memang zalim!” - SUFI AWLIYA.

Tuesday, 11 April 2017

Pemusnah Hati ~ Siti Khadijah

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

"Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal." -AISY RAISYA.

"Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!" - QARTAL.

"Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!" - UMAR FARUQ.

Monday, 9 September 2013

Rasa Yang Tertinggal ~ Siti Khadijah

“Aku tak suka campur adukkan antara cinta dan persahabatan. Biarlah cinta dengan cinta dan sahabat dengan sahabat. Itu pendirian aku yang takkan aku padam.”

Kerana prinsip tersebut, TUAN RYAN ZHARIFF memendamkan perasaannya yang sebenar terhadap gadis tersebut. Gadis itu sukar untuk didekati menyebabkan gadis itu amat berlainan pada pandangan matanya. Ryan mula mendekati UMMU BALQIS melalui hubungan persahabatan tapi pada masa yang sama dia memberikan janji kepada gadis lain.

Namun, takdir berkehendak lain apabila mereka terperangkap dengan jerat yang mereka ciptakan sendiri.

“Qis, macam mana kau boleh ada dekat sini? Dan kenapa kau pakai cantik-cantik ni?”

“Aku rasa kau salah rumah, Ryan. Yang sepatutnya datang sini suami aku, Zhariff. Bukan kau.”

Dalam kepayahan mencari erti sebuah perasaan, mereka akhirnya memilih jalan kehidupan yang sukar. Balqis pergi meninggalkan Ryan Zhariff demi cinta lelaki itu kepada gadis lain. Tetapi pada Ryan Zhariff, rasa yang tertinggal tidak mungkin akan terpadam. Adakah benar kata orang, antara lelaki dan wanita tidak akan wujud istilah kawan baik?

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30