Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 5 December 2013

Jurnal Kesedaran 21 Hari: Mengenal, Membaiki, Menyayangi & Mendidik ~ Prof Dr. Muhaya

Sebuah formula kesedaran yang telah dirumus khas oleh Prof.Dr. Muhaya ini bagi masyarakat yang masih tidak memahami tahap kesedaran mereka daripada reaktif kepada responsif. 

Berdasarkan rumus 6 aspek yang dimuatkan ke dalam jurnal ini sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan impak ke dalam diri bagi mengubah diri individu agar lebih memahami konsep kesedaran dalam kehidupan. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Jom audit diri kita!

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Thursday, 14 November 2013

Jurnal Haji Pengubat Rindu ~ Intan Yaacob

“Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut.

“Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Anakku Seorang Hafiz ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Bagaimanakah cara memotivasikan anak untuk menghafaz al-Quran? Bagaimanakah untuk merancang? Apakah formula dan kaedah yang sesuai untuk anak-anak menghafaz al-Quran? Bagaimanakah cara berhadapan dengan permasalahan anak ketika menghafaz al-Quran?

Setiap persoalan ini diperjelaskan dalam buku “Anakku Seorang Hafiz” ini agar dapat membantu dan menyuluh jalan dalam mendidik dan mentarbiah, seterusnya merealisasikan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menghafaz al-Quran. Buku “ANAKKU SEORANG HA FIZ” ini sesuai untuk dijadikan salah satu bahan panduan dalam mendidik anak-anak kita menghafaz al-Quran sama ada di rumah atau di sekolah. Panduan yang dibariskan oleh penulis begitu jelas mampu membantu dan memudahkan usaha yang murni ini.

Panduan yang dibentangkan juga, bukan sekadar melalui pengalaman sahaja, malah dikuatkan oleh pengalaman-pengalaman para ulama dan diteguhkan lagi oleh fakta serta formula yang diyakini kemampuannya.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Solat Emergency ~ Fauzi Abdul Hamid

Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya.

Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat. Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit.

Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Monday, 11 November 2013

Isteri Untuk Disewa ~ Syamnuriezmil

Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.
Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

*****

(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Aduh! Bergetar Jantungku ~ Cenderawasih

AMIRA / Ayang - Pertemuan kita yang pertama kakiku kau cantas, sehingga mulutku terbabas. Pertemuan kita yang kedua, kau kenakan aku hingga sesak nafas di dalam kelas. Izuan, Lagakmu sentiasa membuatkan aku sakit jiwa. Membuatkan mulut ini sentiasa bersenam setiap pagi dan setiap ketika. Banyak betul akal kau, hingga aku benci setiap kali kita bertentang mata. Tidak puas kau pancitkan tayar, akhirnya kau kerjakan basikalku sehingga tinggal kerangka. Pertemuan kita bukan seindah musim sakura. Tapi usikanmu membuatkan hati aku berentak getar memukul jantung!

IZUAN - Mulutnya sentiasa berbunyi. Muka cantik, bulu mata lentik, cuma perangai saja sedikit pelik. Pantang tersilap sikit, pasti dibalas hingga puas hati. Berdesing telinga dibuatnya mendengar gadis itu berleter. Namun dia juga yang melekat di hati. Entah kenapa, aku suka sangat gadis itu diusik. Walaupun suaranya memanah seperti halilintar, walau lagak lakunya kasar, tetapi akhirnya dia pilihan hati aku!

PERTUNANGAN terjalin antara kedua-duanya ketika Amira di tahun akhir pembelajarannya. Alan menjadi tunangan Amira tanpa menduga Alan Izuan adalah nama penuh milik Izuan.

“Nama tunang Ayang?”
“Jebon.” Amira masih selamba.
“Jebon?”
Amira gelak apabila kakaknya beriak terkejut. Mana tidaknya, rasa terkejut Kak Zita berkongsi pula dengan muka tak ‘kacak’ Abang Amirul. Abang Amirul melopong memandangnya. Itu yang jadi tidak kacak!
“Ala, Jebon tu nama gelaran dia. Saja-saja Ayang bagi nama tu kat dia. Nama dia Alan.”
“Alan je?” tanya Amirul. Dia memandang Suzita. Ada sesuatu yang difikirkan oleh mereka.
Amira angkat bahu. Dia memang malas mahu tahu tentang Alan. Maklum hati kurang ikhlas menerima pertunangan. Dulu-dulu pula asyik bercekau saja.
“Baik kita makan daripada memikir tentang budak Jebon tu. Ayang dah lapar ni.”

SETELAH lama diikatan pertunangan, Izuan mahu mengakhiri dengan mengahwini Amira yang baru bergelar guru. Penolakan Amira buat hati Izuan penasaran. Natrah, rakan sekerjanya selalu datang menggoda...

“Mira dah fikir masak-masak tentang perkara ini? Mak tuk tak mahu Mira buat keputusan secara tergesa-gesa.”
Langkah Amira terhenti apabila suara mak tuk tegas di muka pintu. Bukannya ada mak tuk saja tetapi semua ada. Emak, Kak Ayu, tuk ayah dan Nek Melah.
“Kamu berdua berbincang di luar ni tapi kami juga berbincang di dalam. Perkahwinan kamu berdua asyik ditangguh saja dan kami juga buat keputusan untuk menangguh memutuskan tali pertunangan kamu berdua.”
“Mak tuk...”
“Mira cuma fikir tentang kesalahan Alan tapi Mira langsung tidak memikirkan kesalahan Mira.”
“Tuk ayah nak kata Mira salah? Mira salah apa?” Amira bengang pula.
Dilihatnya seperti semua orang mahu menyalahkannya pula. Luluhnya hati dan perasaannya ini. Amira melihat Izuan sudahpun berada di sisinya.
Sakitnya hati melihat Izuan sudah tersenyum kemenangan. Argh!

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Monday, 28 October 2013

Sticker Papan Hitam yang mudah ditanggal dan ditampal di mana sahaja


Assalammualaikum saudara/ri,

Kami di Booksville mula menjual "STICKER PAPAN HITAM" yang menarik, mudah dan pelbagai guna untuk anda semua.

Sticker Papan Hitam yang MUDAH DITANGGAL DAN DILEKATKAN di mana sahaja...
Sesuai untuk anak-anak, mereka yang bekerjaya, suri rumah, peniaga makanan, untuk majlis perkahwinan dan sesiapa sahaja...

Dan...
INGIN mengajar anak anda sendiri?
INGIN belikan papan hitam atau white board tapi takut dinding berlubang akibat paku?
INGIN anak anda seronok melukis di dinding tanpa anda perlu risau?
INGINKAN pelekat yang mudah dipotong sesuka hati saiznya dan boleh ditanggal kembali dan lekat di tempat lain?

Sticker Papan Hitam ini BOLEH:
1. Pasang Sticker Papan Hitam ini di dinding rumah.
2. Pemasang sangat senang, cuma lekat saja sticker ini.
3. Senang di cuci selepas bermain / belajar.
4. Hanya menggunakan kapur tulis.
5. Mudah ditanggal dan ditampal di tempal lain pula

Sticker BOLEH DIPOTONG MENGIKUT PELBAGAI SAIZ yang dikehendaki.
Nak potong jadi 2 atau 3 atau 4 bahagian pun boleh.

Size : 45cm x 200cm untuk 1 roll.
Material : high quality vinyl.
5 batang kapur pelbagai warna
Harga 1 Roll RM69 Sahaja Termasuk Pos ke Seluruh Malaysia.
Beli 2 Roll = RM120 Termasuk Pos.


BOLEH DITAMPAL DI:
1. Dinding rumah (pastikan licin, jgn yang kasar)
2. Kaca Sliding Door.
3. Dinding dapur (ceramic)
4. Pintu rumah (boleh buat notis board)
5. Jika potong kecil2 boleh buat label tempat simpan barang.
6. Lekat di pintu almari (boleh lukiis2 buat decoration)
7. Gunting ikut kreativit

Potong ikut kegunaan masing2 (pakai cutter atau gunting aje).
Boleh emel kami di belidiskaun@gmail.com atau layari FB Belidiskaun untuk info lanjut.

Terima kasih & ceria selalu.

Booksville Ent.
www.facebook.com/Belidiskaun
http://belidiskaun.blogspot.com

Thursday, 17 October 2013

Dicintai Atau Mencintai ~ Myra Ameer

Kata orang, cinta itu manis macam madu tapi baginya cinta itu lebih manis daripada itu… Kata orang, terluka itu pahit tapi baginya terluka itu perit…

Sengal, mental dan gila. Itu gelaran untuk lelaki yang bernama Mohd Zariq Asyraf. Bagi Qyra, pertemuan dengan lelaki itu sangat menjengkelkan dan menyampahnya kepada lelaki itu tidak terluah dengan kata. Perasaan itu semakin menjadi-jadi apabila mereka mula bekerjasama.

“I cakap dengan you tadi you tak dengar ke?” – ZARIQ

“You cakap dengan I ke?” – QYRA

“Ada orang lain lagi ke dalam kereta ni?” – ZARIQ

“Your driver tu bukan orang ke?” – QYRA

Bagi Zariq, gadis yang bernama Qyrana Najwa itu pula seorang yang perasan bagus. Perangai tak semenggah dengan rupa. Mulut pula ya ampun, bukan main berbisa apabila berbicara. Satu yang disoal tapi sepuluh yang dijawabnya. Kalau disuruh memilih, gadis seperti itu memang tidak akan tersenarai langsung sebagai calon pilihan. Titik!

Namun perancangan Allah, tiada siapa yang dapat menduga. Akhirnya dalam asyik bergaduh, rupa-rupanya ada sayang dalam hati masing-masing…

“Love you like crazy.” - ZARIQ

“Tak apa. You gilalah sorang-sorang, nanti I cari boy-friend lain.” – QYRA

*****

(SEM) RM32.00 - RM28.20
(S/S) RM35.00 - RM30.80

Wednesday, 2 October 2013

Indahnya Kenegaraan Islam: Bagaimanakah Memahaminya ~ Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Buku “INDAHNYA kenegaraan Islam” ini adalah berkenaan dengan hukum dan akhlak. Buku ini mengupas beberapa perkara berkaitan isu politik, pentadbiran dan sistem negara. Maka penulis cuba mengolah semula pendapat dan pemikiran ulama dalam buku ini. Buku ini menjadi kemestian kepada masyarakat untuk memilikinya kerana mengupas secara ilmiah berkaitan tunjang asas dalam sesebuah negara.

Menyingkap pendekatan Islam dalam pemerintahan dan kenegaraan. Memberikan garis panduan kepada rakyat dan pemerintah dalam etika bernegara dan mengharmonikan sistem yang sedia ada agar selari dengan panduan Islam. Diharapkan dengan memiliki buku ini, masyarakat bijak berpolitik dengan matang tanpa meruntuhkan asas keharmonian, persaudaraan dan kenegaraan.

*****

(SEM & S/S) RM22.00 - RM19.40

Al-Quran Dengan Waqaf & Ibtida' Bertajwid ~ Prof Madya Dr Hj Abdul Raof Tan Sri Hassan

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan).

Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang.

Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

*****

(SEM & S/S) RM95.00 - RM83.60