Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 22 November 2019

Purnama ~ Tey Marzuki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Afifah dan Purnama Nilam, dua insan berlainan zaman, dahulunya telah dipertemukan oleh takdir dan kemudiannya terpisah jua oleh takdir. Meski berjurang beribu zaman, namun kasih tetap mekar merangkul perasaan. 

''Meski musim sudah berganti, dunia memudar dan masa berputar, namun kasih hamba padanya akan sentiasa subur di hati...'' - Purnama Nilam. 

''Saya berasa bersalah pada Purnama... meninggalkan dia sendirian, di kala dia memerlukan.'' - Afifah. 

Sayang, pertemuan yang sepatutnya menggembirakan berubah menjadi tragedi. Masa lalu yang hampir terlupakan telah datang menghantui. Bara dendam yang jauh terpendam menyeruak, menenggelamkan seluruh Panca Sakti dengan kegelapan. Dan di saat huru-hara memuncak, saat itu jugalah kasih dan persahabatan bakal diuji. 

''Ketika bulan dan matahari menyatu, kasih yang terpisah pasti bersatu...''

Tidak Kulepaskan ~ Norra Hassan

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Dek hendak sangat mendapat tugasan yang lain daripada lain, Shou si penyiasat persendirian, menerima kerja untuk mendekati Juli Lorelei Mediha. Baru hendak memikat si cantik itu, Juli kemalangan, langsung amnesia. Dalam ingatan baru Juli yang palsu itu, Shou adalah kekasihnya yang satu. Hendak dinafikan, Tok Ayah Ali pula mendesak Shou supaya terus berlakon menjadi kekasih Juli. Dalam terpaksa, Shou rela.

''Berikan setia you kepada i seorang.''
Tujuh hari berada di sisi si cantik kacukan Melayu dan Jerman itu membuatkan hidup seorang Shou menjadi huru-hara. Campur pula dengan adanya Shireen, si sepupu yang menjadi calon pilihan nombor satu emak untuk dijadikan menantu. Ada pula musuh yang mengintai dan menanti mereka tersalah langkah. Lagi haru apabila ada hantu. Tetapi, yang paling Shou bimbangkan ialah hatinya sendiri. Takut ada cinta buat Juli si penggoda. Cinta yang akan berakhir andai amnesia Juli pulih.

Misi Misteri Makhluk dan Tokoh Akhir Zaman ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini memaparkan kisah-kisah beberapa makhluk akhir zaman yang disifatkan sebagai makhluk misteri. Bermula daripada para wali Allah, diikuti dengan Nabi Khidir AS bersama Nabi Musa AS dan Raja Zulkarnain yang dikaitkan dengan perkara pelik atau ajaib. Iaitu ‘Air Kehidupan’. Buku ini juga membongkar sipakah tokoh-tokoh Ashab Al-Rayati Al-Sud, Ikhwan, Rugaqa’, Wali Abdal.

Pemuda Bani Tamim dan lain-lain, Mereka akan bergabung dengan Al-Mahdi dan Nabi Isa berperang dan membunuh Dajjal. Selain pejuang Islam, Terdapat juga penentang Islam yang muncul pada akhir zaman kelak, iaitu Al-Sufiyani yang bersifat ganas dan berjuang bagi menyediakan sistem Dajjal. Ketika itu terjadinya pertembungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim menentang Al-Sufiyani dan Dajjal. Ia berakhir dengan turunnya Nabi Isa AS dari langit membunuh Dajjal. Nabi Isa AS menggantikan Al-Mahdi sebagai khalifah, setelah kewafatan beliau. Dunia ketika itu aman dan makmur. Kemudian muncul pula Yakjuj dan Makjuj. Segala kisah berkaitan makhluk ini dikupas secara mendalam dalam buku ini.

Ensiklopedia Sejarah Turki: Jilid 3 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Dalam jilid 3 ini menumpukan perhatian kepada zaman moden Turki, ia bermula dengan ancaman penjajahan Barat yang memperkenalkan sistem secular di wilayah Mesih dan seterusnya di Turki sendiri. Pada peringkat awalnya, proses pembaratan berlaku melalui program Nizam-I Jedid oleh Sultan Selim 111, dan diikuti oleh program Tanzimat pada zaman Sultan Abdul Mejid. Sedangkan di kalangan tokoh-tokoh politik, proses pembaratan dijalankan oleh gerakan Uthmani Muda dan gerakan Turki Muda.

Selepas perkembangan awal ini barulah muncul proses sekularisasi sepenuhnya oleh proksi Barat, Mustafa Kemal Ataturk, sehingga menghancur-luluhkan seluruh warisan Islam Turki sebelumnya. Bagaimanapun, legasi agung dari tradisi Turki Uthmaniyah masih hidup melalui gerakan ulama sufi dari semasa ke semasa, yang mencapai kemuncaknya di tangan Badiuzzaman Said Nursi serta Syeikh Mustafa Sabri. Dan yang lebih penting dari itu ialah melalui gerakan politik Islam yang dipelopori oleh Adnan Menderes.

Membongkar Sejarah Islam Di Asia Tengah ~ Shamsul Bahriel

(SEM & SS) RM35.90 > RM32.30

Buku ini menceritakan sejarah yang berlaku di wilayah Asia Tengah yang disebut-sebut oleh sesetengah sejarawan sebagai Terra Incognita (wilayah yang tidak dikenali) atau Terra Pericolosa (wilayah yang berbahaya). Sejarahnya bermula dari penguasaan bangsa Parsi/Aria sehinggalah terbentuknya nasionalisme hasil penjajahan Kesatuan Soviet pada abad ke-20.

Buku ini menceritakan juga abagaiamana bangsa Parsi, Turki, Arab, Cina, Mongol, Yunani, Rusia mahupun Rom berhubung serta berasimilasi di antara satu sama lain di Asia Tengah. Apa yang penting juga, bagaimana Islam sampai dan diterima oleh penduduk di Asia Tengah yang majoritinya berbangsa Turki.

Lara Cinta Laila Majnun ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00
Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami merupakan penulis sufi terkemuka pada abad pertengahan kerana dua roman cinta yang menyayat hati, iaitu Laila dan Majnun serta Syirin dan KHusrau. Kisah sedih Laila dan Majnun, di mana Majnun yang bermakna ‘tergila-gila akan cinta’. Kerana cintanya yang tidak sampai pada Laila, akhirnya membuatnya jadi gila.

Kisah cinta ini dibaca selama berabad, tatusan tahun jauh sebelum “Romeo and Juliet” karangan Wiliam Shakespeare sehingga kisah Laila dan Majnun terkenal sebagai kisah cinta Persia. Syeikh Sufi Maulana Hakim Nizhami adalah seorang Syeikh Sufi, dan yang dimaksudkan dengan ‘kekasih’ dalam berbagai kisahnya sesungguhnya adalah perwujudan Allah SWT.

Membunuh Muhammad ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus’ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk.

Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi misi yang besar – Membunuh Muhammad!

Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus’ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.

Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini?

Samurai Melayu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00
Lebih sedekad Ryujin dihantar pulang ke Malaysia sebagai ‘senjata rahsia’ bagi Ryuken. Tetapi tidak sekali pun dia diaktifkan.

Sedekad berlalu dan suasana Malaysia telah berubah ke arah yang lebih baik. Malaysia kembali menjadi Harimau Asia, dan kini pembebas Masjid Al-Aqsa, juara bukan sahaja untuk ummat Islam tetapi juga insan sejagat, berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa besar yang lain.

Ketika inilah, Ryujin diaktifkan semula.
Malangnya, bersama Malaysia, Ryujin telah berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Perubahannya tidak diterima baik oleh Ryuken, yang kemudian menghantar Syaitan Bertujuh untuk menamatkan nyawanya.
Ryujin bangkit menentang!

Ikuti novel terkini dalam Siri Alam HERO yang pastinya penuh debaran, konflik dan bersulam mesej tarbawi yang mendalam!

Encik Pembunuh ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00
Di dalam dunia pembunuh upahan, dia digelar 'Izrail Dunia Gelap' kerana telah membunuh lebih 900 orang.

Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kariernya itu. Pertemuan dengan Amirah secara kebetulan, membuatkan dirinya tambah nekad untuk berubah.

Langkah pertama? Melamar Amirah ketika itu juga!

Adakah Faisal akan berjaya keluar daripada dunia gelapnya?

Dapatkan sambungan Novel Pemburu ini yang pastinya disulami pelbagai pengajaran, aksi hebat dan konflik yang mencabar!

Pemburu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Malaysia di ambang peristiwa besar. Pembebasan Masjidil Aqsa, kini bukan lagi mimpi, bahkan tidak lama lagi menjadi realiti. Malaysia menerajui misi agung tersebut dengan kepimpinan kini yang sangat jujur, dedikasi dan amanah dalam melakukan tanggungjawab.

Kejahatan tidak meredhai akan hal ini. Satu organisasi rahsia mula melancarkan serangan demi serangan dari dalam untuk memporak-perandakan Malaysia, meruntuhkan kredibitilitinya dengan peristiwa demi peristiwa buruk.

Bakri dan bapanya Mustafa, punya sejarah hitam yang organisasi rahsia ini. Orang yang mereka cintai telah diragut daripada kehidupan mereka. Mengetahui organisasi tersebut mula memberikan fokus kepada Malaysia, mereka menuju ke sana.

Di Malaysia, pertembungan antara kebenaran dan kebatilan, berlangsung!