NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 28 December 2010

Bawa Hatimu Kepada Tuhan ~ Amaluddin Mohd Napiah

Gabungan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera. Membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian dengan huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami. Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoalan yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya HATI. Hingga akhirnya kita akan bertanya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa HATI ini kepada TUHAN?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Rindu Bau Pohon Tin ~ Hasrizal Abdul Jamil

Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi rasa dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itu yang memperkenalkan erti kehidupan ukhwah dan kasih sayang.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Monday, 20 December 2010

Indahnya Amalan Doa ~ Dato' Ismail Kamus

Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah s.w.t., Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup eorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya Allah s.w.t. jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Monday, 13 December 2010

Iman Suraya ~ Areila Sahimi

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Di Tanah Mahsuri, Iman Randhiff dan Suraya Dania bertemu. Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri. Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi. Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan. Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Suraya sudah bersedia menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi menghadap Ilahi. Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk kukuh setia bersama cinta arwah tunangnya. Iman pula, sekembali ke rumah, Iman masih dibelenggu oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi. Cinta tanpa isyarat. Datangnya tanpa sedar. Akur. Dia jatuh cinta untuk kali kedua.

Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga. Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana untuk jatuh cinta padanya.

Susahkah? Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan. Mujur ada 'Wonder Pets' yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka...

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Thursday, 2 December 2010

Rayyan Fantasi ~ Ramlee Awang Murshid

Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berdukacita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.00
STATUS BUKU: ADA

Friday, 12 November 2010

Penjara Rindu ~ Nia Arissa

Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelemat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau... adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00
STATUS BUKU: ADA

Dosa Semalam ~ Adilla Tasha

Hanim terbuang dari naungan kasih ayah dan bonda akibat perbuatan keji Ariff yang merogolnya hingga mengandung. Mujurlah ada insan yang sudi menghulurkan tangan, menyambut Hanim dari terus rebah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Di Rumah Kasih Sayang, Hanim membina semula semangatnya yang menghilang.

Kehadiran permata hati mengubat duka, walaupun kelahiran tidak sah di sisi undang-undang. Kasih dan sayang dicurahkan kepada Aidil, namun ada batasnya.

Enam tahun memperkasakan diri, Ariff muncul tiba-tiba semula lalu mengocak ketenangan hati Hanim. Hanim tidak betah melarikan diri Ariff kerana tuntutan kerja memaksa mereka untuk bekerja bersama.

Ariff yang sememangnya sedari mula mencintai Hanim cuba untuk menggampai semula kasih Hanim demi menjernihkan suasana. Berjayakah Ariff menghapuskan dosa semalamnya? Akan terbukakah pintu hati Hanim untuk memaafkan Ariff? Bersediakah Ariff memikul tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Aidil?

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA

Tuesday, 2 November 2010

3 Campur 1 = Satu ~ Ana Farhana

"Kalau tiga orang tak cukup untuk menyayangi Khairina, aku sanggup jadi lelaki yang keempat." ~ Hakimi


I

ARGHHH! Khairina menjerit kuat. Bengang sungguh dia dengan abang-abangnya.

"Menjerit sampai nak cair taik telinga aku," rungut Along.

"Oit! Kau orang ingat benda senang ke?" Susahhh!" omel Khairina.

"Susah apa ke bendanya? Senang aje. Suruh kahwin aje. Itu pun susah ke nak faham?" Mata angah membuntang.


II

"Nah ni gambar adik kami!"

Hakimi ambil gambar tu. Aduhai!

"Oit! Tenung lama-lama nampak," Acik berdeham kecil.

Hakimi kembali ke alam nyata. Dia tersengih seketika.

"Cantik adik kau orang ni, adik betul ke adik angkat?" soal Hakimi.


III

Kenyataan berani mati yang diluahkan oleh Hakimi tadi benar-benar meruntun hatinya. Tapi dia buat-buat selamba badak. Padahal jantung dia macam naj terjatuh keluar; melompat-lompat macam katak.

ANA FARHANA menulis untuk grup 'muda' yang mahu bacaan bermutu tetapi santai dan 'sempoi'. Sekiranya grup 'tua' tidak dapat menghadamkan cerita ini, hmm... ini bermakna usia anda betul-betul sudah 'terawet' dengan jayanya.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA

Thursday, 7 October 2010

Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? ~ Manjlara

Jodoh itu rahsia Allah

Allah pinjamkan dia buat aku mengenal cinta. Allah temukan dia untuk aku mengenal kaca dan permata. Andai bersua lagi, akan aku kotakan janji padanya. Tetapi benarkah, dialah pilihan hati?

Qisya Amni, gadis manis yang tinggal bersama ayah saudaranya sejak kecil. Walaupun tidak disenangi Mak Long Ainun, namun Pak Long Mukri sangat menyayanginya. Pada mata Qisya Amni itu tertulis cerita. Setiap kali memandang matanya, seakan turut mendengar kisahnya.

Membesarkan anak perempuan bagaikan memiliki harta yang dipinjamkan orang. Sampai waktu dan ketika, harta itu akan dikembalikan. Lalu dia mahu yang terbaik untuk anak saudaranya yang piatu itu. Tetapi bagaimana, jika hati Qisya menulis yang lain.

Kadang-kadang cinta boleh buat seseorang itu sesat. Kadang-kadang pula, cinta boleh buat seseorang mengembara. Dan.. sang pengembara pula, pasti akan bertemu dari mana asal hatinya.

* * *

MANJLARA menulis tulus dan indah sekali. Membaca perasaan Qisya Amni bagaikan membuka jendela rasa seorang anak yang terpinggir. Menilik jiwa Qisya Amni umpama meneroka diari seorang perawan suci. Suka Saya, Ya? Suka Saya, Tidak? membawa anda belayar mencari cinta kasih sejati.

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

STATUS BUKU: ADA

Wednesday, 18 August 2010

Kirimkan Aku MalaikatMu ~ Muliati Abdul


Terhimpit dengan status sebagai anak angkat di dalam keluarga, Nurul rela mengekang perasaan cintanya pada Abang Hakim. Tambahan pula dengan kehadiran Ain Najwa yang disangkanya kekasih Abang Hakim. Dia tidak mahu menjadi orang ketiga yang menghancurkan kebahagiaan Abang Hakim dan Ain Najwa.
Hakim pula tidak berani meluahkan cintanya pada Nurul. Sangkanya Nurul mungkin akan terkejut lantas bertindak menjauhkan diri daripadanya. Sementelah Nurul kerap mengucapkan sayangnya pada Hakim tak ubah seperti sayang seorang adik pada abangnya.
Masing-masing memendam rasa. Masing-masing bermain dengan emosi sendiri. Kehadiran Firdaus telah berjaya mencuit hati perempuan Nurul. Demi melupakan cintanya pada Abang Hakim, Nurul membuka pintu hatinya untuk Firdaus.
Gerhana di hati mula muncul apabila umi berkeras supaya Nurul dijodohkan dengan Hakim. Nurul tersepit di antara cintanya terhadap Firdaus dan budi yang ditaburkan oleh umi dan abah yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat.
*****
(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA

Antara Benci dan Rindu ~ Ida Farisya


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.
Namun, siapa dapat menghalang kuasa Allah?
Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu. Dalam masa yang sama kekasih lamanya, Daniel, datang menagih kembali cintanya.
Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.
Dia sudah merasakan kesakitan dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain. Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.
Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya?
*****
(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA

Saturday, 17 July 2010

Kisah Haiwan Madinah: Zaman Rasullullah SAW ~ Fatimah Syarha Mohd Noordin

Buku 2: Haiwan di Madinah
  • Merpati Gua Thur
  • Kuda Surakah
  • Kambing Betina Mukjizat Nabi
  • Unta Betina Tunggangan Rasullullah
  • Kambing Biri-biri Beracun
Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Ini bukan dongengan sang kancil tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah.

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM48.00 - RM42.20
STATUS BUKU: ADA

Kisah Haiwan Makkah: Zaman Rasulullah SAW ~ Fatimah Syarha Mohd Noordin

Buku 1: Haiwan di Makkah
  • Gajah Raja Abrahah
  • Keldai Haalimatus Saadiah
  • Unta Jelmaan
  • Buraq Israk Mikraj
  • Ketua Ular Makkah
Semua haiwan ini pernah bertemu dan hidup pada zaman Rasullullah SAW. Ini bukan dongeng sang kancil tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasullullah.

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM48.00 - RM42.20
STATUS BUKU: ADA

Monday, 5 July 2010

Untuk Awak Teja Aulia ~ Syud

dalam benakku, lama tertanam
sejuta bayangan dirimu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan 'tergelincir' - terlebih suka!

I
"Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
"Siapa? Pacai?" balas mak sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
"Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak berdua suruh kau orang berdua ni kahwin."
Tawa Adil pecah.
"Anak Cik Faizah..." kata mak lagi.
"Makkk..." Adil mula memprotes, "Nanti adik pandailah carik dia. Mak jangan nak memandai apa-apa."
"Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?" ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur 'tergelincir' pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa.

II
Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu 'dihibakan' apabila Adil guna kata ganti diri 'saya'. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut 'saya' pada perempuan yang dia 'tak berapa kenal'; 'tak berapa biasa'; 'tak berapa sayang'. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu?

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi.

*****

SYUD menulis ceritanya seperti 'melukis'. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dalam Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah 'lukisan' yang cantik sekali!

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

Friday, 2 July 2010

Melur Bunga Ivy ~ Nazurah Aishah



Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20
Loving an Ivy

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.

Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.
Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah 'masalah' baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada 'dia' yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan 'dia', seperti sukarnya dia meletakkan Azam dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?

*****


Nazurah Aishah menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar mengubah bunga di Loving an Ivy, sambil 'sertai' babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

Sweet Sour ~Nasz

A - Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul.

"Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah."
"Sepuluh ringgit tu." Sungguh-sungguh dia cakap.
"Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun." Aku jeling dia.
"Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik." Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
"Ni kira orang 'cup'lah ni." Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B - Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul.

"Bayar cincin ni." Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
"What?" aku terjerit di situ.
"Pay for this." Relaks aje dia mengarah aku lagi.
"Okey... saya bayar!" aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

*****

Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?

Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya Nasz ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00
STATUS BUKU: ADA

Pelangi ~ Noor Suraya, Saidatul Saffaa, Hlovate, Syud


Ceritera 1
PELANGI - SYUD
Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi... Tapi. Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...
Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yang melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?

Ceritera 2
KED'S STORY - HLOVATE
Khalid Faizal.. Ked... Hadiah... Nawala lady... a romeo... a skater... Florida-Virginia... Malaysia-USA
Hadiah deck daripada gadis tak bernama buat dia gelabah. Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate? FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!
Kalau nak diikutkan logik... cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu... masuk akal ke?

Ceritera 3
RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG
Akukah kunang-kunang yang dilupai orang tika mentari menyingsing?
"... papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia." Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum. "Semua orang bilang mas sangat pendiam." "... tetapi tidak dengan gadis yang aku suka."
Gadis yang aku suka? Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu 'berlari' jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di ujung padang ini.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00
(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00
STATUS BUKU: ADA

Versus ~ Hlovate

I

"Please, Minn. Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
"I'm freezing right outside your window. On the roof." Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please..." balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO."
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"

II

"Not a step away from that spot, AO," Keras suara Minn Edina.
"Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you."
"Back. Off."
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
"I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?"
Hujan masih belum berhenti.

*****

Lihatlah bagaimana Hlovate membawa watak-watak dalam Versus berubah 180 darjah. Bacalah jikalau anda juga ingin berubah menjadi lebih baik, insya-Allah!

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

STATUS BUKU: ADA

Bidadari Hujan ~ Noor Azzahra

Kasihan itu salah satu cabang cinta!

I

Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran untuk pertama kali.
Dia Bidadari Hujan yang memayungi aku dengan payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya.
"Harap-harap esok pagi hujan lagi!" kataku sambil menghadiahinya senyuman.
Matanya memanah hatiku dengan busur arjuna. Lalu hari-hari selepas itu, aku bukanya lagi Raimy Haidar yang dulu.

II

Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung.
"Macam mana saya nak pulangkan?"
Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku.
Oh, dia bukan Bidadari Hujan aku yang dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti.
"Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya."

Apa jawab hati aku pada saat ini?

*****

Tulisan NOOR AZZAHRA buat yang mahu mentafsir cinta dari sudut yang lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dalam menzahirkan cinta? Bolehkan cinta datang buat kali kedua? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarkan dia yang menjawab semua persoalan anda itu!

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30

STATUS BUKU: ADA

143 ~ Pingu Toha

Berapa lama untuk kita jatuh cinta?

Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?

Berapa lama untuk kita kenal cinta?

Perlukah empat bulan?

Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali... dan kembali kepada cinta?

Cukuplah setahun?

Dan ini cerita tentang...

The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.

The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi minpi. Ini sebuah cerita cinta.


1

Sekarang... Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa

Tentang Uth dan Lana... Lisa dan Haikal.


4

Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Keri.


3

Ke masa depan, dalam tiga hari...

Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.


Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah 'cinta'.

*****

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap 'I love you', akhirnya.

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30

STATUS BUKU: ADA

Nama Atas Kertas ~ Nasron Sira Rahim

Sebuah karya thriller yang penuh teka-teki daripada:

Nasron Sira Rahim...

Engkau tidak dapat melihat aku,

tapi aku sentiasa wujud;

Engkau boleh bersembunyi di mana sahaja,

tapi aku akan tetap menjumpaimu;

Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,

tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;

Siapakah aku?

Apa tip yang ada?

"Pada setiap jasa itu, dia meninggalkan satu puzzle dan mencabar sesiapa sahaja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya..."

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30

STATUS BUKU: ADA

Jaja & Din ~ Noor Suraya

Cinta pandang pertamakah ini...


Sekiranya anda tiba-tiba bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?

=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya

=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu

=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia

=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar

Jaja telah memilih =C= sebagai jawapannya


cinta telah membiat aku tidak lut lagi dengan segala 'peraturan hati' yang selama ini aku junjung!



Implikasinya:

Abah dan uminya rasa

[!@#$%^&*]

Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!

Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?

Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja sebagai seorang media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

Samudera Indah Nian ~ Mazni Darwisya

Ibarat setianya Ali pada Fatimah

Ibarat kasihnya Muhammad pada Khadijah

Itulah yang Yasmin Nur Raihan impikan perkahwinannya bersama Amru walau ikatan mereka diatur keluarga. Yasmin berharap Amru menjadi pendampingnya dunia akhirat. Pada Yasmin cinta kasih dan sayang mampu disemai dipupuk. Berbeza bagi Leftenan Komander Amru Iskandar, hakikat jodohnya bersama Yasmin sukar diterima. Lantas diletakkan syarat pada malam pertama mereka. Yasmin akur malah bersyukur. Padanya Amru bagai seorang sahabat baik yang baru dikenalinya.

Segalanya berubah apabila Yasmin menapak buat kali pertama bercuti ke rumah Amru di Lumut. Entah bila pula timbulnya rasa rindu dan sayang di hati Amru; sikap dan kelembutan Yasmin telah mengikat hati Amru pada wanita itu. Belum sempat diluah rasa hati, segalanya bertukar tragedi apabila Leftenan Maya Athira hadir antara mereka. Tidak seperti perempuan yang suka menyerah, Yasmin nekad mempertahankan rumah tangganya. Tetapi Amru... bagaimana?

Samudera itu indah... sepertimana indahnya cinta yang kita kemudi... ~ Amru Iskandar.

*****

Nukilan pertama Mazni Darwisya - Samudera Indah Nian - berlatarbelakangkan Pangkalan TLDM Lumat. Kuatkah Yasmin pabila dilambung samudera hati...? Berjayakah Amru mengemudi bahteranya? Biarlah Mazni Darwisya yang menjawabnya!

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

STATUS BUKU: ADA

Rahsia Hati Sofia ~ Nazurah Aishah

sekali air sungai melimpah... sekali pasirnya pun berubah...

Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa! Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang sahaja yang tahu!

Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci. Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih! Jiwamu bagai ombak ditengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang... Kenapa harus begitu, Mal?

*****

NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00

STATUS BUKU: ADA

Rooftop Rant ~ Hlovate


lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan

Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup amat berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!

Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo

Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas

Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak wisma Topaz ini...
tentang Trisya dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa

mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?

ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya...

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00

STATUS BUKU: ADA

Thursday, 1 July 2010

Ceritera Kebun Mimpi ~ Noor Suraya, Rnysa, Syud


Ceritera I - Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya

Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.
Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi ... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan


Ceriteri II - Tas Merah Jambu oleh Syud

Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan di penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula terus gelisah.

Jomlah sama-sama SYUD membongkar hati Nosa-Adif ini...!


Ceritera III - Albatros antara Langit dan Bumi oleh Rynsa

"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, 'dia' boleh terbang... " balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikan ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

*****

(SEM) RM21.50 - RM18.90
(S/S) RM24.50 - RM27.40
STATUS BUKU: ADA

Panggil Aku Dahlia ~ Noor Suraya

"Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat kepadamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!" puji ayah tiba-tiba.

Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?

Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator Muziun Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!

Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.

Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?

*****

Novel kelapan Noor Suraya mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cuma satu pesona, dan usahlah terpesona!

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM21.00 - RM21.00

STATUS BUKU: ADA

[tunas] ~ Hlovate

"Akak nak bunga apa? Sebut aje." Lee pula yang menyambung.
"Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?" Dia membilang dengan jari tangan.
"Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?"
Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip.
"Tulip ada?"
"Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?"
A-Cid berpaling ke belakang. "Benz, one red rose, full-bloom, with baby breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. "Pink ribbon."
Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. "The I-Love-You ensemble?"
Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what???
"A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu..."
"I'm Panah Arjuna. I spread the love." Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?

Kini, Hlovate mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin dan Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00

STATUS BUKU: ADA

Tentang Dhiya ~ Syud

Dhiya Nurlisa & Azril Mustaufi

Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan.
Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan.
Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan?

Menurut Dhiya, Azril tu:
Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu!

Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat.

Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Fuh, leganya...!

Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?

Tidak semua perkara layak diberi peluang kedua, Dhiya. Usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. Berpalinglah... jika itu yang terbaik!

**~**

SYUD ada gaya yang tersendiri apabila bercerita Tentang... Dhiya Watak-watak ciptaannya terasa hidup dan dekat dengan kita.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00
STATUS BUKU: ADA

Lili Buat Najah ~ Nazurah Aishah

telah ku tunai seribu janji
satu kau mungkiri... hidup bersamaku...

Aku dan Najah kenal di depan Stadium Old Trafford, berkahwin sembunyi-sembunyi di Tanah Ratu. Sekembali ke tanah air, aku dan Najah harus pula menjadi pelakon di depan mama yang sudah ada pilihan sendiri.

Itulah permulaan kisah ini... yang bagaikan terang lagi bersuluh.
Apakah boleh aku memilih jalan ceritaku sendiri, Najah?
Jika tidak, bagaimana pula dengan perasaan?
Berkorban perasaanlah yang paling memedihkan, kerana perasaan itu tidak pernah ada bau dan warna: lalu sukarnya untuk orang lain memahami, apatah lagi merasai...

Tulisan Najah:
apalah maknanya bulan kalau langit diselubungi mendung
apalah ertinya mentari kalau sinarnya dihalang gerhana
jadi bagaimana aku harus terus hidup
kalau mentari tak mahu berkongsi kehangatannya
dan bulan tidak mahu meminjamkan sinarnya...?

Najah, sudah jadi fitrah alam... matahari itu tetap terbit dari timur, dan bulan pula tetap setia menemani malam!

*****

Nazurah Aishah, menulis Lili Buat Najah dari kaca mata hatinya. Sebuah kisah yang mengesankan pada yang sedia berkongsi rasa.

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00

STATUS BUKU: ADA

Pergilah Air Mata ~ Hanni Ramsul


Akan kubenarkan derai air mata ini membasuh seribu duka...
Akan kubiarkan titisnya teruk menitik ke telapak tangan...
Agar kilau jernihnya sudi mendoakan sejuta bahagia untukku...
Selamanya...

Pertemuan ini tidak pernah menjadi yang terindah. Ikatan ini juga tidak pernah memberi sejuta bahagia. Lalu, apa perlu kelangsungan ini? Andai wajah ini cuma mengundang bencimu. Suara ini cuma mengundang marahmu. Tingkah ini hanya mengundang sakit hatimu.
Untuk sekali ini, akurlah satu pada pintaku...
Lepaskan aku dari belenggu air mata ini... SABRINA...

Memang pertemuan ini tidak pernah indah. Ikatan ini juga hanya membuat hati bertingkah geram. Apa perlu pada kelangsungan ini? Kerana wajah itu membuat aku teringat pada satu detik hitam yang menyakitkan. Kerana suara itu mengundang geram, apabila kau membisu saat aku perlukan suaramu. Kerana tingkahmu sering membuka prasangka demi prasangka yang membuatkan hatiku terus berdarah. Dan, pada pintamu yang satu itu... Maaf... Ini pilihanmu, akan aku kotakan... akan aku sempurnakan titis-titis air mata itu... agar setiap titis itu akan menjadi belati yang menyakitkan... BADRUL...

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30
STATUS BUKU: ADA

Wednesday, 30 June 2010

aA+bB ~ Hlovate

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal daripada itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Guridam Jiwa: Schubert's Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark, gaya bahasa basah yang santai.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

Mencari Jalan Ke Syurga ~ Hasliza Ismail


Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khairana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khairana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khairana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khairana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khairana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cinta. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.
*****
(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA

Gurindam Jiwa ~ Hlovate, Imaen, Noor Suraya


Tiga ceritera dalam Sebuah Gurindam Jiwa

Ceritera I: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

CeriteraII: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu disisinya.
"Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

Ceritera III: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00
STATUS BUKU: ADA

Tuesday, 29 June 2010

Surat Ungu Untuk Nuha ~ Noor Suraya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemui Nuha menaiki Ekspress Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah satu perjalanan waktu!

Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"Selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.
"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?

kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... da ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya

~~*~~

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

5 Tahun 5 Bulan ~ Hlovate


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu...
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60

(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

Relevankah Aku Di Hatimu ~ Rnysa



Syah: gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya

Kaduk: 'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang

Mar Iskandar: lelaki warak penambat hati sukar didekati

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harapan?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...