NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 30 June 2010

aA+bB ~ Hlovate

cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
1. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
2. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun kemudian...
Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera, yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal daripada itu. Mereka pernah saling membenci, saling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz

Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Guridam Jiwa: Schubert's Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dengan trademark, gaya bahasa basah yang santai.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

Mencari Jalan Ke Syurga ~ Hasliza Ismail


Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khairana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khairana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khairana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.
Di mata Shahrul Azwan, Khairana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khairana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cinta. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.
*****
(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40
STATUS BUKU: ADA

Gurindam Jiwa ~ Hlovate, Imaen, Noor Suraya


Tiga ceritera dalam Sebuah Gurindam Jiwa

Ceritera I: Schubert's Serenade oleh Hlovate
Lagunya penuh dengan kenangan. Dan dengan kenangan itu cerita ini ditulis.

CeriteraII: Vendetta oleh Imaen
Dengan jari aku gali sedikit tanah di tepi nisannya, kukuburkan cincin itu disisinya.
"Hari ini adalah titik tanpa pulang lagi."

Ceritera III: Hati Andriyana oleh Noor Suraya
Sebuah sisipan kisah cinta 'dia' yang menyimpan seribu rahsia, 'dia' yang menyimpan seribu cerita, 'dia' yang ingin berkongsi sebuah rasa: Aliya dan Manjalara.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.00
STATUS BUKU: ADA

Tuesday, 29 June 2010

Surat Ungu Untuk Nuha ~ Noor Suraya


Novel keenam NOOR SURAYA membawa anda menemui Nuha menaiki Ekspress Langkawi ke utara. Perjalanan kereta api pada malam dingin penghujung tahun 2005 telah menemukan Nuha Tajul Ariffin dengan Alang Rebus Tak Empuk. Nuha memang tidak menyukai lelaki berambut Afro itu sejak mula! Titik! Alang juga tidak menyenangi Nuha yang garang mengalahkan anak gergasi itu sejak awal. Titik! Padahal hidup ini rupa-rupanya tidak pernah 'titik' sebelum tiba waktunya. Hidup adalah satu perjalanan waktu!

Nuha:
Jendela hati diketuk lagi
kubuka separuh-separuh
separuh hati
"Selamat malam, nama saya Cinta!"
hangat dan dingin
merantai di luar.
"Izinkan saya berteduh di tepi jendelamu?"
Cinta terus bertanya.

Lalu hatiku tertanya-tanya:
"Cinta, kenapa mesti aku?"

Muzzammil:
Nuha, benarkah... tidak semua ombak menemui pantai?

kalau cinta itu ada sayapnya... terbanglah dan hinggaplah di hati dia
berbisiklah kepada dia yang telah kuberikan hatiku
berbisiklah tentang rasaku yang satu
serulah kepadanya Cinta, sapalah dia Cinta dengan cintaku
pandanglah dia... da ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang jatuh hati kepadanya

~~*~~

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

5 Tahun 5 Bulan ~ Hlovate


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu...
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.

Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60

(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA

Relevankah Aku Di Hatimu ~ Rnysa



Syah: gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angannya

Kaduk: 'si rambut perang' yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang

Mar Iskandar: lelaki warak penambat hati sukar didekati

Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum. Syah memang tidak pernah dewasa, namun ada sebab kenapa dia harus jadi dewasa!

Salah diakah... kerana mengambil berat? Atau salah akukah... kerana dalam diam menyimpan harapan?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.30
STATUS BUKU: ADA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...