NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 26 January 2011

Kau Curi Hatiku ~ Iman Xara


Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulan jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?


Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu jadinya.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20
STATUS BUKU: ADA

Kaca Jendela Ainnur ~ Diya Nordin


Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik


Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!

Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.

Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.

Kata Zhafran, "Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka turut dihukum?"

Apa yang Zhafran tahu?

Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50
STATUS BUKU: ADA

Thursday, 13 January 2011

PROMOSI BUKU / NOVEL ISLAMIK

PROMOSI TERKINI DARI BOOKSVILLE ENTERPRISE!!!


Dapatkan 3 Buku atau Novel Islamik terbitan TELAGA BIRU, GALERI ILMU atau PTS dan anda akan memiliki GOODIES PERCUMA BARANGAN ANA MUSLIM...

Promosi dari 14 Januari 2011 sehingga 13 Februari 2011.

Wednesday, 12 January 2011

Murabbi Cinta ~ Hasrizal Abdul Jamil

Andai CINTA ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiar cinta itu ada noktah dan hujungnya? Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh. Namun, cinta yang tidak ditentukan arahnya menjadi tidak tentu arah. Cinta menjadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri. Buang emak, buang saudara, kerana cinta yang bukan lagi cinta.

Lautan api sanggup direnangi, ikrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya. Cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat. Cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam. Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta. Justeru dalam medan yang pelbagai itu, ustaz ini memperjuangkan cinta. Cinta yang diteladani dari seorang Nabi. Seorang Murabbi.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80
STATUS BUKU: ADA

Langit Ilahi ~ Hilal Asyraf

Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah. Pernah juga terfikir betapa malangnya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-NYA. Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta yang Maha Agung kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekalipun lupakan kita.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM23.00 - RM20.20
STATUS BUKU: ADA

Tuesday, 11 January 2011

3 IN 1: Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya ~ Hasrizal Abdul Jamil

Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga seterusnya mempunyai anak. Amat sesuai dijadikan rujukan bagi pasangan yang belum, sedang dan telah mendirikan rumah tangga.

*****

(SEM) RM55.00 - RM48.40
(S/S) RM57.00 - RM50.20
STATUS BUKU: ADA

Tuesday, 4 January 2011

Novel Kanak-kanak Jemari Seni 12/2010


Dapatkan novel kanak-kanak terkini tulisan John Norafizan, Umiamira dan Hlovate dari Jemari Seni. Pasti anda tidak akan kecewa...

GENG ABCDE: BERCUTI DI ARAU ~ HLOVATE
(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM17.00 - RM15.00

SAGA ALDARIAN ~ JOHN NORAFIZAN
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

KELAB DETEKTIF MUDA ~ UMIAMIRA
(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM16.00 - RM14.00

TERIMA KASIH, CIKGU! ~ UMIAMIRA
(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...