NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 23 February 2012

Cinta Tiga Rasa ~ Noraslina Jusin, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian. 
1. Resipi cinta suami isteri - menyentuh tentang kerukunan, hubungan dan komunikasi suami isteri. Peranan seorang isteri dalam membentuk rumah tangga. Disisipkan pandangan dan nasihat kepada isteri-isteri yang mengadu kepada penulis tentang masalah yang dialami. 
2. Duhai Anak - peranan wanita sebagai seorang ibu dalam m membentuk sahsiah anak-anak khasnya anak perempuan agak tampil menjadi seorang muslimah sejati. 
3. Hati Hamba- menjurus kepada hubungan hati wanita sebagai hamba dengan Tuhan. Menyentuh tentang muhasabah diri wanita, juga berkaitan dengan soal fiqah wanita dan hubung kaitnya dengan Allah.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba ~ Hisham Ahmad

Riba, salah satu dosa besar yang nyata namun sering dipandang enteng oleh kebanyakan orang. Justeru, riba hidup subur dalam banyak urusan seharian kita. Riba paling tegar dalam sistem guaman, perbankan dan kewangan. Amalan riba membuka ruang untuk kita meniti jalan pintas ke neraka. Pun demikian, kita sebenarnya mampu untuk melangkah lebih hampir ke syurga andainya riba kita tinggalkan. 

Syurga Lebih Hampir Tanpa riba membincangkan isu dan permasalahan riba dari perspektif pengamal undang-undang dengan bersandarkan dalil dan nas al-Quran, hadis dan fatwa-fatwa ulama. Wajib dimiliki, dibaca dan dihayati oleh setiap pengamal undang-undang terutamanya pada para peguam Muslim yang bercita-cita mahu meletakkan syariat Allah itu sebagai tunggak dalam karier mereka. Buku ini juga mengajak umat Islam untuk meninggalkan riba dan memilih instrumen kewangan yang patuh syariah untuk mendapat keberkatan dalam hidup. 

Syurga Lebih Hampir Tanpa Riba, boleh dijadikan rujukan oleh pengamal undang-undang, mereka yang berminat menjadi peguam, dan amat sesuai juga dibaca oleh mereka yang terlibat dalam bidang kewangan dan perbankan. Bagi anda yang sedang menimbang-nimbang untuk membuat sebarang pinjaman bank atau membuat pilihan instrumen kewangan, bacalah dahulu buku ini, insya-Allah anda tentu tidak salah membuat pilihan selepas membacanya!

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM24 - RM21.10

Wednesday, 22 February 2012

Al-Mathurat ~ Ustaz Dr. Badrul Amin


Al-Ma’thurat bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.

Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib:“Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya.”

*****

(SEM) RM1.00 - RM0.88
(S/S) RM1.50 - RM1.32

Friday, 17 February 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong ~ Airisz

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Awas! Bila Hati Dah Sayang ~ Tinta Biru

Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

“Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

“Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro, aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Transit Cinta ~ Iqbal Syarie

Akiff Firdaus, sedih sekali! Seluruh ahli keluarganya telah terkorban dalam sebuah nahas udara. Kehilangan itu membuat dunia yang luas terasa sempit tiba-tiba. Pertemuan semula dengan Diana, memacu dirinya untuk segera pulih membina sebuah hati yang baharu. Sayangnya Diana juga pergi tanpa pesan. Bagaimana pula jiwa yang sedang bertatih itu mahu kembali bernyawa jika satu-satunya ‘sang matahari’ dia hilang tanpa menunggu senja?

Aku seorang pencinta,
Yang memiliki cinta dan menawarkan cinta,
Yang menghargai cinta buat yang menghamparkan cinta,
Yang bahagia dalam sujud pada Sang Pencipta cinta.

Lalu, segala misteri perubahan Diana terungkai jua. Siapa sangka gadis yang pernah menjadi hamba Tuhan yang sangat dekat kepada Penciptanya itu berubah sedemikian rupa. Diana yang dahulu dan Diana yang kini ibarat matahari yang sedang menelan cahaya. Dia yang dahulu dan dia yang sekarang bagaikan api yang menyalakan dingin!

Lalu, di mana ‘cinta’ ini harus berlabuh?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Wanginya Bunga Rampai ~ Haswida Abu Bakar

Seri tu tunangan orang, Arif Azri! bisik hatinya. Aku tahu. Tapi kalau cinta dan rinduku hanya padanya, bagaimana? Lalu jahatkah aku kalau merampas tunang orang?

Seharusnya dari dulu lagi dia memasang pagar tebal… yang paling kebal, supaya kata-kata manis dan pujuk rayu Arif itu tak menyusup masuk, walau senipis udara yang sedang dia sedut ini.

Akan dia buang rasa cinta ke dasar sungai ini. Biar mengalir pergi; dan dia tak mahu tahu ke mana akan berlabuh. Akan disebut nama Haikal setiap kali hatinya menyeru Arif. Akan disanggah bayang Arif kalau singgah di ruang mata.

Ah... mengapa mereka tidak memberi ruang kepada si anak untuk mencari teman hidup sendiri? Dan membiarkan mereka merangka takrif bahagia dalam erti dan cara sendiri. Ada apa pada pangkal nama ‘syarifah-syed’ ini? Apa sebenarnya yang ada dalam molekul darah keturunannya sehingga tidak dibenarkan bercampur dengan darah hamba Allah yang lain?

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Thursday, 16 February 2012

Aku Yang Kau Cinta ~ Muna Mahira

ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya.... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Wednesday, 15 February 2012

Ekspo Buku Islam kali ke-2, Putrajaya

Salam, saudara/saudari pengunjung blog semua,

Di sini saya ingin mengwar-warkan tentang Ekspo Buku Islam 2 yang bakal diadakan Putrajaya. Ekspo ini akan bermula dari:
Tarikh: 24/2/2012 - 4/3/2012
Masa: 10 pagi - 9 malam
Tempat: Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya (berhadapan Masjid Sultan Mizan, Masjid Besi)

Antara penerbit-penerbit buku yang terlibat dalam Ekspo Buku Islam ini adalah Telaga Biru, PTS Publication, Yadim, Galeri Ilmu, Must Read, Kumpulan Media Karangkraf, Berita Publishing, Ana Muslim, Kemilau Publika, Aman Palestin, Sri Saujana Marketing, EZ Math dan lain-lain lagi.

Antara aktivit-aktiviti yang turut diadakan di ekspo ini adalah Ceramah Agama, Konsert Nasyid, Pelancaran Buku dan Bersama Selebriti Terkenal seperti Fatimah Syarha, Dr. Farhan, Ust. Dr. Zahazan, Prof. Dr. Muhaya, Ust. Azhar Idrus, Ust. Dr. Zaharuddin, Chef Hanieliza dan ramai lagi.

Peminat buku juga boleh menukarkan baucar buku 1 Malaysia di booth-booth di ekspo ini. Bayaran berupa kad kredit turut diterima di booth-booth terpilih.

Suburkan Jiwa Dengan Ilmu, Sirami Ibadat Dengan Amal

Booksville Ent.

Tuesday, 14 February 2012

Matahari Cerah Lagi ~ Fauziah Ashari

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Adakah Suha terus nestapa?
Mengapa Adam menjadi mangsa dendam?
Dan...
Mampukan Yem menggapai cintanya?

Matahari Cerah Lagi membuka tabir, seorang gadis terabai hidupnya namun tetap mendambakan cinta... Suha.
Matahari Cerah Lagi menzahirkan cinta yang tidak sewajarnya wujud... Adam.
Matahari Cerah Lagi mengupas perspektif cinta yang telus... Yem.
Matahari Cerah Lagi menelusuri psikologi seorang yang kehilangan cinta... Munir.

*****

(SEM) RM21.90 - RM19.30
(S/S) RM24.90 - RM21.90

Monday, 13 February 2012

Kasih Antara Kita ~ Aleya Aneesa

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi.

Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak. Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada?

“Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.”

Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh. Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri!

“Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.”

Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?”

Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!”

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Sunday, 12 February 2012

Al-Quran Al-Karim ~ Telaga Biru

Al-Quran ini mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya adalah pada setiap muka surat diletakkan ayat permulaan awal di muka surat seterusnya untuk memudahkan pembacanya mengenali ayat yang seterusnya. Al-Quran ini turut memaparkan gambar yang menunjukkan makhraj huruf bagi memudahkan pembaca mempraktiskan huruf yang disebut untuk bacaan yang betul.

Al-Quran ini turut menghuraikan maksud-maksud yang terkandung iatu istilah-istilah dan tanda-tanda wakaf dalam al-Quran bagi memudahkan pembaca memahami penanda-penanda yang lazim digunakan di dalam al-Quran yang turut menerangkan tempat ayat yang dibaca dengan Riwayat Hafs Tariq Syatibi dan ia mempunyai 2 warna pilihan yang menarik untuk dipilih.

*****

(SEM & S/S) RM65.00 - RM57.20

Si Mangkuk Tingkat ~ Faziela

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Sreeeeet!
Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?
Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke? Suaranya memetir. Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.

Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya, dia akan tetap menjadi milikmu.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Rindu Cintaku ~ Fauziah Ashari

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoanya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. Namun, membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan, apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? Cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? atau ...nyawa?

*****

(SEM) RM23.90 - RM21.00
(S/S) RM26.90 - RM23.70

Kau, Aku, Kita ~ Orkid Edyliyne

Kau silaplah, bro... jangan nak perasan. Iman Firdaus tu, aku, bukan kau. Ke kau pun nama Iman Firdaus juga?

Itulah permulaan dua Iman Firdaus. Seorang lelaki, seorang perempuan. Dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Tapi itulah yang jadi. Iman Firdaus aka Iman Aus, pelakon yang terkenal dan ada nama, tapi tak pula dikenali atau digilai Iman Firdaus aka Iman. Sebabnya mudah, rumah dia tak ada TV untuk dia kenal Iman Aus.

Tapi, Iman Aus si pelakon kegilaan ramai itu tiba-tiba buat idea gila dengan mengajak Iman kahwin.

Kahwin! Dah Iman terkejut, tambah terkejut pula Iman apabila Aus sanggup berkahwin, sama dengan lima adik lelakinya: Iman Adrian, Iman Fazril, Iman Haris, Iman Razif dan Iman Asri.

Lalu, bermulalah kisah dua Iman Firdaus, satu suami, satu isteri, hidup sebumbung dan bersama sebagai pasangan dalam dunia lakonan nyata. Sebab, Aus hendakkan isteri kerana daddy Aus nak dia kahwin manakala Iman berkahwin dengan Aus sebab Aus janji akan senangkan hidup adik-adiknya. Jadi, perkahwinan yang bermula dengan agenda yang sebab begini, akankah kekal untuk selamanya? Tambah bila ada syarat begini:
Kalau aku dah jatuh cinta dengan kau, aku takkan ceraikan kau. Macam tu juga sebaliknya. Aku takkan lepaskan kau, kalau kau dah jatuh cinta dengan aku. Tapi kau janganlah melebih nak goda aku pula.

Jadi, dua nama yang sama, manusia yang berbeza, boleh ke mereka hidup bersama? Dua Iman Firdaus ini, agaknya bolehkah hidup bersama?

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Saturday, 11 February 2012

Kan Kukejar Cinta Kamu ~ Fauziah Ashari

Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.

Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.

Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje...

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...

*****

(SEM) RM28.90 - RM25.40
(S/S) RM31.90 - RM28.00

Friday, 10 February 2012

Promosi Diskaun 15% untuk 3 buah buku bulan Februari


Salam pengunjung semua.

Kali ini 3 buah buku dipilih untuk diberi diskaun 15% sepanjang bulan Februari 2012.

Buku-bukunya adalah:
1. Oh, Mudahnya Buat Baju Kurung (Yasalma) - Alaf21: RM14.50 (SEM); RM17.00 (S/S)
2. Ensiklopedia Solat (Pelbagai Penulis) - Telaga Biru: RM85.00 (SEM & S/S)
3. Sweet Sour (Nasz) - Jemari Seni: RM17.90 (SEM); 20.40 (S/S)

Caj penghantaran untuk sebuah Ensiklopedia Solat sahaja adalah RM9.50 Semenanjung & RM13.00 untuk Sabah/Sarawak. Caj penghantaran ini berbeza sedikit berbanding buku lain kerana saiznya yang besar (saiz A4) dan berkulit tebal (hard cover).

Terima kasih.

Booksville Ent.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...