NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 20 July 2016

Novel Cinta Suci ~ Suci Hidayat

Asyiknya kisah bahagia yang terlakar di dalam novel-novel cinta. Begitulah juga asyiknya cinta Suci Arianna terhadap lelaki pertama yang menakluk hatinya, Dr. Harazz Hidayat. Betapa dia mengharapkan untuk hidup bahagia di sisi lelaki itu sehinggakan dia mengabadikan impian cinta mereka di dalam manuskrip ‘Novel Cinta Suci’ dan mengharapkan segalanya bakal menjadi kenyataan.

Hakikatnya, kisah cinta dunia nyata tidak seindah kisah cinta dongeng dalam novel tulisannya. Dr. Harazz Hidayat meninggalkan Suci Arianna dalam sekelip mata. Tanpa sebab. Tanpa alasan. Tanpa punca.

“Sayang, terima kasih sebab sudi bagi peluang pada abang. Abang akan buktikan pilihan Suci tak salah. Abang akan jadi lelaki yang terbaik dalam hidup Suci. Abang janji, Suci tak akan menyesal.” – Zarul Rezza.

Tuluskah huluran cinta Zarul Rezza? Lelaki yang selama ini Suci Arianna anggap seperti abang kandungnya sendiri.

“Aku tak peduli. Dan aku rasa kau tak bodoh untuk tahu betapa berdosanya seorang isteri minta cerai dari suami tanpa sebab. Dan kau kena ingat, dosa seorang isteri yang mencintai lelaki lain selain suaminya yang sah. Aku akan tunaikan semua tanggungjawab aku sebagai suami dan aku akan penuhi segala hak kau sebagai isteri. So… tak ada alasan lagi untuk kau minta aku jatuhkan talak.” – Zarel Razzi.

Atas kehendak Ilahi, lelaki yang selama ini membenci Suci Arianna sepenuh hati akhirnya memegang hak mutlak sebagai seorang suami ke atas diri gadis itu.

"Saya pernah hilang awak sekali, Suci. Dan saya sedang kehilangan awak buat kali yang kedua. Saya tak sanggup untuk kali yang ketiga. Saya akan tunggu awak. Tak kisah berapa lama pun. Tak peduli dalam keadaan apa sekalipun. Sebab sejak dari kali pertama saya jumpa awak, saya tau awaklah gadis yang Dia takdirkan untuk saya.” – Dr. Harazz Hidayat.
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...