ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 17 May 2012

Perang Suci ~ Karen Armstrong

Dalam Perang Suci: Kisah Lengkap Perang Salib, Akar Penggerak dan Kesannya Pada Zaman Sekarang, Karen Armstrong menelusuri perincian Perang Salib, serta akar yang memicunya, baik dari segi sejarah mahupun doktrin, dan juga pengaruh Perang Salib dalam perkembangan peradaban dunia. Pemaparannya yang begitu tangkas, cermat, mendalam, menyeluruh dan menyentuh perasaan ini, membuat buku Perang Suci bukan sahaja mampu mengupas tuntas kronologi sejarah perang-perang suci secara objektif, tapi juga berhasil memberi pendekatan subjektif dengan menyapa sisi kemanusiaan kita semua.

Buku ini berupaya untuk meredakan bara nafsu yang mengurung cara pandang umat beragama dalam teologi dendam dan kekerasan; menyambung kembali roh epistemologi ajaran-ajaran agama yang rindu akan kesejukan dan kasih sayang; mengundang kembali nalar dan nurani yang telah dicampakkan antara reruntuhan perang dan tumbuh peradaban.

*****

(SEM) RM75.00 - RM66.00
(S/S) RM82.00 - RM72.20

Hikayat Hang Tuah ~ Noor Suraya

“Melalui Hikayat Hang Tuah, kita dibawa masuk ke dalam jiwa dan perlakuan Hang Tuah, Raja Melaka dan Hang Jebat, dan dengan itu mengenal sudut dan sosok kehidupan mereka yang melambang watak-watak bangsanya.

Karya ini memperlihatkan suatu genius sastera yang tiada tolok bandingnya. Genius ini terbayang pada jalan ceritanya konflik nilai dan kata hati, dan juga pada tema yang melihat bahawa bangsa Melayu itu terbelah jiwanya - di sebelah pihak sebagai hamba atau penurut setia, dan di sebelah pihak lainnya sebagai pemberontak yang melawan raja yang zalim.”~ SN Muhammad Haji Salleh

Hikayat Hang Tuah terbitan JS Adiwarna dengan 200 ilustrasi berwarna-warni ini dapat mengembalikan keinginan anak-anak muda membaca hikayat Melayu yang kian dilupakan. Buku cerita ini sesuai untuk rujukan siapa sahaja tanpa mengira usia.

JS Adiwarna Publications & Distributors menerbitkan Hikayat Hang Tuah dengan gaya bahasa yang lebih kontemporari tetapi tetap mengekalkan akar bahasa, cerita dan tradisi Melayunya.

***** 

(SEM) RM79.00 - RM69.50
(S/S) RM85.00 - RM74.80

Gerabak Merah Jambu ~ Kamalia

Hujan yang turun pada setiap hari Selasa selalunya berwarna-warni. Macam pelangi. Sepuluh saat pertama, air hujan akan mencurah-curah warna merah tetapi bukanlah seperti darah. Sekejap-sekejap hujan turun warna jingga. Kadang-kadang kuning, hijau, biru, indigo dan akhir sekali warna ungu. Kalau langit rasa gembira, hujan turun dengan pelbagai warna secara serentak. Sesungguhnya, langit memang baik hati kerana memang selalunya warna-warna hujan bercampur-campur setiap kali hujan turun. Dia tahu waktu itu langit sangat gembira. Dia juga tahu hari ini dia akan gembira.

Bagi sesetengah orang, gerabak wanita boleh saja menjadi tempat yang paling indah di dunia.

Ikhwan tidak sedar, pada pagi Selasa sambil diiringi oleh hujan yang lebat dia telah tersalah naik gerabak yang dikhaskan untuk wanita. Namun, mindanya terus sahaja melenyapkan kesalahan tersebut apabila tanpa disangka-sangka dia telah bertemu dengan gadis paling cantik di dunia.

Sophia namanya.

Bila Khaleel beritahu Sophia bahawa mereka berdua perlu berpisah atas sebab-sebab yang dirasakan sangat klise, Sophia seperti bakal hilang sebahagian nyawanya. Khaleel, si sahabat baik mahu meninggalkannya tapi Ikhwan si lelaki gila sanggup menjadi pengganti.

Di dunia yang lain, Zulaika hanya mampu makan hati berulam jantung apabila mengenangkan hati Ikhwan bukanlah untuknya. Hanya Azimah, jirannya yang separuh gila itu sahajalah yang memahami perasaannya.

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Monday, 14 May 2012

Velvet Di Durham ~ Aishah Madadiy

Dia melihat indahnya langit di atas, terangnya dengan cahaya, gemerlapan dengan kerlipan. Begitu pun dia menikmati keajaiban rasa, bumi yang dipijak ini lebih nikmatnya. Dia telah berpijak dengan kaki, berasa dengan deria, hidup menimba pengalaman di sini.

Dia itu Fid.
Fid itu Velvet.

Fid kehilangan keluarga. Emosinya bercelaru. Fid telah sugul dan ‘mati’… sehinggalah, dia menerima sebuah hadiah, yang telah mengubah persepsinya terhadap kehidupan.

Dari Cardiff, Fid Si Gadis Melayu yang penuh 'misteri' ini membawa diri ke Durham…

Di Durham, Aiden hadir mewarnai hari dengan idea dan falsafah. “You’re insane, Fid!”
Alif muncul dengan senyuman terapi yang membahagiakan. “Just pay me a smile...”
Mahdi masih dengan ukhuwah yang berpanjangan. “Mungkin lebih baik kalau ada seseorang di sisi Fid...”

Dapatkah Fid mencari jawapan kepada makna sebuah kehidupan? Jiwa? Persahabatan? Cinta? Impian? Cita-cita?

‘Credo Ergo Possum!’ dan langkah diteruskan…

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Friday, 11 May 2012

Bersyukur Saat Diuji ~ Muhd Kamil Ibrahim

Inikah ujian?
Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

“Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan, “berdosa”). Sanggupkan ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”

Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, “Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu.” Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

Dr Mohd Rashidee Alwi – Rahsianya agak mudah. MKI (Muhd Kamil Ibrahim) menulis dari hati. Lalu hatilah yang disentuh. Di atas segalanya, Allah mengurniakan kepada profesor yang satu ini kebolehan menyentuh kalbu insan yang lain. Bacalah dengan hati yang lapang.

Ainun Mardhiah Ismail – Bacalah dengan mata hati. Di sebalik tabir kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Wednesday, 9 May 2012

Kejora di Langit Cinta ~ Anis Ayuni

Nur Faradila bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Alahai, Mat Salih! ~ Zan Zarida

Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya. Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang. Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja.

Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham dan membuat darah Aira naik. Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang. Sebaliknya Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis.

Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami penasaran dengan isteri sendiri?

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara

Pulangnya Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasa muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup.

Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing. Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta?

Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tapi dalaman sangat keras hati.

Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu tetapi siapa Fasya di hati Hardy?

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Oh! Cinta ~ Penulisan2u, Ezza Mysara, Iskandar Daniel, Rehan Makhtar, Syamnuriezmil

Ezza Mysara
Dialah Driver Yang Tercipta Untukku
“Nanti bila Aya dah besar, Aya nak kahwin dengan abang, tau.” Sejak kecil, Mikhail telah memiliki hati Dayana. Tetapi kerana peristiwa itu, mereka telah berpisah. Apabila bertemu kembali, masih adakah harapan untuk mereka bersatu?

Akulah Driver Seumur Hidupmu
Meskipun kecewa kerana tidak berjaya memiliki sekeping hati itu, tapi Arian tetap meneruskan kehidupannya. Pertemuan dengan seorang gadis ego, telah membuka pintu hatinya untuk bercinta. Tapi, mampukah dia merobohkan sebuah janji yang telah lama terpahat dalam hati gadis bernama Maya itu?

Cinta Langgar Lari
“Siapa sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada peluang nak ganggu hidup aku lagi.” Kerana mamat yang suka mengganggu hidupnya itu, Qaseh terpaksa mengaku bahawa dia sudah bertunang dengan mamat traffic light yang dilanggarnya itu!
------------------------------

Iskandar Daniel
Bagai Itik Pulang Petang

Saya memang gilakan dia yang cantik, tapi kalau bukan jodoh apa nak dikata… Barangkali gadis yang berjalan bagai itik pulang petang itulah yang terbaik untuknya.

Gadisku
“Nana selalu senyum pada saya... tapi saya tak pasti senyuman itu untuk saya atau Nizam?” Ahmad memang dah lama sukakan Nana, tapi dipendamkannya saja. Tanpa dia sangka, rupa-rupanya dia memang tak bertepuk sebelah tangan.

I Love You
Semenjak dia menikahi Leia, hanya dialah pertama dan terakhir. Tapi dek perasaan cemburu, semuanya jadi berubah. Mampukah perpisahan itu akan mengundang bahagia buat mereka?
------------------------

Rehan Makhtar
Jahit Balik Hati Aku

“Itu bayaran untuk khidmat kau untuk aku semalam.” Isteri mana yang tidak sedih, jika kata-kata sebegitu dilafazkan oleh suaminya sendiri. Dan akhirnya, Rihana telah membuat keputusan yang terbaik, demi maruah dan sayangnya terhadap seorang suami.

Jahit Balik Hati Aku Lagi
Demi anak-anak dan cintanya, dia harus akur dengan ketentuan-Nya. Biarpun hati terseksa atas keputusan Hanip itu, tapi istana cinta ini harus dipertahankan.

Kau Dipaksa, Aku Terpaksa
“Fara senang tengok abang dah makin sihat dan Fara yakin abang akan temui kebahagiaan abang dengan Azlyn nanti.” Maifara akhirnya terpaksa akur, jika itu kehendak Payed. Harapannya, suaminya itu cepat-cepat sembuh lalu melepaskannya dari seksaan.
---------------------------

Syamnuriezmil
Sudah Kahwin Ke Belum?

“So, Natrah... dah kahwin ke belum?” Natrah. Sejak pertama kali bertemu, Alief sudah terpikat dengan pemilik nama itu. Mampukah dia memikat gadis itu, sedangkan mummy menjadi penghalangnya?

Pengantin Dua Kali
Dua bulan selepas berkahwin. Itulah janji Alief kepada mummynya. Tapi, adakah janji itu akan terlaksana? “Abang dah janji abang akan jaga Natrah lebih dari nyawa abang!”

Lari Mencari Suami
“Natrah milik abang, abang milik Natrah.” Setelah bermacam dugaan yang mereka tempuhi, mampukah si isteri memujuk si suami yang sedang membawa diri yang rajuk?

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Monday, 7 May 2012

Sunan Musafir ~ Ramlee Awang Murshid

Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.

Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin berserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?

Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Wednesday, 2 May 2012

Takdir Itu Milikku ~ Siti Rosmizah

“Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati.

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku!

*****

(SEM) RM33.90 - RM29.80
(S/S) RM36.90 - RM32.50

Bidadari Salju ~ Mia Kiff

Kayra mula berasa seram sejuk, bulu romanya meremang, dia rasa geli geleman. Tolonglah, jangan berbicara soal lelaki, cinta dan perkahwinan. Janganlah ada yang berani bertanya soal ini kerana dia tak pernah terfikir sama sekali ekoran dendam silam dan rasa rendah diri.

Perjalanan hidup Kayra penuh berliku. Menempuhi zaman remaja yang amat menyedihkan. Diri di hina, keluarga di sisih oleh masyarakat. Semuanya angkara fitnah yang merobek maruah dan harga diri.

“Apa kata kalau aku jadi bapak ayam untuk kau, aku jual kau dengan harga seringgit. Buat apa mahal-mahal, bukan orang lalu pun tengok kau tu. Muka buruk macam ni, agaknya bagi free pun tak ada yang nak! Macam mana? Tak payah fikirlah, nama kau dah buruk, muka kau pun buruk, kau tak buat orang tetap tuduh yang kau buat!”.

Kayra hanya mampu menangis. Patutlah ramai yang memanggilnya bohsia, pelacur, perempuan balen. Dia popular dengan gelaran jijik itu. Ya Allah, sampai bila aku harus bertahan?

“Hei Kayra! Kau dengar sini, kalau kau cari pasal dengan aku lagi, aku boleh buat yang lebih teruk dari ini. Sampai kau dah malu nak hidup! Lagi pun, orang macam kau ni tak layak nak hidup, menyemakkan mata aku, menyusahkan hidup orang! Ingat amaran aku, kalau tak nahas kau! Tuihhh!” Hariz meludah muka Kayra dengan penuh benci dan jijik.

“Hariz bin Azman, aku tak kan lupa hari ini sampai bila-bila. Aku tak akan maafkan kau sampai aku mati! Jangan kau sesekali lupa yang muka buruk ni kau pernah ludah Hariz!!! Allah, akan membalas segala perbuatan keji kau pada aku.Kau adalah manusia yang paling aku benci!!!

Lapan tahun berlalu, lelaki ini hadir semula dalam hidupnya. Jodoh cuba dijauhi, namun perancangan Tuhan tiada siapa yang tahu. Puas ditepis, puas dielak. Bekulah dirinya bagaikan bidadari salju namun ia tetap datang tanpa diduga.

*****

(SEM) RM36.90 - RM32.50
(S/S) RM39.90 - RM35.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...