ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 27 October 2012

Ke Arah Haji Yang Mabrur ~ Hj. Mohamad Lamin

Ramai yang tidak menyedari bahawa ibadah haji mempunyai maqasid dan matlamat yang dikehendaki oleh Allah SWT supaya kita mencapainya. Hal ini menyebabkan ramai yang menunaikan ibadah haji tanpa memikirkan matlamatnya. Akibatnya, ibadah haji tersebut tidak meninggalkan kesan yang baik dalam dirinya. Dirinya tidak terdidik melalui ibadah berkenaan. Justeru, apa yang kita lihat dalam kehidupan seharian, sikap dan tindak-tanduknya tidak sejajar dengan semangat ibadah haji. Bagaimanakah pula kita hendak mendapatkan haji yang mabrur jika perkara sedemikian terjadi?

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

40 Ciri Ajaran Sesat ~ Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Fahaman dan ajaran sesat merupakan ancaman yang besar terhadap akidah Islam pada masa ini. Kerosakan akidah bakal merosakkan tauhid dan keimanan seseorang Muslim. Justeru, tulisan ini mendedahkan ciri-ciri fahaman sesat di samping menjelaskan akidah Islam yang sebenar dengan mengemukakan hujahhujah daripada al-Quran, hadis dan pendapat para ulama. Mengapakah Anda Perlu Memiliki Buku Ini? Penulis memaparkan penjelasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat dengan mengemukakan huraian yang lengkap agar pembaca dapat mengenal pasti fahaman yang salah, menyeleweng dan sesat. Dapat dijadikan panduan oleh pembaca agar tidak mudah terjerumus dengan sesuatu fahaman yang sesat, Dapat memperbetul fahaman sebegini daripada menjadi barah hati yang boleh membunuh akidah Islam!

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Formula Solat Sempurna (edisi kemaskini) ~ Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.


Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

*****

(SEM & S/S) RM28.00 - RM24.60

Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua...


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dari kami Booksville Ent. kepada semua pembeli & pengunjung...

Wednesday, 24 October 2012

Perempuan Lindungan Kaabah ~ Hana Ilhami

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Thursday, 18 October 2012

Hanya Dia Di Hatiku ~ Ain Marissa

Kepulangan Qaseh Aira ke tanah air, selepas menamatkan pelajarannya di Jepun menyebabkan hati kembarnya, Qistina Alia semakin tertekan. Keadaan menjadi semakin parah apabila Qistina Alia menuduh Qaseh Aira adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di dalam hidupnya. Namun bagi Qaseh Aira, jikalau dengan cara menipu itu sahaja yang boleh menjernihkan hubungan mereka semula, Qaseh Aira rela. Tetapi, sebaliknya pula yang berlaku.

“Bos, saya confuse sikit. Bila orang cakap nak air kopi, mesti kena letak susu kan?”

Harith Haiqal sering tertanya sendirian, entah kenapa tiba-tiba hatinya terpaut dengan Qistina Alia sekarang walaupun dia tahu sikap Qistina Alia yang dahulu sangat berbeza dengan yang sekarang. Harith Haiqal dalam diam mula mengintai cinta di hati Qistina Alia.

Pertemuan antara Harith Haiqal dengan Qaseh Aira ketika bertandang ke rumah Qistina Alia bersama keluarganya membuat hati Harith Haikal kembali resah. Gerak hatinya kuat mengatakan Qaseh Aira seperti pernah dikenalinya sebelum ini.

“Tapi abang dapat rasakan yang abang pernah kenal dengan Qaseh. Abang tak nak tipu hati abang sendiri. Perasaan abang dengan Qistina, tak sama dengan perasaan abang terhadap Qaseh. Tapi kenapa hati abang dapat rasakan yang Qaseh pernah dekat dengan abang?”

Memang itu angan Qistina Alia, berkahwin dengan Harith Haikal tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ibarat api di dalam sekam, marah dan cemburu Qistina Alia terhadap Qaseh Aira semakin menjadi-jadi.

“Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan? Kau tak tahu malu ke? Bakal tunang aku pun kau nak rampas? Takde lelaki lain ke kat atas dunia ni sampai kau sanggup menggatal dengan bakal tunang kakak kau sendiri? Aku tahu, kau sengaja perangkap Harith kan?”

Kalau masa boleh diundur kembali, mahu saja Qaseh Aira merubah segalanya. Tetapi betul ke itu yang dia mahu? Bagaimana dengan Qistina? Apa pun keputusannya, hati Harith Haiqal berbisik, Hanya Dia di Hatiku. Adakah hati Qaseh Aira jua berbisik sebegitu?

*****

(SEM) RM22.90 - RM20.20
(S/S) RM25.90 - RM22.80

Tuesday, 16 October 2012

Sun Shade Bermasej

Kali ini kami di Booksville Ent. menawarkan produk baru untuk anda semua. Sun Shade Bermasej daripada pihak Telaga Biru. InsyaAllah, DISKAUN 12% tetap diberikan kepada semua sun shade.



2 keping Sun Shade dalam 1 pek.
Harga asal: RM10.00
Harga DISKAUN 12% SEM & S/S: RM8.80

Emel: belidiskaun@gmail.com /diskaunbukuislamik@gmail.com

** Tempahan bergantung kepada stok pengedar. Jika stok yg dikehendaki habis, kami akan tukarkan dengan sun shade lain pilihan anda**

Wednesday, 3 October 2012

Takkan Pernah Berubah ~ Fisha

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.

Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.

Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?

kau umpama matahari malam untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...