Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 5 July 2013

Biografi Inspirasi: Prof Dr Muhaya. Sejernih Sinar Matamu ~ Rozninah Abd. Azib

"Prof. Dr. Muhaya, pakar mata yang berjiwa Islam. Dari pancaran matanya, dapat dibaca keinginannya yang meluap-luap untuk membawa manusia melihat dunia ini dari pandangan mata seorang mukmin sejati, bukan pandangan duniawi yang merugikan. Alangkah indahnya jika apa yang dilihat oleh Prof. Dr. Muhaya dapat dirasai oleh insan lain. Semoga Prof. berjaya dengan misi 'mata'nya..."
(Ahmad Fedtri Yahya. Personaliti TV)

"Prof. Dr. Muhaya, sumber inspirasi dan semangat untuk kami semua, golongan artis. Cara beliau memberi ceramah dan menegur membuatkan kami selesa dengannya. Tegurannya sama ada secara umum dalam seminarnya dan rancangan TV serta nasihatnya secara langsung melalui pertemuan secara peribadi, membuatkan saya rasa tegurannya, seperti teguran seorang kakak. Ceramah Prof. biasanya diperkuatkan dengan fakta saintifik, yang menyebabkan pendengar berfikir dan cepat terkesan kerana ada bukti yang nyata dan logik."
(Nora. Selebriti)

"Antara tokoh ilmuwan dan pendakwah wanita di Malaysia yang sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat ialah Prof. Dr. Muhaya. Namanya kini masyhur sebagai pendakwah.Sumbangan yang diberikan oleh beliau begitu besar dalam melakukan transformasi pemikiran minda yang negatif kepada positif, sentiasa bersangka baik dan berkemampuan untuk berubah. Penerbitan buku ini, diharap dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk mengambil contoh yang baik daripada beliau."
(Ustaz Dr. Zahazan Mohamed. Tokoh Ilmuwan Islam & Pengarah Urusan Telaga Biru)

"Prof. Dr. Muhaya saya kenalinya, sejak saya menjadi pelajar master perubatan dan kini kami bertugas di tempat yang sama, di Prince Court Medical Centre. Walaupun kini kami rakan sekerja, tetapi Prof. Dr. Muhaya tetap guru saya. Beliau menjadi tempat kami merujuk dan mencari ilmu, tidak berubah keadaan itu, walaupun kini saya sudah menjadi doktor pakar, seperti dirinya, kerana faktor pengalaman. Pengalamannya dalam bidang Oftalmologi sangat luas dan tidak dapat ditandingi dan beliau tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi pengalaman dengannya. Saya suka Prof. sebab dia seorang yang sangat positif dan baik hati."
(Dr. Tan Niap Ming. Pakar Mata Prince Court Medical Centre)

"Kami bersyukur menjadi anak Prof. Dr. Muhaya. Beliau ibu yang sangat penyayang. Sikap penyayangnya itu dipamerkan dengan sepenuh jiwanya, melalui kata-kata dan perbuatannya. Dalam masa yang sama, dialah ibu dan sahabat karib kami. Ibu kami itu sentiasa bersedia mendengar masalah kami dan sentiasa memberikan sokongan dalam semua keadaan. Sikap positifnya membuatkan kami sentiasa bersemangat menempuh apa-apa cabaran dalam kehidupan kami sebagai 'orang muda'. Ya Allah, penjangkanlah umur kedua ibu bapaku yang kami sayangi dalam keadaan sihat walafiat dan bahagialah hidup mereka di dunia dan diakhirat."
(Dr. Noor Aniah Azmi. Anak)

"Prof. Dr. Muhaya ialah pensyarah saya semasa belajar perubatan dan Sarjana Surgery Oftalmology. Ketika mengajar, Prof. mengaitkan ilmu kedoktoran dengan keagamaan. Beliau lembut dan tegas, sangat rapi dengan kerja dan cekap. Saya belajar banyak tentang kehidupan dan kemanusiaan dengannya, terutamanya tentang bagaimana mengawal emosi ketika berhadapan dengan pesakit. Merawat pesakit dengan kasih sayang dan keikhlasan, menjadi amalannya. Prof., contoh wanita profesional yang berjaya dalam kerjaya dan rumahtangganya. Mudah-mudahan, Prof. terus berjaya dalam setiap perkara yang diusahakannya dan mendapat keberkatan Allah, dunia akhirat."
(Dr. Othmaliza Othman. Pakar Mata & Bekas Pelajar)

*****

(SEM) RM80.00 - RM70.40
(S/S) RM82.00 - RM72.20