Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 30 September 2014

Mutiara Hatiku Rafflesia ~ Bill Bora

Hidup ini satu kembara di lautan yang luas buat Anis Sophea. Untuk mencapai impian, harus menyelam hingga ke dasarnya.

Anis yang cantik, hidupnya biasa-biasa. Tapi, tiba-tiba berubah menjadi luar biasa apabila ditemukan dengan Haris Ilham, si ‘putera raja’ yang kacak dan kaya raya.
Bersama Haris, hidupnya seolah berada di dalam sebuah kisah dongeng. Dikelilingi kemewahan dan keindahan. Tapi, dia takut untuk mempertaruhkan hatinya.

“I memang suka you.” Tulus ucapan Haris.
“Tapi I tak suka you.” Anis senyum manis.
“I ada magis yang boleh buat rasa tak suka tu bertukar jadi suka.” Mata dikenyit nakal

Layanan dan sikap Haris buat hatinya sedikit terusik. Namun, tidak semua yang kita harapkan boleh menjadi kenyataan. Haris sudah punya bakal tunang pilihan keluarganya.

Tidak mahu menjadi perampas, Anis gunakan Ikmal Reza, model kacak untuk mengumpan amarah Haris. Tetapi sikap suka mendesak dan memaksa Ikmal buat Anis rimas. Ketika ingin lari daripada Ikmal, muncul Andrian sebagai penyelamat.

Tapi, seorang Haris tidak pernah berputus asa. ‘Best Man Win’, itu kata hatinya. Selagi Anis belum menjadi milik siapa-siapa, dia masih ada peluang. Cuma, siapa pula Zarul Hisyam yang tiba-tiba muncul di dalam hidup Anis Sophea?
Mampukah Haris bersaing dalam memenangi hati Anis Sophea?

Dan... dapatkah Anis menemui mutiara hatinya sepanjang pengembaraannya itu?

*****
(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Monday 15 September 2014

Rindu Bertaut Kasih ~ Azieana

“Satu perkara yang paling mustahil dalam hidup aku ialah jika ditakdirkan suatu hari nanti aku jatuh cinta pada kau!”

Hafiz dan Sarah bukan nama yang sesuai untuk disatukan di dalam sekeping kad jemputan perkahwinan, tapi itulah yang berlaku apabila kedua-duanya sepakat untuk berkahwin.

Dek sejarah dirinya yang lalu, Sarah memilih untuk mengikut saja segala takdir yang berlaku dalam hidupnya termasuklah memilih Hafiz asalkan janji yang sudah diikat bersama akan dapat dimilikinya suatu hari nanti.

Hafiz pula merasakan yang Sarah hanya layak dihina dan dijadikan sandaran untuknya mendapatkan kekayaan yang selama ini diidam-idamkannya. Tapi benarkah itu yang difikirkan oleh jejaka itu, atau… ia hanya sekadar helah bagi menutup perasaan sebenarnya selama ini?

“Ya... Sepuluh tahun cukup merubah apa saja tapi perasaan Abang Adam pada Sarah tak akan berubah biar pun masa terus berlalu.”

Abang Adam... Sudah lama nama itu tidak meniti di bibir Sarah. Dek kata-kata ugutan daripada Hafiz menyebabkan Sarah pernah melepaskan lelaki itu pergi dari hidupnya. Tapi mana mungkin rasa yang pernah dikongsi bersama itu hilang begitu saja?

Saat Hafiz mula menerima dan menganggap Sarah sebagai seorang insan yang istimewa dalam hatinya, datang pula Carolina, menagih kasih. Tapi haruskah dia mengikut kata hawa nafsu padahal hatinya sudah melekat dengan nama gadis bernama Sarah, isterinya sendiri? Dan saat rasa cinta itu pasti, Sarah kembali menuntut janjinya yang telah dimeterai… Adakah Hafiz akan menunaikannya?

“Abang Hafiz lupa apa yang telah kita persetujui? Abang Hafiz akan ceraikan Sarah tanpa menyentuh Sarah dan sebagai balasannya Sarah akan menyerahkan semua hak Sarah kepada Abang Hafiz... Abang Hafiz dah lupa?”

*****
(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Dia... Isteri Aku Rupanya ~ Hash Auliaa

Sepatutnya kami berkahwin dengan gelaran kahwin paksa, tapi akhirnya… aku putuskan untuk kahwin rela dengan dia!

Beria-ia aku menangis, menjerit, melalak dan berdoa tak nak kahwin dengan pilihan emak. Tup-tup, mama kepada lelaki itu menghubungi emak aku. Katanya, rancangan perkahwinan terpaksa dibatalkan tanpa disertakan sebab. Fuh, lega aku!

Namun siapa sangka, majlis perkahwinan yang dibatalkan akhirnya berlaku juga dan kini bukan atas keterpaksaan tapi atas kerelaan aku sendiri. Persoalannya kini, adakah aku bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang bersama dengan si dia yang tidak mengenali aku malah mencurigai niat sebenar aku kerana menerimanya sebagai suami?

“Berapa mama bayar kau?”
“Dua juta. Puas hati?”

Aku menyayangi Adi Firkash sepertimana aku seharusnya menjaga suami aku sendiri walaupun apa pun kekurangannya. Sehinggalah dia jatuh cinta dengan aku dan begitu juga aku mencintainya. Namun belum sempat aku meluahkan perasaan sebenar itu, dugaan datang sehingga menyebabkan aku berundur diri.

Dan bila tiba-tiba takdir menemukan semula aku dengan dia, adakah dia akan mengenali aku meskipun aku menidakkannya?

“Syifa Imani binti Dollah. Awak... isteri saya kan?”
“Encik salah orang. Saya bukan isteri encik. Saya belum kahwin.”

Airil Izwan datang setelah bertahun-tahun aku fikirkan dia telah pergi dan tak akan memelukku seperti zaman kanak-kanak kami dahulu. Kini… benarkah dia yang muncul di hadapanku dan mampu aku katakan betapa aku merinduinya? Lantas… adakah Adi Firkash boleh menolak rasa cemburu dek kehadiran lelaki itu sedangkan aku sendiri tak tahu kedudukan sebenar aku dalam hatinya?

“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain depan mata dia sendiri? Tell me!”

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Monday 8 September 2014

Isteriku Hati Batu ~ Qhayra Qhayriesa

Gara-gara kejadian kereta mereka berlanggar, Tengku Aamir Budriez dan Azreen disatukan dalam ikatan perkahwinan. Tetapi, menjadi suami kepada Azreen yang keras kepala dan berhati batu memang satu cabaran besar buat Tengku Aamir Budriez. Mana tidaknya, isterinya itu bukan saja degil, tapi juga biadab orangnya. Sekeras-keras batu, keras lagi hati batu isterinya!

Bagi Azreen pula, bersuamikan lelaki kasanova seperti Tengku Aamir Budriez memang satu malapetaka dalam hidupnya. Kerana lelaki itu, hubungan retak Azreen dan Datuk Latiff terus terbelah. Sudahlah dia dibenci kaum keluarga lelaki itu. Mustahil dia boleh menerima lelaki itu semudah yang disangka semua!
Lelaki bangsa buaya tembaga macam dia tu bukannya boleh dipercayai. Lagipun memang patut aku bencikan dia. Kalau tak kerana dia, aku dan dia takkan ditangkap khalwat malam tu. Kami pun takkan jadi suami isteri dan hidup macam neraka seperti sekarang. Hubungan aku dan ayah pun takkan jadi seteruk sekarang. - Azreen

Tengku Suraya, cintanya kepada Tengku Aamir Budriez tiada tapi impiannya untuk mendapatkan harta bekas tunangnya itu begitu menggunung. Sakit hatinya apabila Tengku Aamir Budriez memilih Azreen sebagai isteri sedangkan dia diketepikan. Penuh dendam dia berusaha meleraikan ikatan perkahwinan yang sememangnya rapuh antara Azreen dan Tengku Aamir Budriez. Tambah-tambah Tengku Aamir Budriez dan Azreen tidak ada hubungan yang baik sepanjang bergelar suami isteri.
Bagaimana rumah tangga mereka akan aman andai Azreen dan Tengku Aamir Budriez sering kali bertingkah? Mampukah Tengku Aamir Budriez melembutkan hati Azreen yang sekeras batu itu? Manakala Azreen sendiri, bolehkah menerima lelaki itu sebagai suaminya dan dalam masa yang sama memperbaiki hubungannya dengan Datuk Latiff? Dan, berjayakah Tengku Suraya mencapai hasratnya mendapatkan kembali Tengku Aamir Budriez?

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Encik Hubby, Saya Cinta Awak ~ Iman Kyuhee

HARISA - Dia berhenti belajar atas sebab-sebab tertentu. Bukan sebab dia bodoh, tetapi disebabkan krisis wang yang sedang dihadapinya. Emaknya cuba melarang Harisa daripada berhenti belajar, namun Harisa berkeras. Harisa mahu menolong emaknya dengan membalas kembali jasa yang ditabur oleh wanita yang sudi mengambil dirinya sebagai anak angkat.

RIFKI ADZHARI - Dia lelaki kaya. Siapa yang tak kenal lelaki buaya darat seperti dia? Petik jari saja, bukan sepuluh yang datang, malah menimbun-nimbun yang datang. Dengan menggunakan wajahnya yang tampan, dia mampu mencairkan hati perempuan di mana-mana saja.

Tidak diduga, ayah Rifki Adzhari dalam diam cuba menjodohkan dia dengan Harisa, anak seorang wanita yang pernah ditolongnya. Demi membalas jasa ayah Rifki Adzhari, emak Harisa terpaksa bersetuju. Namun, mummy Rifki Adzhari pula tidak menyukai Harisa!

“Argh! Kenapalah aku kena masuk ke dalam keluarga yang aku tak pernah langsung tahu kewujudan dia?” - Harisa
“Daddy! What does all this mean? Why must I marry to this stupid woman?” - Rifki Adzhari

Kemunculan abang Rifki Adzhari iaitu Razeeq Adzhari yang baru saja pulang dari UK membuatkan hati Rifki Adzhari kacau-bilau. Kerana abangnya itu cuba memikat hati isterinya! Rifki Adzhari keliru. Kenapa pula dia harus cemburu? Dia sudah jatuh cinta kepada isterinyakah?

“Kenapa mesti isteri aku yang kena? Apa? Kau ingat tak ada perempuan lain lagi ke kat dunia ni? Dia tu... selama-lamanya milik aku!” - Rifki Adzhari
“Aku tak peduli! Kalau kau tak nak dia, this is my chance. Aku nak pikat dia, selagi aku masih mampu!” - Razeeq Adzhari

Rifki Adzhari dalam dilema. Apakah yang patut dilakukannya? Dia jadi bingung! Tak mungkin dia hanya melihat saja isterinya diambil oleh abangnya sendiri! Apakah tindakan Rifki Adzhari seterusnya? Mahukah Harisa menerima suaminya kembali sedangkan dia tahu lelaki itu tidak mencintainya langsung? Dan Razif, kewujudannya bagai bala, tapi adakah hikmahnya?

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Friday 5 September 2014

The Unsung Story: Wira Yang Tak Di Dendang ~ Melur Jelita

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya… ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.
Bagi Blackswan, sangat berdosa!
Sumbang mahram!
Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.
Sombong menonggek!
Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur.
Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.
Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!
Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja.
Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.
Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula…

Maryam : “Hutang boleh?”
Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.”
“Apa bunganya?”
“Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.”

Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.”
Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”

*****
(SEM) RM38.00 - RM33.40
(S/S) RM41.00 - RM36.10