NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, 24 December 2014

Promosi Akhir Tahun 2014. DISKAUN 35%



Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Sempena tahun baru 2015 yang bakal menjelma, kami di Booksville Ent. mengadakan jualan penghabisan stok dari 24/12/14 - 1/1/15 dengan DISKAUN 35% untuk BUKU-BUKU TERPILIH.
Senarai buku yang diberikan diskaun istimewa ini boleh anda rujuk pada gambar di atas.
Jika berminat, boleh aje emel kami di belidiskaun@gmail.com atau layari FB Belidiskaun untuk info lanjut.

Books For All
Booksville Ent.

Monday, 22 December 2014

Bos Senget PA Sengal ~ Kay Delaila

FARAH ADEEBA, anak sulung berjiwa muda yang cepat melatah dan degil. Segala keputusan adalah mengikut kepala sengalnya. Meninggalkan bakal tunang dan menggondol kepala ikut suka hati. Namun gigih bekerja dan menyambung pelajaran sambil bekerja demi amanat arwah papanya.

Pertemuan dengan Taufiq Badlishah, sebagai bosnya buat hidup Adeeba haru-biru. Adeeba yang suka menjawab sengal buat Taufiq geram. Taufiq tekad menolak Adeeba walaupun disua oleh Dato’ Noraini sebagai PA nya.
NAMUN, strategi Taufiq berubah apabila mata Adeeba serupa dengan mata yang dicari…

“Deeba, daripada kau keluarkan dalam surat khabar, baik kau keluarkan memo letak kat noticeboard kita tu. Pasti kau akan terima berpuluh borang permohonan.” Gelak Hasnah lucu. Tak pernah terfikir langsung di fikirannya yang Taufiq akan mengambil tindakan seperti itu. Mana pergi ketegasan sikapnya? 

“Saya tak beranilah, Has. Nak letak kat surat khabar pun tak berani. Nak letak kat notice board pun tak berani. Mahunya saya ditembak oleh Dato’ dengan Tan Sri nanti. Sesengal-sengal saya pun, saya masih waras dalam bab yang tak senonoh macam ni. Kau rasalah Has, kenapa tiba-tiba bos buat macam tu ya?” soal Adeeba mencari jawapan.
“Bagaimana bos beri arahan ni pada kau, Deeba?”

Adeeba membuka telefon pintarnya semula.
-Dinner with me tonight. Or else advertise my picture in newspaper. Lonely GM needs company-

“Gila sengal bos kau tu Deeba.” Gelak Hasnah terburai.
“Habis kau balas apa Deeba?” Adeeba tak menjawab, sebaliknya disentuh tetingkap mesej di telefon pintar lalu dihulurkan pada Mastura pula.

-Bos nak saiz A5 ke, A4 ke atau full pages? Nak berapa hari. Seminggu sekali atau setiap hari selama seminggu? Saya tunggu reply bos untuk dapatkan quotation yang terbaik-

SAMPAI bila mereka begini? Dan apa akan terjadi apabila Adeeba juga diintai lelaki lain dan diteropong juga oleh seseorang yang mahu musnahkan hidupnya.

*****
(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Seminit Pun Tak Lupa ~ Ayumi Syafiqah

DILARA dan Rafiqi bertemu di kolej. Saat cinta menggebu, dunia Rafiqi berubah 360 darjah apabila berita tentang mama yang hilang 13 tahun lalu tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

“Sekali Fiq keluar dari rumah ni, Fiq bukan anak papa lagi.” – Datuk Maslan.

RAFIQI yang tabah…Hidup susah dan bekerja apa saja untuk sesuap nasi. Hatinya menangis sayu. Dia hilang seorang ayah, dia hilang sahabat, dia hilang kekasih yang dia cinta, tapi dia ada kasih sayang mama. Itu sudah cukup dibandingkan dengan apa saja yang dia ada di dunia ini.

MASA berlalu, Dilara dengan kerjayanya sebagai pramugari…dintai Ham’zalah, encik pilot yang kacak… Namun hatinya sunyi lalu dia tekad mencari Rafiqi…

Dilara menelan air liur. “Ermm… Saya nak cari Fiq kat kampung mama dia,” ujarnya.
“And?”
Nash kerut muka. Lantunan bola pun sudah berhenti. Mata Nash tajam ke arah Dilara. Atas bawah dia melihat gadis yang masih beruniform pramugari.
Biar betul nak main basketball pakai skirt macam tu? Terkangkang karang, mana nak letak muka. Nash tunduk lalu senyum. Memang parah kalau berskirt dan terlompat-lompat nanti.
“Boleh ke tidak?” Dilara tanya. Janganlah Nash menolak permintaannya yang kecil ini.
Nash angkat muka. Dipandang pula ke arah Murnirah yang sekadar jongket bahu.
“Ehem...” Nash seolah-olah membetulkan peti suaranya.
“Aku tahu kau orang berdua tak faham dan please, jangan mintak aku explain apa-apa. Just… Nash, tolonglah ajar saya main. Sikit pun okey, saya hargai sangat-sangat,” pinta Dilara lagi. Nadanya sudah separuh merayu. Hanya ini salah satu cara untuk dia memikat Rafiqi semula.

NAMUN siapa Rafiqi saat Dilara menemuinya?

“Aku yakin jodoh aku dengan dia. Empat tahun ke, sepuluh tahun ke, even dua puluh tahun sekali pun, aku sanggup tunggu.” – Dilara

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Wanita Untuk Dia ~ Luna Bulan

Dalam soal paksa-memaksa memang kepakaran dia. Kalau dia kata nak, apa saja dia sanggup lakukan. Dan... bila dia terpesona dengan si cantik jelita Lutfiya Medina, si mata hazel Daniel Adam buktikan kepakarannya. Si jelita itu takkan dia lepaskan dan Lutfiya tak perlu bermimpi untuk melepaskan diri. Cinta dulu buat Lutfiya terluka, sangat-sangat! Muncul pula si mata hazel, seiras dengan ‘si dia’… haruslah rasa benci itu muncul, sangat-sangat! Bukan sedikit. Tapi... tipikal Daniel, tak ada sesiapa pun boleh berkata tidak pada dia. Dan bila dia melamar, Lutfiya harus setuju. 

“So just accept it. Don’t you dare to say NO!” – Daniel 
“No! No! No!” – Lutfiya 

Takdir Ilahi bukan dalam perhitungan sesiapa. Akhirnya mereka tetap ‘bersatu’ dengan cara mereka sendiri. Tanpa cinta, tapi mereka ada peluang untuk mencuba. 

“Dah tak boleh tak payahlah cuba!” – Lutfiya 
“Kita cuba juga. Kita cuba bercinta dulu, ya?” – Daniel. 

Mencuba dan terus mencuba sehingga akhirnya Lutfiya menjadi wanita untuk dia. Sehingga akhirnya mereka temui bahagia. Tapi, betul ke bahagia milik mereka selamanya? Salah siapa bila kesudahannya sebuah luka?

*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Ada Hantu? ~ Mia Kiff, Imanisa Riana, Farisha Imani, Maya Adira, Deema Danee, Bahrudin Bekri

Apabila sendirian, anda pernah rasa seperti sedang diperhatikan ? Pernah terperasan ada bayang atau cahaya melintas di hujung mata ? Pernah dengar bunyi guli dari tingkat atas dan bunyi perabot dialihkan pada waktu malam ? Anda pernah tengok hantu ? Benarkah ada hantu ?

Antologi cerpen komedi seram ini menghimpunkan penulis-penulis Gedebook sedia ada dan juga yang bakal menerbitkan novel mereka bersama Gedebook.

Anda berani ? Ambil antologi ini dan pergi bayar di kaunter sana. Jangan bayar di lorong kaunter tengah.

Cashier itu ada saka...

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Thursday, 18 December 2014

Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa ~ Dr. Rozanizam Zakaria

Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa.

Jangan kau hinakan orang gila,
Kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya,
Sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya.
Bukan sekadar cerita mengaju nabi, bahkan ada kisah keluarga mahu bunuh diri. Kemudian, ada pula yang suaminya disembelih, anaknya diculik, dan rumahnya dibakar...

Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa, tentulah bukan himpunan tulisan cerita yang biasa-biasa.

Antara Kandungan:
Bab 1: Memilih Tarikh Kematian
Kes 1: Keluarga Iran dan Bunuh Diri
Fakta Bunuh Diri
Apa yang Kita Pelajari?
Rahsia Jiwa yang Hidup
Penawar Putus Asa

Bab 4: "Saya Nabi Isa!"
Kes 4: Lelaki Tua dan Skizofrenia
Skizofrenia
Memahami Skizofrenia
Kewujudan dalam Masyarakat
Tips Berinteraksi dengan Pesakit Skizofrenia
Apa yang Kita Pelajari?
Tuduhan kepada Nabi Hud a.s.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM17.00

Misteri Firaun: Musuh Para Nabi ~ Dr. Afareez Abd. Razak Al-Hafiz

Tahukah anda?
Tidak semua firaun itu jahat. Ada juga firaun yang baik.
Tidak semua firaun itu lelaki. Ada juga firaun perempuan yang cantik jelita.

Jelaslah ada ramai firaun yang berkuasa selama 3000 tahun peradaban Mesir kuno.
Tentu anda ingin tahu:
Siapakah sebenarnya firaun?
Firaun manakah yang berlawan dengan Nabi Musa?
Firaun manakah yang membangunkan piramid?
Firaun manakah yang berlawan dengan Nabi Yusuf?
Wujudkan firaun yang menyembah Allah

Antara Kandungan:
- Pengenalan
- Penyatuan Mesir
- Zaman Pembinaan Piramid
- Kebangkitan Kerajaan Baru
- Raja Hatshepsut
- Firaun Akhenaten

*****
(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Atlas Perang Salib ~ Sami Bin Abdullah Al-Maghluts

"Bangsa kita memang sudah melampaui batas dalam menumpahkan darah di Haikal Sulaiman hingga mayat yang bergelimpangan terendam dalam takungan darah. Tangan-tangan dan kaki mayat seakan-akan berenang, sedangkan askar Salib sendiri tidak sanggup mencium bau yang keluar daripada mayat!" (Gustave Le Bon, sejarawan Perancis)

"Pada ketika Al-Quds jatuh, sebahagian daripada pasukan Salib menganggap orang Islam menelan kepingan emas yang mereka miliki. Mereka mengoyak perut orang Islam yang sudah dibunuh bagi mencari kepingan emas itu. Ketika menyedari mereka memerlukan masa yang lama bagi mengoyak perut setiap mayat, mereka mengumpulkan mayat-mayat itu secara sekaligus dan membakarnya. Apabila api padam, baru mereka mengorek abu mayat yang mereka bakar itu bagi mencari kepingan emas yang mereka sangka ditelan oleh orang Islam." (Raymond de Keller, sejarawan Kristian)

Perang Salib adalah peristiwa berdarah paling menyayat hati yang berlaku antara umat Islam dan Kristian. Perang yang berlaku hampir 200 tahun ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam peradaban dunia.

Buku Atlas Perang Salib karya Sami bin Abdullah Al-Maghluts memaparkan secara terperinci perihal setiap siri Perang Salib. Malahan, dipadatkan lagi dengan himpunan peta dan gambar berwarna.

*****
(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM68.00 - RM59.80

Kerna Engkau Nyawaku ~ Fathi Fatim

“Saya pergi sehari aje. Lepas habis kerja, saya baliklah. Kan saya dah janji, nak temankan awak nanti. Selama kita kahwin tak pernah lagi saya mungkir janji kan?”

Demi mencari rezeki untuk pemaisuri hati, Nazneen dan insan yang bakal menyerikan hidup mereka, Esman harus bekerja bersungguh-sungguh. Sehingga dia terpaksa menolak rasa kurang senang apabila terpaksa meninggalkan Nazneen untuk bertugas di luar daerah.

“Kau tak suka aku kan?”
“Ya. Memang tak suka. Kau selalu menyusahkan aku. Buat aku serabut. Masa mula-mula jumpa pun kau dah buat hal.”
“Siapa suruh kau menyibuk sangat kejar penyangak tu? Aku tak suruh pun.”

Esman dan Jauza dipertemukan dalam keadaan yang tidak terkawal. Esman yang memang pantang nampak sesiapa ditindas, pantas ‘mengerjakan’ manusia yang meragut beg tangan seorang gadis. Dan gara-gara ‘sesi’ itu, kedua-duanya datang lambat ke tempat kerja, pada hari pertama.

Mereka menjadi rapat sebagai rakan sekerja, namun bagi Esman, diri Jauza masih menjadi misteri dek sikap gadis itu yang jarang bercerita tentang kehidupannya.

Tiada yang lebih penting dalam hidup Esman selain daripada si kecil, hadiah daripada Nazneen buatnya. Tapi, mampukah dia menjadi seorang walid dan seorang umi kepada bayi kecil itu?

Demi ‘nyawanya’ itu, Esman sanggup melakukan apa saja untuk memberi kesenangan kepada masa depan anaknya, dan demi bayi kecil itu juga, Esman sanggup mengetepikan perasaannya. Sehinggalah… dia tersedar akan kewujudan seseorang yang selalu ada dengannya, dan gadis itu selalu mampu menerima kehadiran dirinya bersama anaknya itu.

“Selama ni kau ingat aku syok kat kau la?”
“Boleh jadi juga. Kau kan perempuan yang penuh dengan kejutan.”
“Takkanlah aku nak syok kat lelaki yang ada anak kut? Aku bukan perempuan jenis tu, Ais. Aku tak suka yang pakej-pakej ni. Aku nak yang solo aje. Senang.”

Walaupun gadis itu menafikan, namun Esman pasti Jauza membatalkan perkahwinannya pada saat ijab dan kabul bakal dilafazkan, adalah disebabkan oleh dirinya. Namun Esman tak tahu, Jauza melakukannya bukan semata-mata kerana Esman, tapi ada satu sebab yang tak mampu diberitahu demi menjaga maruah bakal pengantin lelaki.

“Maafkan aku Jauza sebab dah banyak sangat sakitkan hati kau. Mesti kau banyak menangis sebab aku kan?”
“Kalau sayangkan seseorang, memang air mata jadi murah sangat. Aku pun tak tahu kenapa. Padahal sebelum ni aku bukan jenis yang senang menangis.”

*****
(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Bila Hati Berahsia ~ Norra Hassan

Fitri menghantar mesej. Sukma akan pulang. Tiga patah perkataan sahaja tetapi cukup untuk membuatkan aku terasa seperti duduk di atas duri sepanjang hari!

Siapa Sukma? Dialah seorang gadis yang menjadi perbualan dalam fikiran Fitri dan Hannan. Bagi mereka, Sukma menjadi watak utama dalam kehidupan sebenar mereka. Dan kini, mereka mendapat tahu yang Sukma akan pulang ke tanah air. Mampukah mereka berhadapan dengan Sukma dan sikap ‘sebenarnya’ itu?

“Siapa yang meninggal dunia?”
“Tak ada sesiapa yang meninggal. Tapi saya yang akan mati.”

Itulah yang bermain-main dalam fikiran Hannan sebaik saja mendapat tahu Sukma akan muncul dalam hidupnya ‘sekali lagi’ setelah bertahun-tahun mereka terpisah. Kalau tak kerana cinta Sukma ditolak oleh Fitri dahulu, pasti Hannan tidak terjebak dalam cerita yang tiba-tiba jadi cinta segi tiga.

Mampukah Hannan dan Fitri menerima kenyataan yang Sukma akan pulang dan benar-benar wujud dalam kehidupan mereka berdua yang masing-masing kini sudah membawa haluan hidup sendiri?

Namun… Hanya Fitri, si mister perfect saja yang tahu akan perasaannya yang sebenar. Hakikatnya, sejak dulu hingga kini, nama gadis itu ada bertakhta dalam hatinya. Namun dia terpaksa membiarkan gadis itu memilih jalan hidup tanpa dia hanya kerana mahu menyelamatkan gadis itu dari perhatian Sukma.

Kini… Bagaimana caranya Fitri hendak melafazkan rasa cinta itu kepada wanita yang dilihatnya kini jelas tidak bahagia bersama lelaki yang bergelar suami? Sedangkan pada waktu yang sama, dia mahu wanita itu terlindung dari perbuatan Sukma yang tidak kenal erti belas?

Sukma… Kenapa kau wujud hanya semata-mata untuk menakut-nakutkan dan memusnahkan semua impian kami? Dan bertambah musnah harapan Hannan dan Fitri untuk bahagia dengan kehidupan mereka apabila Marina ada bersama Sukma, memberi semangat dan memberi nafas yang berbeza kepada gadis itu. Mampukah Hannan dan Fitri kuat menghadapinya?

“Kenapa seorang lelaki menyimpan cintanya yang telah hilang, walaupun perkara itu adalah perkara yang menyakitkan untuk dikenangkan kembali?”
“Mungkin kerana dia masih berharap.”

*****
(SEM) RM27.00 - RM23.80
(S/S) RM30.00 - RM26.40

Mini Novel Terpilih: Resipi Cinta Volum 1 ~ Pelbagai Penulis

Resipi Cinta ini mengingatkan kita bahawa, tanpa cinta, hidup hambar dan untuk mewujudkan rasa cinta, jangan pernah kenal erti putus asa untuk meraih cinta tersebut.

Semoga mini novel yang terpilih di dalam naskhah ini memberi kesan kepada pemikiran dan memberi resipi kepada semua insan untuk bercinta.

Tarian Cinta ~ A’je Fazlina
P.U.J.A ~ Nurmala Samin
Secantik Magical Rhododendron ~ Syasya Bellyna
Jaga Dia Untukku ~ Amer Mukhlis
Harga Cinta Zalifah ~ Zuraidah Muhidden
Blind Item ~ Qeuu
Saat Kau Pergi ~ Maria Kajiwa
Rasa Cinta Untuk Dia ~ Ailah Diela
Miracles In December ~ MinZhee
Cinta Yang Kembali ~ Wazrul Shah

*****
(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Puja ~ Maria Kajiwa

400 tahun lalu, tujuh orang lelaki melarikan diri dari Pagar Ruyung ke tanah besar untuk memulakan penghidupan baharu. Satu kesilapan menjerumuskan mereka semua ke dalam satu perjanjian yang perlu diwariskan kepada keturunan mereka seterusnya. Sejak itu setiap kali ketua kampung berganti, tiga nyawa perlu dikorbankan kepada puaka sebuah batu. Jimmy dan Pak Salleh cuba memutuskan perjanjian berpuaka itu namun halangannya bukan semudah yang disangka.

Khairul, pewaris ilmu puja yang masih ada bersumpah untuk mempertahankan puaka itu tidak kira apa pun taruhannya. Mampukah Jimmy memusnahkan puaka yang menghantui kampung
halamannya?

Berjayakah dia menyelamatkan nyawa ibu dan adik-adiknya yang telah dipilih untuk dijadikan korban ilmu puja itu?

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Tuesday, 16 December 2014

Miss Marshmallow VS Mr. Ego ~ Dyza Ainun

Peduli apa dengan kebencian Nik Faheem Muqree a.k.a Mr. Ego terhadapnya? Asal sahaja dia mampu ceria dan gembira, dia akan terus menjadi seorang cleaner yang disenangi. Cadeeja seumpama Marshmallow yang lemah lembut dan menyenangkan. Namun Nik Faheem Muqree tetap memuntahkan lahar kebencian dan kemarahan setiap kali mereka bersua. Garangnya!

Kemuncak kebencian Mr. Ego tidak membekas di hati Cadeeja, Miss Marshmallow yang sentiasa bersikap selamba. Namun ketika mereka bertiga terperangkap di dalam sebuah hutan tebal lagi asing, membongkarkan keperibadian sebenar seorang Rita, buah hati Nik Faheem Muqree. Cadeeja tetap tenang dan sabar dalam setiap kesukaran berbanding Rita yang lebih mementingkan kesenangan diri sendiri. Dasar gadis manja!

Dan ketika hati Nik Faheem Muqree bertukar menjadi baldu kasih, Cadeeja menghilang meninggalkan Kuala Lumpur. Nik Faheem Muqree nanar mencari gadis itu. Dia jadi kemaruk dengan setiap kebaikan sekeping hati milik gadis itu. Akhirnya Nik Faheem Muqree mula menjejaki Cadeeja. Dia bersua dengan Cik Sofea, bos baharu Cadeeja. Miss CEO itu ternyata lebih ego daripada dirinya sendiri. Dalam sedetik nafas, Nik Faheem Muqree mulai sedar, kecantikan tanpa budi bahasa tidak sedikit pun menyapa kasih dalam hatinya. Tiba-tiba dirasakan seolah-olah Cadeeja, Miss Marshmallow itu sedang menuntut satu sumpahan janji di musim silam.

Siapakah Dija? Gadis cleaner yang merekahkan delima rindu dalam hatinya!

*****
(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Abangku, CEO Sengal! ~ Mastura Abdullah

Calon suaminya seorang CEO ternama namun Iris Suhayla langsung tidak mengenalinya. Dia hanya mula mengenali Izzul Haq setelah banyak gosip lelaki itu dikaitkan dengan Putri Ariyana bertebaran di media massa. Bagi Iris Suhayla, bolehkah dirinya yang hanya dicalonkan oleh keluarga kekal menjadi isteri lelaki itu setelah akad dilafaz kelak? 

Namun buat Izzul Haq, gosip bersama Putri Ariyana hanya mempercepatkan perkahwinan mereka sahaja. Dia bakal mengahwini gadis yang dicintai sejak sekian lama, bakal memiliki keturunan bersama-sama dengannya. Hanya Iris Suhayla yang tidak sedar akan perkara itu. Mengahwini seorang lelaki yang pernah difikirkannya suatu masa dahulu. 

Dan itulah perjuangan Iris Suhayla hingga ke akhirnya, mencari kebahagiaan dunia dan akhirat di sebalik onak duri bersuamikan seorang CEO ternama, Izzul Haq bin Dato’ Izhar! Bagi yang tertanya-tanya akan titik pertemuan mereka, marilah sama-sama kita hayatinya di dalam Abangku, CEO Sengal!

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Monday, 15 December 2014

Pergi ~ Syima Syawal

RABIATUL ADAWIYAH… Kerana kekhilafannya, dia dihalau oleh keluarga. Dibuang tanpa diberikan peluang untuk meminta keampunan dan menebus dosa semalam. Kerana kesilapannya juga, dia keseorangan selama lima tahun. Dia hilang cinta, dia hilang jejak keluarganya dan dia juga hilang permata hati. Dan sehingga kini mimpi ngeri itu sentiasa mengganggu lena tidurnya.

SYAKRI… Saat dia bakal bertunang, dia bertemu dengan si gadis misteri, gadis berniqab yang menyewa di sebelah rumah keluarganya. Dan saat hatinya mula terpaut, rahsia gadis tersebut menyingkap kisah semalam yang menusuk hati… Kisah yang membawa duka dalam keluarganya.

“Perlu ke nak menyamar?” - SYAKRI
“Saya tak pernah menyamar!” - RABIATUL ADAWIYAH
“Bangkai mana boleh ditutup dengan daun. Lambat laun baunya akan tetap ada…” – SYAKRI

Pada saat Rabiatul Adawiyah tertekan dengan masalah-masalah yang tiba-tiba hadir, dia bertemu dengan seseorang yang ingin menjadi pelindungnya. Seseorang yang tidak kesah dengan latar belakangnya. Seseorang yang sudi menghulur tangan ketika dia lemas dalam perasaannya.

“Sebenarnya, dengan bersaksikan Tok Taha dan mak dek serta kawan Rabiatul Adawiyah, dengan berbesar hati saya ingin menjadikan dia sebagai suri hidup saya. Dengan niat lillahitaala.” – AFIF HAIKAL

Cinta? Dia tidak percaya. Cinta hanya melekakan dirinya dan cinta juga membuatkan dia jauh dari keluarga. Kisah cinta semalam masih meninggalkan bekas dalam hatinya. Namun diatiada pilihan lain. Saat dia mahu memulihkan keadaan yang keruh, siapa sangka keluarga kandungnya mengenakan syarat untuk membayar harga erti sebuah keluarga dan keampunan.

“Baiklah… Kalau itu kehendak kamu dan Allah dah gerakkan hati kamu datang ke sini, pak cik setuju. Tapi dengan satu syarat…” - ENCIK JALAL

Kerana lelaki hidupnya menjadi sengsara… Dan kerana lelaki juga dia mampu mengembalikan hubungan dengan keluarganya tetapi bersyarat. Mampukah dia menggapai kembali bahagianya?

*****
(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Bukan Dua Tapi Tiga? ~ Azimah Lily

Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya, Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.

“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time, ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.

“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak? Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.

“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” – NUR ALINA.

Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.

Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh jiwa.

Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.

Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?

*****
(SEM) RM31.00 - RM27.30
(S/S) RM34.00 - RM29.90

Bila Kuli Jadi Artis ~ Crystal Anabella

Mayurie Rosella, nama yang pelik, namun pemilik nama itu adalah gadis yang biasa-biasa saja. Yuri seorang gadis lepasan SPM, bekerja di Pizza Star dan berasal daripada keluarga serba kekurangan. Kelebihannya hanya satu, dia memiliki suara yang merdu bak buluh perindu. Kehadiran seorang pelanggan serba kacak yang lancang bersuara mengubah hidup Yuri.

“Tolong sangkutkan jaket tu dekat tempat yang sepatutnya. Saya takut jaket saya kotor.”

“Maaflah, encik, Pizza Star bukan restoran bertaraf lima bintang sampai ada tempat penyangkut jaket bagai. Sangkut saja di kerusi. Encik bukannya budak lima tahun sampai makan pun berselerak sana sini.”
Mulut Yuri tidak mampu duduk diam. Dia tidak menyangka pemuda itu adalah bakal majikan barunya!

“Yuri ni staf terbaik Pizza Star.” Itu kata majikan lamanya.
“Oh, staf terbaik. Baguslah kalau macam tu. Saya akan menilai sejauh mana baiknya awak sewaktu melayan kerenah pelanggan. Selamat bekerjasama, Yuri.” - Daniel Ervin.

Setiap hari jika tidak menyakat Yuri, hidup Ervin memang tidak tenang. Dia sanggup melakukan apa saja untuk menarik perhatian gadis itu dan memenangi hati Yuri!

“Bukan semua orang ada bakat macam awak. Untuk pertama kali, saya hulurkan tangan kepada seorang gadis yang suaranya lebih merdu berbanding suara saya. Awak sambut tangan saya dan saya janji akan bawa awak menuju kejayaan.” Ace muncul menawarkan sesuatu yang tidak terjangkau dek akal Yuri.
Antara cinta, karier dan dendam, mampukah Yuri penuhi semua kehendaknya? Sanggupkah dia meninggalkan segalanya demi cita-cita? Akankah dia membalas dendam terhadap semua manusia yang memijak maruahnya? Malah, tegarkah dia menyakiti Daniel Ervin, cinta pertamanya? Dan, apa pula erti seorang Ace dalam hidupnya?

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Bukan Suka-suka ~ Ellyne Alyana

Mereka pasangan yang tidak pernah dijangka dipertemu dalam sebuah pertemuan yang tidak diduga.

“Siapa kau?”
Itulah pertanyaan pertama yang Farhan Azriel ajukan kepada Mya Ayumi. Sangka Mya, itu mungkin adalah pertemuan pertama dan terakhirnya dengan lelaki berlagak bagus, ego bukan main, kening ulat gonggok dan dingin macam Farhan.

“Han nikahi dia!”
Dengan baris kata itu saja, Mya dan Farhan dibawa ke ambang perkahwinan yang penuh dengan keterpaksaan. Tetapi bagi Mya ia adalah tiket untuk bebaskan dirinya daripada ibu tirinya yang tidak berlaku adil terhadapnya. Mya bukan Cinderella dan dia tak pernah menginginkan kehidupan seperti itu. Kerana dia tidak ada Prince Charming yang mencintai!

Bagi Farhan perkahwinan itu adalah sebuah penganiayaan. Doktor muda sepertinya lebih layak mendapat perempuan yang jauh lebih baik daripada Mya. Tambah pula wanita tak setia dan bermuka-muka seperti Mya yang membeli seluruh jiwa keluarganya, tapi tidak dia. Farhan tak mungkin cinta kepada Mya! Muktamad. Titik.

Wajah kaku dan naif milik Mya, ketabahan diri seorang Mya menarik hati Kim, doktor khas Mya. Kim sentiasa ada di setiap episod duka Mya. Kim lebih banyak membujuk dan membahagiakan Mya banding suaminya sendiri. Tapi, sedikit sebanyak kehadiran Kim buat Farhan rasa tergugat. Lebih-lebih lagi setelah segala kekusutan antara dirinya dan Mya telah terlerai. Rasa untuk miliki dan lindungi Mya melebihi segala-galanya. Dia lupa pada pada rasa teraniaya, dia jatuh cinta dengan sungguh-sungguh. Kini, Farhan tekad untuk buktikan kepada Mya bahawa perasaannya kepada Mya bukan suka-suka.

“Watashi wa shinken ni anata o aishite bermaksud saya suka awak bukan suka-suka.”

*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Jibam Kahwin Janda Vogue ~ Adnil Zaff

Mohd Syahir Eddy aka Jibam, seorang lelaki kampung tidak punya paras rupa yang menawan. Fizikalnya lain daripada orang lain. Selekeh, tidak bergigi. Semua ciri-ciri itu dimiliki oleh Jibam. Dek kerana dia bertubuh besar seperti The Rock dan tidak berpelajaran tinggi, pekerjaan sebagai seorang buruh di tapak pembinaan sememangnya sesuai untuk dia. Tiada paras rupa, tidak bergaya dan tidak berjawatan tinggi membuatkan lelaki ini kurang dipandang wanita-wanita di sekelilingnya.

Katrina Emelda, seorang anak hartawan. Cantik dan berkedudukan sudah tentulah panduan yang sempurna untuk seorang wanita seperti dia. Namun, wanita vogue ini memiliki sejarah hidupnya sendiri. Dia adalah seorang janda setelah diceraikan dengan talak tiga oleh Ryan Abraham, bekas suaminya. Kecurangan Ryan memusnahkan rumah tangga yang terbina dalam masa tidak sampai setahun. Seterusnya dia diketemukan dengan seorang lelaki yang paling jujur bernama Jibam.

Dek kerana gila talak dan gila harta, Ryan terus memburu Katrina. Tujuannya tiada lain mahu Katrina bercina buta supaya mereka dapat bersama semula. Walaupun tidak ada hati lagi kepada bekas suaminya itu, tidak mudah untuk Katrina mengelak. Akhirnya terbina rancangan demi rancangan sehinggalah Katrina dan Jibam berkahwin. Namun ada syarat tertentu yang dikenakan Katrina buat Jibam sebelum dia diceraikan nanti.

“Kita ada perjanjian, kan? Jangan main-mainkan perasaan saya dan jangan sulitkan keadaan kita.” - Jibam.
Apakah perjanjian itu?
“Sebagai isteri, ada beberapa bahagian dalam diri you patut jadi milik I. Apa yang ada dalam hati you patut jadi hak I.” - Katrina

Antara Beauty and the Beast, juga antara si miskin dan si kaya, ditambah pula gangguan daripada bekas suami Katrina, adakah mungkin untuk mereka bersatu sehingga ke hujung nyawa? Sesuatu yang mustahil pada pandangan mata manusia, jika sudah itu yang ditentukan Allah pasti ada jalan buat mereka. Berpeganglah pada hakikat itu!

*****
(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Sunday, 14 December 2014

Kalau Sungguh Bagai Dikata ~ Rafina Mimi Abdullah

Dinn Dzakir, seorang lelaki kampung yang tampan dan bekerjaya. Merupakan ketua arkitek di tempat Hanim dan Lia bekerja. Baru sahaja sehari lelaki itu menjadi staf di pejabat mereka, kecoh mulut Hanim dan Lia memperkatakan tentang lelaki itu.

Secara diam-diam Dinn Dzakir benar-benar tertarik dengan Hanim. Baginya, gadis itu begitu telus dan jujur. Cantik pun cantik, manis pun ya...

“Saya tak nak orang lain. Saya cuma nak Hanim saja yang hantarkan minuman saya." - Dinn Dzakir
“Setahu saya dalam syarikat ni, tak ada undang-undang pun yang menyatakan Encik Dzakir harus terima layanan daripada saya sorang.” - Hanim

Kerana Aku Untukmu ~ Acik Lana

DARRIZ IMDAD... kepulangannya ke tanah air menemukannya dengan seorang wanita anggun, jelita dan cukup mempesona. Hati disentuh perasaan indah yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Perasaan indah bila jatuh cinta… buat kali pertama!

“Fakhry tu siapa Zenia? Abang you?” ~ Darriz Imdad
“No, Fakhry tu suami I.” ~ Zenia

Jiwa terhenyak pedih dengan sebuah kenyataan. Memang tidak ada manusia yang berdosa kerana jatuh cinta, tapi jatuh cinta kepada isteri orang, sudah tentu salah! Lalu perasaan cinta diusir walaupun terlalu sukar mahu menghapus bayangan Zenia daripada hidupnya. Tambahan pula kehadiran Aiman ibarat ‘tali’ yang terus mengikat mereka berdua.
ZENIA... Dua tahun perkahwinan tanpa cinta bersama Fakhry, benar-benar telah mendera jiwa Zenia. Zenia jelak dengan perangai kaki pukul dan sikap suka berfoya-foya Fakhry sehingga sanggup berzina di rumah sendiri. Akhirnya ikatan itu terlerai jua. Namun kehidupan Zenia masih tidak aman kerana Fakhry masih terus mengganggu.

Antologi Cerpen: 20 Jiwa 1 Destinasi ~ LNP Publication

20 jiwa 1 destinasi merupakan nukilan 20 penulis dengan 23 buah cerpen.

Bukan cerita cinta semata tapi tentang erti sebuah kehidupan, erti sebuah kekeluargaan dan erti sesuatu perhubungan. Cinta itu anugerah untuk dimiliki jangan dipersia atau dilepaskan ia pergi. Rasa yang datang itu suci, luka yang terhiris itu pedih tapi semua itu permulaan sebuah kehidupan dan kebahagiaan itu pasti ada walau datangnya dengan cara yang berbeza.

Mampukah segunung kasih melenyapkan sebuah kebencian yang bersarang
Mampukah selaut rindu memaafkan kesalahan yang menghiris
Mampukah bibir terus menipu kata hati yang merasa
Mampukah jiwa terusan ditikam kerana ego mengatasi segala…
Apalah cinta tanpa dugaan, seandainya bahagia bisa tercipta tanpa sempadan. Apalah hati yang retak seribu, seandainya penawarnya manis bak madu. Apalah perpisahan yang bersifat sementara, seandainya penyatuan mengiringi langkah ke syurga.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Friday, 5 December 2014

Suami Edisi Terhad ~ Marissa

Dia lelaki biasa-biasa saja, tapi apabila menjadi seorang suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa yang baik. Itulah Suami Edisi Terhad yang bernama HAZRUL EFFENDI.

“Sayang…”
“Emmm…”
“Kalau makan ikan, lepas tu jangan minum air tau.”
“Kenapa?”
“Takut ikan tu berenang dalam perut.”
Beginilah nasib seorang isteri bernama AZIAN YUHANIS yang sangat bahagia kerana memiliki seorang suami yang sangat istimewa. Kena buli selalu!

Namun rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda gelora? Pasti tak terlepas dari semua itu. Dugaan datang dari kanan dan kiri.

“Eh, mama tahu. Kamu yang hasut Hazrul, bukan? Kamu yang hasut Hazrul tinggalkan Menara Holding. Kamu takut Puteri Zahra akan rampas Hazrul, jadi kamu paksa Hazrul buat keputusan begitu. Mama baru tahu rancangan kamu. Tak sangka busuk betul hati kamu, Azian. Pentingkan diri sendiri. Sebab takut Hazrul tak pedulikan kamu, sanggup kamu buat rancangan jahat macam tu.”

Seorang ibu mentua yang sudah diracuni fikirannya bertindak mahu meruntuhkan mahligai anak sendiri. Yang tidak-tidak saja dilakukan demi mengikut arahan si batu api bernama Puteri Zahra.
Berjayakah rancangan kedua-duanya? Atau Hazrul Effendi akan kekal menjadi SUAMI EDISI TERHAD dalam menghadapi kemelut yang melanda?

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Memilihmu Kerana Dia ~ Myra Ameer

“Tolong jaga bonda dan Heritage.” - Ku Azran

Kerana satu amanat daripada arwah suaminya, Ku Azran, hidup Nur Sarah diserahkan sepenuhnya kepada Bonda Mariam dan Heritage. Namun kepulangan waris tunggal Heritage, Tengku Ammar Muiz, bekas adik iparnya dari pelarian dan secara tiba-tiba telah menyebabkan hidup Nur Sarah lintang-pukang.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila Bonda Mariam membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua. Ku Ammar menentang dan Nur Sarah menolak. Tetapi kerana satu kesilapan dan demi Heritage, Ku Ammar dan Nur Sarah terpaksa akur. Kata-kata kesat digunakan tanda Ku Ammar langsung tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

“Dengar sini Sarah, walaupun kau isteri aku tapi aku tak pernah terfikir nak sentuh kau sebab aku jijik! Jijik nak sentuh bekas adik kandung aku sendiri!” – Ku Ammar

Nur Sarah pula hanya mampu bersabar dan bersabar... Demi amanat, dia kena kuat! Namun, belum dia temui kebahagiaan yang dicari, timbul pula isu Ku Ammar ingin mengahwini teman wanitanya, Lisanani. Hati isteri mana yang tidak terluka? Dek tidak mahu membiarkan Ku Ammar hanyut dalam dunia cintanya, Nur Sarah rela dimadukan! Sudah bermadu, hidupnya semakin sengsara dek madunya yang ingin membalas dendam.

“Buat apa nak membazirkan air mata, Sarah? Kalau aku jadi kau, dah lama aku keluar dari rumah ni. Kau tak malu ke? Orang dah tak suka buat apa kau nak terhegeh-hegeh, kan? Atau kau suka dijadikan alat?” - Lisanani

“Enough, Lis. Aku tak perlukan nasihat kau. Selagi Ammar tak ceraikan aku, selagi tu aku tak akan keluar dari rumah ni. Selagi Ammar tak pecat aku dari Heritage, selagi itulah aku akan bekerja di situ!” – Nur Sarah

“Damn you, Sarah! Kau ingat aku akan diamkan, Sarah? Kau mimpilah dulu. Kita tengok siapa yang akan dihalau nanti!” – Lisanani

Kerana fitnah yang ditaburkan oleh madunya sendiri, Nur Sarah pendamkan saja perasaannya yang mula tumbuh buat sang suami. Dia reda andai Ku Ammar melepaskan dia. Tapi pelik kenapa Lisanani beria-ia hendak menghalau Nur Sarah? Siapa Lisanani yang sebenarnya dalam hidup Ku Ammar? Tiadakah cinta buat Nur Sarah daripada suaminya?

*****
(SEM) RM29.00 - RM25.50
(S/S) RM32.00 - RM28.20

Wednesday, 3 December 2014

Daripada Budu ke Cheese ~ Zaida Rahim

Bahasa Inggeris merupakan bahasa dunia. Memiliki kemahiran dalam bahasa ini adalah satu bonus! Peluang untuk meningkat lebih tinggi dalam bidang pendidikan dan profesional di luar negara bertunjang daripada kebolehan menguasai Bahasa Inggeris.

Malang sekali, sebilangan besar anak-anak Melayu masih lemah dalam menguasai bahasa ini. Malah terdapat juga mereka yang berada di institusi pengajian tinggi lemah untuk berinteraksi sama ada bercakap dan menulis dalam bahasa ini. Jika dikatakan tidak diberi peluang dan pendedahan, itu adalah mustahil. Tetapi di manakah silapnya?

Buku travelog motivasi, DARIPADA BUDU KE CHEESE adalah sebuah kisah benar perjalanan hidup seorang budak kampung yang berjaya mengatasi kelemahan ini. Dia bukan sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tetapi kekentalannya menjadi aspirasi bagi setiap pelajarnya.

Dengan gaya penulisan yang santai dan persembahan cerita yang menghiburkan, anda tidak akan berputus asa dan yakin untuk terus meningkat dalam kehidupan. Biar dicaci dan dimaki, teruskan berdiri sehingga anda akhirnya akan mampu berlari.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Gagal Tapi Sukses! ~ Mohd Rafi Jalaluddin

Gagal dalam pelajaran bukan bermakna anda gagal dalam kehidupan. Tanpa kelulusan yang tinggi pun anda tetap berpeluang menjadi ilmuwan, jutawan hatta hartawan sekali pun. Pokok pangkalnya semua bermula daripada diri sendiri.

Tokoh-tokoh besar seperti Bill Gates, Thomas Edison dan Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah contoh mereka yang berjaya tanpa segulung sijil. Malah, mereka mampu membuatkan pelajar-pelajar Gred A bekerja dengan mereka yang mempunyai kelulusan Gred C.

Apa formula mereka? Rahsianya ada di dalam buku ini. Apa yang perlu anda lakukan; tenang, baca dan praktikkan. Buku ini akan mengubah 360 darjah cara anda berfikir. Realitinya, gagal adalah perkara yang biasa dalam hidup orang berjaya.

Antara kandungan menarik:
Reset dan restart
Fight one more round
Nekad
Anda tidak seteruk yang anda fikirkan
Bila krisis timbul tonjolkan diri anda
Kesilapan itu guru yang baik
Berani berkata tidak! Tidak! Tidak!
Hapuskan Budaya Cepat Selesa
Kejutkan yang tidur
Cipta budaya mengesan masalah sebelum masalah membaham kita

*****
(SEM) RM

Suka-suka Rabu 3 Disember 2014

Assalammualaikum &Salam Sejahtera Semua.

Di sini kami senarai 5 naskhah buku yang diberikan DISKAUN 25% untuk promosi SUKA-SUKA RABU 3 Disember 2014. Harga ini untuk seluruh Malaysia & luar negara juga (sehari ni aje ya).

Tempahan dan belian bermula jam 9 pagi esok sehingga 9 malam (Rabu).
Jika ada berminat, boleh emel kami di belidiskaun@gmail.com atau inbox kami di FB Belidiskaun.
Caj pos akan kami maklumkan melalui setiap emel atau boleh aje klik logo Pos Laju / Skynet yang ada di sisi blog.

DISKAUN 25% untuk 3 Disember 2014.
1. Dari Mata Turun Ke Hati: RM22 > RM16.50
2. Biografi Inspirasi: Prof Dr. Muhaya: RM80 > RM60
3. Janji PadaNya: RM33 > RM24.80
4. Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah: RM24.50 > RM18.40
5. Dasyatnya Cabaran di Pejabat: RM22 > RM16.50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...