Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 29 June 2015

Janda 916 ~ Raihan Zaffya

Melah tak sangka dalam usia yang masih muda, dia sudah bergelar janda. Bukan dia yang meminta, tapi Arief yang tersilap kira. Sudahnya, Arief sesal sendiri.

Susahnya nak mengurus hati. Dalam ramai pemuda yang memikat Melah, Jelan juga bertahta di hati. Anak muda setengah tiang itu membuat tidurnya jadi tak lena. Jelan selalu membuatnya rasa tak tentu hala.

Mana mungkin Pak Sood membiarkan Melah memilih Jelan. Sudah tentu dia lebih layak memiliki janda berhias itu. Pak Sood akan tentang siapa saja yang cuba mendekati Melah. Termasuklah Ejul, seorang guru muda di kampung itu.

Mana boleh jadi! Melah tak suka dirinya menjadi buah mulut orang. Dia mula merancang sesuatu untuk menguji kebijaksanaan orang-orang yang mahu menjadikannya isteri.

Melah mahu memilih orang yang otaknya bergeliga dan bukannya bersifat munafik!
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Thursday 25 June 2015

Satu Rasa Dua Hati ~ Pahrol Mohd Juoi

Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada penyelesaiannya. Buku ini menyediakan jawapan untuk persoalan seharian rumah tangga. Ia adalah catatan bicara rasa penulis berkaitan dengan hubungan suami isteri dan kerukunan sebuah rumah tangga. Bagi yang bakal dan telah berkahwin, buku ini memberikan panduan menyemarakkan lagi cinta dalam perkahwinan. Bagi yang bermasalah buku ini menunjuk jalan untuk membetulkan hala tuju rumah tangga.
*****
(SEM) RM22.50 - RM19.80
(S/S) RM24.50 - RM21.60

Dari Denai Kampung ke Pentas Dakwah ~ Ustaz Kazim Elias

“Untuk Kome-kome Aje.”

Sehina manapun kisah silam seseorang, apabila dia bertaubat, dia ibarat bayi baru lahir yang tiada dosa.(Ustaz Kazim Elias)

Buku ini merupakan travelog kehidupan Ustaz Kazim Elias sedari kecil hingga beliau menjadi seorang yang dikenali hari ini. Pengalaman sepanjang tempoh membesar di kampung kelahiran beliau di Batu Kurau dan kemudian di Felda Besout, dikongsi secara eksklusif dengan gaya bahasa yang cukup bersahaja. Kisah-kisah mencuit hati mengenai kenakalan beliau semasa kecil dan awal remaja turut dimuatkan.

Pembaca akan mengenali kehidupan Ustaz Kazim di kampung yang banyak mencorak sifat kepimpinan dan nalurinya sebagai pendakwah pada masa kini. Melalui buku ini juga, pembaca dibawa menyusuri kembara dakwah Ustaz Kazim yang menginsafkan, menghibur, menggelikan hati, dan tidak kurang juga yang menyayat hati malah meremangkan bulu roma!
*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Cuit-cuit Ustaz Kazim ~ Ustaz Kazim Elias

Madah atau kata-kata hikmah adakalanya memberi kesan yang sangat mendalam buat jiwa. Kata-kata yang ringkas dan bersahaja mudah untuk mengetuk hati yang bergolak. Jiwa yang kelaru boleh kembali terpimpin.

Andai kata-kata ini diulang-ulang nescaya hati yang keras pasti tercuit akhirnya. Maksud tersirat disebalik kata-kata itu juga boleh mendorong manusia untuk berfikir dan merenung jauh, lalu membuat perubahan.
*****
(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Kupilih Untuk Setia ~ Ameera Ameer

“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku Syakila
Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga, pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu cerewetnya mengalahkan perempuan!

"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak. Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku Ariff
Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat dikesan.
Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’ yang sering Dania pertikaikan?
"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku. Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama. Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff
Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu diterima. Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata?
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Suami Gay Isteri Mak Nyah: Nafsu Songsang Terlaknat ~ Mohd Khairul Anwar Ismail

Buku ini mengisahkan tentang LGBT, iaitu kumpulan hak asasi manusia yang memperjuangkan kebebasan gender dan seksualiti dan membongkar agenda-agenda mereka, bahaya dan implikasi tuntutan mereka, dan cara penyelesaian konflik menurut perspektif Islam dan perundangan.
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

Tuesday 23 June 2015

Promosi Suka-suka Rabu 24/6/15

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Selamat Menyambut Ramadhan juga

Kali ini kami senarai 5 naskhah buku yang diberikan DISKAUN 25% untuk promosi SUKA-SUKA RABU 24 JUN 2015. Harga ini untuk seluruh Malaysia & luar negara juga (sehari ni aje).

Tempahan dan belian bermula jam 12 tengahari 23/6/15 (Selasa) sehingga 11 malam 24/6/15 (Rabu).
Jika ada berminat, boleh emel kami di belidiskaun@gmail.com atau inbox kami di FB Belidiskaun.
Caj pos akan kami maklumkan melalui setiap emel atau boleh aje klik logo Pos Laju / Skynet yang ada di sisi blog.

DISKAUN 25% untuk 24 JUN 2015.
1. Abang Bomba, I Love You: RM27.00 > RM20.30
2. Kisah-kisah Lemah Yang Sewajarnya Dilihat Semula oleh Para Penceramah: RM40.00 > RM30
3. Hadiah Buat Suami: RM28.00 > RM21.00
4. Suamiku Workaholic: RM30.00 > RM22.50
5. Tanyalah Diri: RM20.00 > RM15.00

Tuesday 16 June 2015

Dracula: Bermulanya Sebuah Legenda ~ Al-Ghazali

Novel ini mengisahkan hidup Vlad III Dracula, pemerintah Wallachia sejak dari kecil sampai beliau dewasa. Kisah bagaimana dia menjadi tahanan politik di istana Empayar Turki, dan kemudiannya dengan dendam membara, dia menjadi seorang yang kejam, terutamanya kepada orang Turki. Dia hauskan darah, dan kekejaman itu menjadikan inspirasi kepada kisah-kisah budaya popular Dracula. 
*****
(SEM) RM23.00 > RM20.20
(S/S) RM26.00 > RM22.90

Di Bawah Lindungan Ka'bah ~ HAMKA

Inilah sebuah kisah cinta yang tidak terucap oleh lidah. Masing-masing menyimpan dalam hati kerana takut pada halangan darjat. Pada akhirnya, apa yang dipendam menjadi bisa dan akhirnya, hanya di bawah lindungan Ka'bah, bisa cinta itu berakhir.
*****
(SEM) RM12.00 > RM10.60
(S/S) RM13.00 > RM11.40

Wednesday 3 June 2015

Travelog Mr. Traveller ~ Meor Farid Asyradi

Travelog MR.Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10, 000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

Segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi. Pelbagai kisah suka dan duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami dengan kisah-kisah throwback ketika mengembara di negara-negara lain.

Namun adakah perjalanan yang dilaluinya semudah seperti yang direncana dan bagaimana?

Ayuh, Ikuti dan rasai sendiri pengalaman yang ingin dikongsi. Pembaca akan dibawa masuk ke dalam dunia penceritaan menembusi benua dan dimensi pengembaraan.
Realiti bukan mimpi atau fantasi.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Monday 1 June 2015

Fajar Di Bukhara ~ Marini Mat Zain

“Humairah, saya tak nak awak salah sangka. Maaf cakap, awak tak sepatutnya percaya kemesraan kita petanda saya sukakan awak. Awak pun tak patut sukakan saya. Saya mintak tolong jangan jatuh hati dengan saya.”

Malu. Humairah rasa malu bila tak semena-mena Fahim meminta dia sebegitu. Humairah sedar siapa dirinya, meskipun kaya dan berharta, dia tidak layak berdampingan dengan lelaki muda seperti Fahim. Seharusnya Humairah sedar akan hal itu sebelum memulakan perkenalan. Kalau tak disebabkan Husna dan Jasmine yang mendedahkan rahsia hatinya itu, pasti Fahim takkan menghina sekaligus pergi daripada hidupnya. Mungkin ini takdir Humairah buat selama-lamanya, iaitu hidup sendirian tanpa kasih sayang daripada lelaki bernama suami.

“Saya tak akan berganjak. Saya akan sentiasa berada di sini dan menghantui hidup awak.”
“Saya tidak mampu merampas hak orang.”

Fahim sedar yang dia tak boleh hidup tanpa wanita itu. Meskipun dia memilih untuk menetapi syarat yang ditetapkan oleh emaknya, namun hatinya masih berada di sana. Masih ada sesuatu yang tertinggal di Bukhara. Mengingatkan dia, bak mengingatkan detik-detik bersama ketika melihat fajar menyingsing, memetik gitar sambil menyanyi dan kafe kegemaran yang menjadi saksi pertemuan. Masih ada peluangkah untuk Fahim kembali ke sana, menyedari tentang perasaan sebenarnya?

“Citra sedih. Citra tunggu sangat saat abang cakap abang cintakan Citra. Tapi Citra tak dapat cinta abang. Padahal Citra dah lama sayangkan abang... cintakan abang.”
“Abang minta maaf dengan Citra. Kalaulah abang boleh cakap benda yang sama. Tapi abang tak mampu.”

Akhirnya Citra tahu kebenaran yang selama ini sangat takut untuk diketahuinya. Mampukah Citra melepaskan suami yang dicintainya setelah mengetahui hakikat itu? Walaupun Citra yakin ada insan lain yang bertakhta dalam hati lelaki itu, namun Citra nekad untuk mempertahankan cintanya. Biarlah apa pun keputusan lelaki itu, Citra yakin suatu hari nanti pasti hati akan terbuka setelah melihat keikhlasannya. Namun… mampukah Citra meredakan permintaan suaminya yang satu itu?

“Impian saya hanya satu aje. Saya ingin menjadi isteri dan ibu. Sabda Rasulullah, isteri mana saja yang meninggal dalam keadaan suaminya reda kepadanya nescaya dia akan masuk syurga. Bantulah saya. Lengkapi hidup saya sebagai wanita. Saya impikan menjadi ibu dan mentaati awak sebagai suami.”
*****
(SEM) RM30.00 > RM26.40
(S/S) RM33.00 > RM29.00