ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 30 July 2015

UK Aku Mai ~ Shahkang

Puji-pujian untuk Manchester, Aku Mai.

“Oleh sebab Shahkang biasa menulis karya kreatif, khususnya cerpen dan novel, beliau boleh bercerita dengan baik. Antara kelebihan Shahkang ialah bermain cerita / kata-kata dengan sinis tetapi tidak mencederakan perasaan orang lain. Kelebihan ini turut dibawa ke tahap cerpen-cerpen satira yang pernah Shahkang hasilkan.” - Nisah Haron, penulis.

“Buku ini bercerita tentang pengalaman orang Malaysia di Manchester dari sudut-sudut trivia yang jarang didendang. Ditulis dengan santai dan kasual tetapi menggarap makna yang begitu deep dan thought-provoking. Saya suka!” - Dr. Rem Dambul, penulis.

“Terasa sangat dekat dengan semua situasi yang diceritakan dalam buku ini kerana 2 faktor; mengenali shahkang secara peribadi dan pernah tinggal di Manchester. Namun paling menarik adalah pembaca dapat melihat situasi-situasi ini dari perspektif seorang shahkang. Sungguh, banyak pengalaman menarik yang telah direkodkan didalam buku ini. Bacaan ringan yang amat menarik.” - Ahmad Hakym bin Ahmad Hilmy, pengasas KL Sketchnation. 
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

The Life of 25 Prophets ~ PTS Junior

Stories of prophets began with Prophet Adam a.s, the first mankind that Allah s.w.t. created, until Prophet Muhammad s.a.w., the last messenger of Allah s.w.t.

As Muslim who believe in the Pillars of Faith, beliefs towards the prophets is a must. How can we emulate from them if we don't even know them?

Insya Allah, this book helps us to know our 25 prophets closer, and learn about their history. Also, this book is full with colorful illustrations. This can be an exciting learning experience for us! Hopefully, their history and great attitudes can be good examples for us. 
*****
(SEM) RM29.90 > RM26.30
(S/S) RM32.90 > RM29.00

The Best Student of the Day ~ Dr. Nik Salida, Bahruddin Bekri

Manuskrip ini menghimpunkan kisah-kisah inspirasi daripada sisi seorang ibu, berkaitan isu didikan dan pendidikan.

Dr. Nik Salida yang mempunyai pengalaman menghantar anak-anak bagi mendapatkan pendidikan awal di United Kingdom, berkongsi rahsia, tip, dan info-info menarik daripada sistem pendidikan di sana.

Menariknya, sistem pendidikan di sana mirip dengan sistem yang diterapkan dalam kitab-kitab agama Islam yang lama. Turut dikongsikan di sini bagaimana kanak-kanak seawal usia 4 tahun sudah ke sekolah biasa dengan diajar berkenaan 2 perkara sahaja selama setahun. Bagaimana emosi anak-anak dan ibu bapa dapat membentuk sesuatu yang positif pada keluarga.
*****
(SEM) RM13.00 > RM11.40
(S/S) RM15.00 > RM13.20

Wednesday, 29 July 2015

Isteri Dalam Sangkar ~ Wardina Aisyah

AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.

TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga.

“Hoi perempuan kampung! Kau dengar sini baik-baik. Jangan ingat kau dah sah jadi isteri aku, aku akan layan kau sama seperti isteri-isteri lain di luar sana. Kau tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Kalau bukan sebab aku nak jaga maruah aku dan keluarga aku, jangan harap aku nak kahwin dengan kau. Perempuan macam kau bukan taste aku la!!!” - Tengku Iskandar.

Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.

Friday, 24 July 2015

Gincu Merah Jambu ~ Aima Chan

Takdir mempertemukan Laila dengan Tengku Faizal. Sebenarnya, Tengku Faizal telah lama jatuh cinta dengan Laila. Sejak pertama kali dia melihat comot gincu merah jambu di bibir Laila sewaktu mereka mula-mula berjumpa.

“Saya betul-betul nak kahwin dengan awak, Laila. Saya tak paksa awak setuju dengan permintaan saya ni sebab saya tahu, semuanya berlaku secara mendadak. Tapi saya betul-betul ikhlas.”

Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk dilamar oleh pemuda itu. Sangkanya, apa yang pemuda itu katakan tadi hanyalah satu helah untuk menyelamatkan dirinya ketika itu. Sesungguhnya Laila belum bersedia ke arah yang lebih serius. Lagipun dia langsung tiada perasaan terhadap pemuda itu.

“Isyyy... apa awak ni?”
“Merajuk ya? Saja nak kenakan awak. Nak tengok muka merajuk awak yang comel dengan hidung merah tu.”

Saat Adra baru ingin mengecapi kebahagiaan, kenangan lama muncul kembali dalam hidupnya. Dua tahun Adra berusaha melupakan kisah percintaannya bersama Syed Amran. Kisah percintaan yang sangat menyakitkan bagi Adra.

Wednesday, 22 July 2015

Unlimited Power (Edisi Bahasa Melayu) ~ Anthony Robbins

Unlimited Power adalah berkenaan bagaimana menggunakan dan mengendali anugerah Tuhan yang paling berharga, iaitu minda kita bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup. Anthony Robbins dengan ikhlas hati sudi berkongsi pelbagai teknik kawalan minda yang dapat membawa perubahan kepada diri kita dan juga orang lain di sekeliling kita. Setiap penyakit ada ubatnya, begitu juga setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Encik Robbins berkongsi pelbagai kaedah bagi menangani masalah pembelajaran, masalah perniagaan, masalah di tempat kerja, dan ketagihan rokok. Terdapat juga cara bagi menghadapi ketakutan, fobia, mengawal perasaan marah, masalah dalam perhubungan, masalah kesihatan, kegemukan, pemakanan, masalah motivasi, dan pelbagai lagi.

Buku ini perlu dibaca dan dihadamkan secara perlahan-lahan. Pembaca disaran mencuba sendiri kaedah dan teknik yang diajar secara berulang kali. Dengan cara ini, pembaca dapat menguasai dan menikmati kesan dan manfaatnya. Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat, guru, kaunselor, majikan, konsultan bisnes, pengurus, pentadbir awam, ahli politik, pengurus sumber manusia, dan ahli perniagaan. Di samping itu, ia sesuai intuk jurulatih motivasi dan sukan, ibu bapa, pelajar universiti, pekerja, serta sesiapa sahaja yang berminat mahu memperbaiki diri sendiri dan orang-orang di sekeliling mereka.
*****
(SEM) RM33.00 > RM29.00
(S/S) RM36.00 > RM31.70

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w. ~ Zulkarnain Dollah

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati kepadanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya, menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup dalam kalangan umat.

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda.
*****
(SEM) RM5.00 > RM4.40
(S/S) RM6.00 > RM5.30

Merantau ke Deli ~ HAMKA

Untuk novel ini, Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.

Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.

Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?
*****
(SEM) RM15.00 > RM13.20
(S/S) RM17.00 > RM15.00

Friday, 10 July 2015

VVIP Di Hatiku ~ Fatin Hassan

Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya.

“Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia
“Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman
“Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia
“Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman

Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal.

“Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal

Cinta Tak Terungkap ~ Puteri Nor

SOFIE HANY, seorang gadis yang cekal dan mempunyai matlamat hidup yang tinggi. Namun ahli biologi muda itu patah hati apabila jodohnya cuba diatur oleh keluarga tanpa mempedulikan hati dan perasaannya hanya kerana harta. Akhirnya, dia membawa diri ke England dengan hati yang terluka. Di Southampton, Sofie yang bersifat ‘ladylike’ bertemu dengan dua orang jurutera yang berkawan baik. EMRY, si jejaka Singapura yang gentleman dan AJMAL, askar simpanan pakar yang digelarnya sebagai lelaki barbarian. Namun dalam diam, Emry menyimpan perasaan cinta terhadap Sofie. Seluruh jiwa dan raganya telah diabdikan hanya untuk Sofie. 

“Awak anugerah daripada Dia. You... are my fairytale.” – EMRY

Ajmal turut menaruh hati terhadap Sofie tetapi dia terlalu ego untuk mengakui. Hati mula terpikat tetapi mulut tetap berbisa menidakkan perasaan itu. 

“Awak melanun dalam hati saya. Awak ambush perasaan saya, kemudian bermaharajalela dalam minda saya.” – AJMAL 

Dalam usaha untuk melupakan IQBAL, si childhood sweetheart, Sofie membekukan hati. Sayangnya tindakan itu menyebabkan dia kebal kepada perasaan cinta yang mula bersemi. Dan kemunculan semula Iqbal meletakkan Sofie dalam dilema. 

“Kenangan lama menghantui saya. Semuanya terus-terusan menyeksa saya. Tolonglah, Sofie... I’m truly and genuinely in love with you. Always...” – IQBAL 

Ketenangan Sofie sentiasa diduga. Iri dan hasad menukar ketenangan kepada kesengsaraan. Fitnah melanda menyebabkan Sofie dinikahkan secara paksa. Tegarkah Sofie meneruskan pernikahan tanpa cinta setelah menyedari siapa pemilik sebenar hatinya? Dapatkah Sofie memaafkan insan yang berbuat khilaf dan menerima si dia yang menerima akad? 
“Hasbiallah wa nikmal wakil... Cukuplah Allah bagiku dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.”
*****
(SEM) RM35.00 > RM30.80
(S/S) RM38.00 > RM33.40

Assalammualaikum Hawa ~ Qistina Alya

SYIFA pernah tersungkur kerana butanya dia dalam menilai erti kata cinta. Dia terhanyut jauh sehinggakan terasa goyah kakinya untuk terus bertapak saat diri sendiri memutuskan untuk berhenti mencintai. Disebabkan satu kesilapan, Syifa menuntut perpisahan. 

“Bagi saya ruang untuk cari diri saya semula. Diri yang tenggelam dalam cinta ‘berbayar’ awak…” – Syifa. 

QAYYUM pula hidup bersama penyesalan yang tidak pernah surut. Merata dia mencari Syifa, tapi bayang si empunya tubuh tidak pernah memunculkan diri. Ya, dia pernah tersilap langkah. Andai dihimpun seberapa banyak tangis yang gugur, tetap hatinya terasa daki dosa itu masih terkumpul. 

“Baliklah, Qay. Awak nak apa cari saya sampai ke sini?” – Syifa. 
“Saya nak awak... Saya serius, Syifa!” – Qayyum. 
“Boleh jalanlah dengan serius awak tu, Qay. Awak sedar tak apa awak cakap ni? Awak sedar tak yang awak tak layak nak minta dekat saya macam tu?” – Syifa. 
“Awak dah tak cintakan saya?” – Qayyum. 

HARFI juga pernah merasai betapa remuknya hati saat menyedari sayangnya tidak pernah berbalas. Bertahun hatinya tertutup rapat sehinggakan takdir menemukan dia dan Syifa. Namun, Syifa tetap begitu. Masih keras untuk membuka pintu hati kerana kisah silam masih segar dalam ingatan. 

“Sudi tak Cikgu Syifa jadi isteri saya?” – Harfi. 
“Separuh hati saya ada pada awak, Harfi. Tapi saya tak tahu ke mana hilangnya separuh lagi.” – Syifa. 

Tanpa disangka, hadir sepucuk surat yang menggetarkan hati seorang Syifa. Assalamualaikum Hawa... Berjayakah Qayyum? Masih adakah peluang untuk Harfi memenangi hati Syifa? Dan siapa pula yang mencoretkan risalah Assalamualaikum Hawa yang membuka pintu hati Syifa untuk kembali menerima kasih sesama manusia?
*****
(SEM) RM22.00 > RM19.40
(S/S) RM25.00 > RM22.00

Tuesday, 7 July 2015

Si Pemandu Hati ~ Nazira Ilias

Apabila Najihah yang suka berterus-terang berkata-kata…
“Handsome? Handsome tu… tak perlu sekacak James Franco, cuma cukup ada satu rasa yang indah apabila kita pandang wajahnya. Wajah yang boleh buat aku tersenyum sampai ke hati.”

Apabila Farid, Si Mat Bunga menyusun kata-kata…
“Berapa umur you? Kalau tak keberatan… minta nombor telefon boleh?”

Dan apabila Najmi yang banyak keraguan terpaksa berkata-kata…
“Helo... yup! Hmmmm…” diam kejap. “Ermm… oh, okey!” Diam lagi. “Err... er… a’ah.”

Di antara Najihah, Farid dan Najmi, mereka melalui episod cerita yang sama iaitu jatuh cinta pandang pertama. Namun, hanya ada satu nama yang melekat di hati Najihah.

Tetapi, tak semua cerita cinta Najihah itu berjalan dengan indah apabila ada sesuatu yang tersirat mengenai pilihan hatinya telah dibongkar dalam satu majlis. Adakah hati Najihah akan berubah arah? Orang kata cinta pertama sukar untuk dilupakan. Tapi, tak mustahil. Jadi, biar Najihah yang bercerita tentang hatinya.
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Love Letter ~ Minzhee

“Saya tak layak nak kawan dengan awak ke?”
“No... Saya yang tak layak berkawan dengan awak!”
“But why?”

Tak ada siapa yang tahu kenapa Nelissa takut untuk menerima cinta. Semenjak surat cinta itu tidak dapat disampaikan kepada empunyanya disebabkan peristiwa hitam itu, Nelissa percaya yang lelaki semuanya sama saja. Lelaki takkan memandang dirinya kerana cinta, tapi sekadar ingin mempermain-mainkan perasaannya. Baginya, dia tidak layak untuk sesiapa.

Bertemu dengan Hadif, menambahkan luka yang pernah bersarang dalam hatinya. Namun tak dapat Nelissa nafikan, ada cinta buat si dia. Adakah Hadif sudah berpunya? Jika sudah berpunya, kenapa perlu hadir dalam hidupnya? Adakah takdir juga sedang mempermain-mainkan dirinya?

Sibuk ke? I miss y...

Dek SMS yang tak sengaja dihantar kepada Hadif, Nelissa malu sendiri. Pasti Hadif fikir dia juga sukakan lelaki itu, cuma sengaja jual mahal. Oh My God… Malunya!!!!!

“Ermmm... Saya nak hantar dekat Hariz tapi tersalah send dekat Hadif pula....”
“Lis... It’s not funny at all, seriously I don’t like it!
“Fine! Mesej tu saya memang nak hantar dekat awak sebenarnya! Saya nak padam tapi tertekan Send. Puas hati?”
“Haha... I knew it! Lain kali kalau mengaku aje terus, kan senang...”

Dengar saja jawapan naif daripada Nelissa, Hadif kini sudah pasti. Sebenarnya, ada rasa yang sama dalam diri Nelissa. Tapi kenapa gadis itu enggan berterus terang malah mengelak daripadanya meskipun sedaya upaya dia cuba mendekati? Hari ni, saya beranikan juga diri saya untuk bagi surat ini untuk awak. Saya tak nak jadi hipokrit, saya suka awak. Itu hakikat.
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Saturday, 4 July 2015

Benci ke Sayang? ~ Nurina Feeza

Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jamyang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah!

Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. Plan A? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal! Aduh, nak buat macam mana ni? Encik tunangnya itu langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi.

“Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!”

Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan Erena cemburu! Eh, aku dah terjatuh cinta ke? Bermacam-macam perkara dilakukan untuk menarik hati Qasyiful, tetapi encik tunangnya itu buat-buat tak nampak. Lagi parah, Natasya sentiasa mencari jalan untuk mengganggu-gugat hubungan mereka.
*****
(SEM) RM22.00 > RM19.40
(S/S) RM25.00 > RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...