Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Wardina Aisyah. Show all posts
Showing posts with label Wardina Aisyah. Show all posts

Thursday, 18 April 2019

Kerana Aku Memilihmu ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Hubungan Johan dan Ayana bergolak saat orang ketiga hadir dalam rumah tangga mereka. Ayana tidak rela hidup bermadu. Namun Johan, tetap dengan pendiriannya untuk berpoligami.

“Fakta mengatakan bahawa orang lelaki mula gatal bila umur dah masuk 40 tahun.” – Zayn.
“Tapi Johan belum 40 tahun dah gatal nak kahwin lagi!” – Ayana.
Hanya Zayn teman yang dia ada. Pada Zayn dia mengadu cerita, sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Johan.
“Abang tak nak sayang jumpa Zayn lagi!” – Johan.
“Kalau pun Aya keluar dengan Zayn, kami jumpa sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. Bukan macam abang dengan Marsha. Sibuk berkasih sayang!” – Ayana.
Marsha kian mendesak, mahu Johan segera menikahinya. Dia rela menjadi isteri kedua. Asalkan dapat sehidup semati bersama lelaki yang dicintai.

Friday, 25 May 2018

Perempuan Tepi Jalan ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Dia tidak mahu berpaling lagi. Walaupun dia terpaksa berdepan dengan pelbagai kemungkinan, dia nekad. Dia harus pergi dari dunia itu. Cukuplah selama ini dia menjadi hamba nafsu lelaki bernama Datuk Rizlan. Dia tidak mahu terus hidup bergelumang dosa seorang penzina.

Saat kaki berlari pergi, nyawanya hampir melayang. Di sinilah dia dipertemukan dengan seseorang yang telah menyelamatkannya. Membawa dia ke dunia baharu. Dunia yang akhirnya memerangkap seorang Maya Adriana untuk terus duduk di dalamnya.

“Marry me.” – Ferdaus

Maya terperangkap. Kisah silam yang masih memburu membuatkan dia keliru dengan kehendak hati. Dia kotor. Dia hina. Dia sudah lama hilang maruah diri. Layakkah dia untuk menerima lamaran itu? Akhirnya, dia ada jawapannya.

“Saya terima lamaran Encik Ferdaus. Tapi dengan syarat. Perkahwinan kita hanya pada nama. Tak lebih daripada itu. Saya nak Encik Ferdaus janji akan penuhi syarat-syarat saya.” – Maya Adriana.

Friday, 29 December 2017

Superhero Hati ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Akasyah Alimin, dia duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar, perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu-satunya permata hati peninggalan arwah Zahida.

“Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janji. Abah kata nak datang awal… tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama… tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah.” - Adam

Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti.

Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu.

Thursday, 9 November 2017

Supergirl ~ Wardina Aisyah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

AINA MEDINA, dia bukan seperti anak-anak gadis sebayanya. Dalam usia 21 tahun, dia terlalu sibuk bekerja siang malam demi mencari duit menyara kehidupan. Tak kira penat atau sakit, dia tetap kuat demi orang-orang tersayang. Lagaknya tak ubah seperti seorang ‘Supergirl’.

LUTH ZULKARNAIN, lelaki yang punya segala-galanya. Rupa, harta dan pangkat. Namun ada satu yang lelaki ini tidak miliki. Cinta! Ya, lelaki setampan Luth tidak terisi hatinya dengan cinta setelah kecewa dengan percintaan lalunya. Baginya semua perempuan itu punya sifat yang sama. Mata duitan!

Satu insiden, menembungkan dua insan dari dua dunia berbeza.

“Be my wife.” – Luth Zulkarnain

Tawaran itu Aina rasakan sesuatu yang tak masuk dek akal. Mustahil dia menerimanya. Memang dia orang susah. Perlukan wang demi menyara keluarga. Namun dia bukanlah perempuan murahan yang menjual maruah. Dia tidak kemaruk menerima tawaran kerja paling gila pernah didengarnya itu. Merepek! Mengarut! Merapu meraban!

Friday, 6 October 2017

Suami Tuan Puteri ~ Wardina Aisyah

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

“Bonda… I present to you, Ihraz Zahin, my boyfriend..”

Ya Allah, aku? Ihraz Zahin terkaku saat mendengar ayat itu dari bibir si tuan puteri. Mata membulat. Darah sudah lama terhenti saat ayat tadi ternoktah. Wajah Eshal Rania dipandang tak berkelip. Tak guna punya tuan puteri. Siapa boyfriend kau?

“Awak dah gila ke? Saya tak nak kahwin dengan awak!” –Ihraz Zahin
“Excuse me?! You ingat I ni kemaruk sangat ke nak kahwin dengan lelaki macam you? Hu… Please!”-Eshal Rania

Kerana terlajak kata, Eshal Rania sudah tidak boleh menoleh lagi. Membohongi bonda hanya kerana tidak menyenangi Syed Ameer XXX. Akhirnya, dengan restu ayahhandanya, tuan puteri sah menjadi isteri kepada pemandu keluarganya. Ihraz Zahin dengan rasminya menjadi pemilik hati Eshal Rania.

Tuan Puteri vs driver?

Sejak dari itu, bermulalah kisah dongeng Eshal Rania. Kononnya mampu mengekalkan ego sang puteri. Dia diva! Dia mementingkan segalanya. Malah, hanya orang yang setaraf sahaja boleh mendampinginya.

Wednesday, 2 March 2016

Isteri Dalam Sangkar 2 ~ Wardina Aisyah

Biarpun perkahwinan yang telah dibina selama lima tahun ini sunyi tanpa suara tangisan bayi, namun itu tak mampu mengugat rasa cinta Tengku Iskandar kepada Aisyah. Baginya, Aisyah segala-galanya. Sumber kekuatan dan tulang belakang yang sentiasa menyokongnya. Suka duka dikongsi bersama. Mereka bahagia walaupun hanya berdua.

“Cuma Aisyah cinta hati abang. Datanglah walau seribu jelitawan, hati abang tetap milik Aisyah seorang.” – Tengku Iskandar

Kehadiran Fasha di kondo milik Tengku Iskandar dan Aisyah merubah segala-galanya. Fasha yang cantik, seksi dan menggoda. Aksinya yang manja menggetarkan jiwa lelaki Tengku Iskandar. Akhirnya, dia terkulai layu dalam dakapan gadis berkulit hitam manis itu. Segala janji dan sumpah setianya kepada Aisyah sudah tidak bermakna.

“Daripada abang buat Aisyah macam ni, lebih baik abang lepaskan Aisyah. Biarlah Aisyah cari jalan hidup Aisyah sendiri.” – Aisyah

“Jangan harap! Aku takkan lepaskan kau. Kau milik aku sampai bila-bila.” – Tengku Iskandar.

Wednesday, 29 July 2015

Isteri Dalam Sangkar ~ Wardina Aisyah

AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba.

TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga.

“Hoi perempuan kampung! Kau dengar sini baik-baik. Jangan ingat kau dah sah jadi isteri aku, aku akan layan kau sama seperti isteri-isteri lain di luar sana. Kau tak ubah seperti melukut di tepi gantang. Kalau bukan sebab aku nak jaga maruah aku dan keluarga aku, jangan harap aku nak kahwin dengan kau. Perempuan macam kau bukan taste aku la!!!” - Tengku Iskandar.

Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan.