Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 21 September 2015

Kisah-kisah Daripada Al-Quran & Hadis: Muharam, Safar, Rabiul Awal ~ PTS Junior

Kisah-Kisah daripada Al-Quran dan Hadis menghimpunkan pelbagai kisah tentang perjalanan hidup Nabi dan sahabat, kisah-kisah perang yang berlaku serta kepahlawanan Nabi dan sahabat dalam menyebarkan agama Islam.

Buku ini berkonsepkan Bedtime Stories, Satu Hari Satu Cerita mengikut kalendar Islam. Sangat santai untuk dijadikan aktiviti bersama Si Cilik sebelum tidur. Ia juga dapat menjadikan mesej yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan hadis dekat dengan kehidupan para pembaca.

Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna warni serta info-info tambahan yang boleh dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.

ANTARA KANDUNGAN:
BULAN MUHARAM
01. Adam a.s. manusia pertama dan tentangan iblis
02. Hawa teman Adam a.s.
03. Adam a.s. dan Hawa diusir dari Syurga
04. Hawa melahirkan zuriat
05. Perkahwinan anak Nabi Adam a.s.
06. Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia
07. Pengebumian pertama
08. Kelahiran Syith a.s.
09. Kewafatan Nabi Adam a.s.
10. Nabi Idris a.s.
*****
(SEM & S/S) RM15.90 > RM14.00

Friday 11 September 2015

Biografi Agung Rasulullah s.a.w (Edisi Jimat) ~ Rusydi Ramli Al-Jauhari

Kenali dan Cintai Rasulullah. Sebagai umat Islam, menjadi kekesalan yang besar apabila kita jahil akan sirah dan perjuangan Rasulullah SAW, kerana Baginda yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT memilih Baginda sebagai kekasihNya. Maka sebaik-baiknya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai kekasih agung melebihi segala-galanya.

Moga ilmu yang diperoleh melalui buku ini menjadi bukti kitalah umat Nabi Muhammad SAW yang mahu mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.

"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." Surah al-Ahzab ayat 56.
*****
(SEM & S/S) RM38.00 > RM33.40

Tuesday 8 September 2015

Tarbiah Sentap ~ Adnin Roslan

"Buku paling sentap di dunia! Gugur jantung sebab banyak kali kena headshot!"

"Tarbiah Sentap telah membuka hati aku selama ini. Kata-kata yang membuatkan aku sedar dari kesilapanku..."

"Alhamdulillah! Most of my hijrah steps were initiated by Tarbiah Sentap coz saya dah lama nak berhijrah cuma tak cukup kuat..."

"Bila saya baca buku ni, saya rasa macam pegang something yang sangat berharga! Memang dulu saya usaha jaga ikhtilat tetapi saya ragu-ragu dengan apa yang saya buat. Dengan adanya buku ini, ia kembali membuatkan langkah saya semakin kuat! Moga ramai di luar sana yang dapat hidayah melalui buku ini!"

"Alhamdulillah, ibu suka sangat baca buku Tarbiah Sentap. Ibu cakap, dia suka cara ustaz menulis! Ibu sampai bawak buku tu ke hospital. Buku Tarbiah Sentap menjadi hiburan ibu dan ayah saya sekarang!"

"Saya dah habis baca buku tu. Dari start saya baca sampai habis, saya terfikir: 'Penulis ni masuk dalam fikiran pembaca ke apa? Semua benda yang terdetik di hati, semuanya di hurai sejelas-jelasnya!!"

"Baca bab 1 pun saya dah sedih mengenang dosa-dosa lampau!"

"Ketagih baca buku Tarbiah Sentap. Lagi baca, akan lagi seronok. Seronok sebab kena batang hidung sendiri! Aku dah jatuh hati dengan buku Tarbiah Sentap ni...."

"Sebelum tidur baca buku Tarbiah Sentap. Gila sentap...."
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Pengantin Jatuh Dari Langit ~ Mia Kiff

RINIETA Aini - Gadis miskin yang mempunyai tabiat melatah dan lurus bendul. Dia disuruh oleh Opah Milah, neneknya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk berdikari. Berbekalkan SPM yang hampir gagal semua mata pelajarannya, dia bangga bekerja sebagai cleaner di Menara Mercu Holdings. Walaupun pekerjaannya dihina, dirinya dianggap bodoh, kelurusan dan kejujurannya banyak membantu hati dan jiwanya...

“Maaf ya, encik. Rasanya laluan lain banyak lagi. Boleh encik ke tepi? Saya ingin menjalankan tugas.”
Lelaki itu menanggalkan kaca matanya menampakkan biji mata yang terbeliak. Nampak merah padam mukanya. Menghadiahkan renungan yang cukup tajam.
Rinieta jatuh rahang. Alamak, Encik Arfylah.
“How dare you say this to me. Do you know who I am?” Tengking lelaki itu, bernada kasar. Berjela lagi Arfy marah di dalam Bahasa Inggeris sebaik melihat cleaner itu terkebil-kebil sahaja. 

Rinieta menggaru kepalanya. Alamak, speaking la pulak. “Sorry encik, I don’t understands one sepatah haram. Buat penat aje encik marah saya tadi. Saya bukannya faham bahasa orang putih. Cuba encik marah sekali lagi dalam Bahasa Melayu?” Pinta Rinieta, senyum tawar.

Saturday 5 September 2015

Citra Cinta Arsya ~ Faiz Md Nasir

“Arsya... Sungguh, Arsya! Saya cintakan awak, saya mahu menjaga awak. Dalam setiap helaan nafas ini, hanya ada nama Arsya sahaja. Beratkah untuk awak menerimanya?”
“Saya tak sempurna. Banyak lagi perempuan yang layak dengan awak.”

Arsya bukan tak cintakan Khair. Arsya cuba menidakkan perasaannya terhadap Khair kerana Arsya merasakan dirinya terlalu kerdil berbanding Khair. Ibarat langit dengan bumi. Tapi Arsya lewat untuk memberitahu isi hatinya terhadap Khair. Arsya menyesal.
Khirdan. Jejaka yang kedua yang hadir dalam hidup Arsya. Kehadiran insan baru itu tetap tidak mengubah perasaan Arsya. Arsya tetap takut untuk cuba menghadapi kebahagiaan.

“Idan nak Sya simpan kata-kata ni sampai bila-bila. Idan nak Sya tahu, yang Idan cintakan Sya. Idan sayang Sya dengan seluruh hati Idan. Kita kahwin, Sya?”

Lamaran itu telah menggugat jiwa Arsya. Sebelum ini dia pernah membiarkan cinta Khair tergantung. Arsya cuba untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Arsya meyakinkan dirinya bahawa bahagia sudah menanti di hadapannya kini.