Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 30 October 2015

Didiklah Dari Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi, Rasidah Mustaffa

Mungkin kita akan bertanya, adakah ibu bapa yang tidak ikhlas dalam mendidik anak-anaknya? Jawabnya, ya..ada.

Anak hakikatnya bukan milik kita tetapi "milik" Allah, maka kita tidak boleh membesarkannya mengikut sesuka hati atau sesedap rasa kita.

Ibu bapa yang ikhlas akan banyak menerima walaupun mereka memberi bukan untuk itu. Apa yang mereka semai, itulah yang akan mereka tuai. Allah tidak akan mensia-siakan ibu bapa yang ikhlas mendidik anak-anak hanya kerana mengharap keredaan Nya,

Malah Tuhan akan menitipkan rasa kasih kepada hati anak untuk mengasihi ibu bapa yang ikhlas itu. Jasa mereka akan dikenang, budi mereka akan dibalas walaupun sedikit pun mereka tidak memintanya.

Inilah hukum Sunnatullah. Siapa yang banyak memberi, akan banyak menerima. Kita tidak akan "kehabisan" dengan memberi, sebaliknya kita akan menerima lebih banyak lagi.

Mengapakah anda perlu memiliki buku " Didiklah Dari Hati" ini?
1. Menyajikan panduan ringkas dan mudah difahami yang berkisar aspek kehidupan seharian yang mungkin kita sebagai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingannya dalam pembentukan sahsiah anak-anak
2. Dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak dari aspek jasmani dan rohani
3. Panduan dan penerangan yang diberikan dinyatakan dalam bentuk penomboran yang pastinya mudah diikuti oleh para ibu-bapa.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Apa Jadinya Hidup Tanpa Islam ~ Firdaus Shaharudin

Mengapa Yahudi suka apabila agama Islam dipisahkan daripada pentadbiran?

Agama Kristian juga pernah disatukan dalam pentadbiran, namun akhirnya dipisahkan. Apa puncanya?

Mengapa syriat Islam dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW diperakui oleh pakar-pakar dari barat? Apa istimewanya Islam yang tiada pada agama lain?

Hanya kerana menentang kepimpinan yang zalim, lidah mereka dipotong dan mereka dibakar hidup-hidup. Siapa mereka ini?

Seribu orang mati dibunuh dalam masa satu malam dan 9 juta orang menderita terkorban dalam tempoh lima abad. Inikah natijahnya hidup tidak berlandaskan Islam.
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Cinta Please #Throwback Memoir Casablanca ~ Nourlhousna Tawfiq

Kisah ini hanya kisah biasa-biasa, hanya cetusan rasa dan pengalaman diri ini.

Namun, kisah ini kisah kita bersama. Aku dan kamu juga pernah melalui kisah ini, kerana itu kalian tidak pernah sendiri.

Inilah cerita....
#persahabatan #cinta #kasihsayang #dakwah
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Ada Apa Dengan Solat? ~ Dr. Anas Mohd Yunus

Bersolat dalam kesedaran tinggi
Bukan hanyut dibawa angan-angan
Lintasan perasaan dan imaginasi khayalan

Kajian mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas menunaikan solat adalah tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. Orang yang solat berjemaah pula mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding dengan yang bersolat secara bersendirian.

Antara yang menarik:
Kaitan teori tenaga alam dan warnanya dengan waktu-waktu solat
Kelebihan azan
Hikmah basuhan pada anggota wuduk
Titik-titik akupuntur pada anggota wuduk
Apa keistimewaan lokasi kaabah sehingga menjadi arah kiblat?
Petua dan teknik agar solat lebih khusyuk
Manfaat solat pada tubuh
Hikmah kedudukan sujud
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Tuesday 27 October 2015

Hanya Untuk Dia... Ain Nuraina ~ Sophilea

IA kisah Zhafran Haikal, seorang pensyarah yang jatuh cinta dengan pelajarnya. Ia kisah Zhafran Haikal yang tak tahu nak memikat namun apabila cinta datang, perkara gila pun dia sanggup buat.

Mengekori Ain hingga sanggup menaiki bas dan memastikan dia duduk di sebelah Ain sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak.

Melamar Ain setelah melekehkan gadis itu tidak pandai masak dan malas di hadapan pelajar-pelajar lain.
Mengherdik di dalam kelas, halau dari kelas, jirus air ke muka ketika Ain tertidur dalam kelas…

MELAMAR tanpa ada klu langsung untuk berkenalan!

Ain Nuraina membencinya. Ain Nuraina anggap dia pensyarah sewel, tak ada sivik, psiko, gila! Ain jadi lemas, dingin bagai bongkah ais kerana Zhafran lelaki yang dianggap kejam dan ambil kesempatan mengguna kuasa lantaran dia tidak melayan.

RIMAS! Zhafran sentiasa mengejarnya. Ayat-ayat manis diluah saat berdua-duaan…

“Yang sakit bukannya tangan saya. Setakat nak suap nasi masuk mulut tak ada masalah pun.” – Ain Nuraina
“Saya tahu tangan Ain tak sakit. Tapi kalau Ain nak tangan saya yang suapkan, insya-Allah jari saya kuat untuk angkat sudu tu.” – Zhafran Haikal

Kasihi Aku Cintai Aku ~ Rass Lestari

ISSABELLA Fedriz, pewaris kekayaan datuknya, ahli perniagaan dari Perancis. Bernikah dengan pilihan neneknya, Puan Sainon seorang warga Malaysia namun dia hilangkan diri selepas bernikah. Setahun kemudian dia kembali semata-mata untuk menolong Magritha Group, syarikat datuk suaminya.

ENGKU Khairuz Mujahid panasaran apabila bertemu kali ini. Hatinya ada ‘rasa’ namun sayang isterinya berhati kering, garang, dingin, kurang ajar dan terlalu ‘menonjol’ sebagai ahli perniagaan sedangkan dia hanya seorang doktor yang sayangkan agamanya, sayangkan kehidupan normal untuk berkasih sayang... ISSABELLA kabur lagi... MUJAHID kecewa dan marah!

BERPISAH dan bertemu, itulah mereka... namun PERTEMUAN kali ketiga segalanya berubah... SEGALANYA tidak diduga...
“Awak rehatlah kejap, awak pasti tak nak kan Isha dan Izrai tengok muka awak yang pucat tu.”
“Turunkan payung tu. Kalau tunang Engku nampak saya dan Engku duduk macam ni pasti dia akan merajuk dengan Engku,” tuturnya lemah.
“Saya lebih suka kalau awak panggil saya Muja. Engku ni terlalu formallah.”
“Turunkan payung tu.”
“Saya lebih suka sikap awak yang hari ini, bukan yang lapan tahun lalu tapi nada-nada sekejap tadi macam lapan tahun lalu. Hurm...tak elok untuk anak-anak kita dengar.”
Mujahid senyum. Issabella ketap bibir.
“Turunkan payung tu Muja...”
Namun Mujahid berlagak seperti tidak mendengar apa yang Issabella katakan, malahan mulutnya rancak bersiul kecil dan matanya sekejap melihat ke arah Issabella dan tidak lama selepas itu dilarikan ke arah lain

I'm A Backpacker: Korea ~ Halian Azurin

Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.
Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda.

Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.

ISI KANDUNGAN
Bab 1 Tentang Seoul
Bab 2 Musim-Musim di Korea
Bab 3 Sejarah Korea
Bab 4 Survival Skill
Bab 5 Jangan Sesat di Seoul
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Thursday 22 October 2015

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Pada Agama ~ Mustafar Mohd Suki

Kisah Abdul Rahman Bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.

Kisah Saidina Umar r.a. menanam anak perempuan hidup-hidup ketika zaman jahiliah.

Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah r.a.

Apa persamaan antara ketiga-tiga cerita masyhur di atas?
Ketiga-tiganya adalah PALSU.

Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.

Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1
Bab 1: Hadith Maudhu’
-Pengenalan Hadith Maudhu’
-Faktor Pendorong kepada Pemalsuan Hadith ataupun Cerita Palsu
-Kaedah Mengenali Hadith Palsu

Bab 2: Israiliyyat
-Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat
-Pembahagian Israiliyyat
-Pendirian Ulama Tentang Israiliyat
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight ~ Adam Corrie

"Saya masih baru dalam Islam, setiap orang ada khilaf masing-masing dalam bab kehidupan dan agama. Kalau saya silap tegurlah saya dengan cara yang berhikmah." Adam Corrie

Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight
*****
(SEM) RM20.00 > RM17.60

Ketuk Hati Sentapnya Tuh di Sini! ~ Nurul Farhana Zakaria

Sentapnya tuh di sini...

"Hidup cuma sekali, jadi kita enjoy!"

Alangkah lucunya manusia, tahu pula hidup hanya sekali, tetapi masih diisi dengan perkara yang sia-sia. Berbaloikah enjoy di dunia, tetapi sengsara di alam abadi? Berbaloikah kaya di dunia, tetapi papa kedana memohon mengemis di akhirat nanti?

Kawan, masih muda tidak bermakna akan hidup lama, masih muda tidak bermakna kematian masih malu-malu mahu menjemput.

Justeru,28 coretan dalam buku ini mampu mengetuk pintu hatimu untuk berjalan di lorong yang Dia redhai di sepanjang hidupmu.
*****
(SEM) RM21.00 > RM18.50

Kalau... Aku Kaya ~ Aldzham Kamil

Topik Menarik dalam buku ini:
Langkah praktikal mengejar kebebasan kewangan
Langkah berkesan meminta hutang
Strategi kewangan Nabi Yusuf AS
Ciri-ciri Mukmin yang kaya
Kaya harta VS Kaya akhlak
Bekerja Kerana Bosvs Bekerja Kerana Allah swt
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80

Soal Jawab Hudud: Undang-undang Allah Yang Adil ~ Dr. Mohd Azhar Abdullah

Hukum hudud dan negara Islam, bukan sesuatu yang asing. Malah, tidak perlu diasingkan kerana tertegaknya Syiar Islam adalah disebabkan oleh hukum hudud yang ekslusif yang ditetapkan oleh Allah. Sudah tentu ciri-cirinya berbeza dengan hukum atau undang-undang yang direka oleh manusia - undang-undang sivil. Hudud diketahui dan diakui paling sempurna, penuh kebaikan dan membawa manfaat kepada kemaslahatan manusia.

Bagi menjawab persoalan dan kemusykilan yang timbul, buku Soal Jawab Hudud ini diterbitkan bagi memberi jawapan kepada semua pihak. Buku yang digarap dengan baik inti patinya ini ditulis oleh penulis-penulis yang terdiri daripada Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan diketuai Dr. Mohd Izhar Abdullah.

Buku ini merangkumi isu utama iaitu:
1. Perbahasan Zina
2. Murtad
3. Qazdaf (menuduh zina)
4. Bughah
5. Minum Arak
6. Rogol
7. Curi
8. Liwat
9. Hirabah

Sedekah Luar Biasa ~ Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Sedekah bukan sahaja berben­tuk kewan­gan dan harta benda. Bahkan sedekah men­cakupi aspek tenaga, usaha, tin­dakan, ketelu­san dan ketu­lu­san dalam usaha mele­barkan man­faat buat diri, masyarakat serta umat manusia.

Sabda Rasu­l­ul­lah SAW yang bermak­sud, “Setiap kebaikan dan keba­jikan itu adalah sedekah.” Ini­lah prin­sip yang mesti dipegang oleh setiap Mus­lim agar setiap detik kehidu­pan itu terus-​menerus diberi gan­jaran pahala yang besar di sisi Allah. Ingat­lah, derma dari­pada seo­rang yang sedikit har­tanya lebih besar gan­jaran­nya dari­pada derma indi­vidu yang banyak har­tanya. Lalu, apa lagi alasan kita seba­gai Mus­lim? Bersedekahlah sebelum sam­pai nyawa di kerongkong.…Adakah si kaya ini gila ker­ana men­der­makan wang yang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk den­gan pen­car­ian wang secara mement­ingkan diri tanpa sebarang pemberian?
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Risalah Pemuda Muslim ~ Dr. Maszlee Malik

“Bermusafir­lah wahai para pemuda Mus­lim!” Kebanyakan perbin­can­gan dalam buku “RISALAH PEMUDA MUS­LIM” ini, men­dukung beber­apa tema utama, iaitu pemuda Mus­lim yang pro­gre­sif, pemuda seba­gai ejen perubah, “poli­tik warga” (cit­i­zen politic) yang tidak terikat den­gan kerangka poli­tik kepart­ian (par­ti­san poli­tik) yang laz­im­nya dianuti oleh kebanyakan rakyat Malaysia, pemu­garan fikrah yang kri­tis dan anal­i­tikal serta meraikan taj­did dan islah. Penulis mem­bawa para pem­baca men­eroka gaya pemiki­ran beliau, seba­gai seo­rang Islam yang ver­sa­tile (serba boleh), berjiwa merdeka, berfiki­ran ter­buka, bersikap pro­gre­sif dan bermen­tal­iti kritikal.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Wednesday 21 October 2015

Doa Pengasih: Doa dan Amalan Kebahagiaan Suami Isteri ~ Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid

Buku ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap masa hubungan sesama suami isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.

Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, tempat kediaman dilindungi, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres.

Bagi setiap doa, diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Al-Quran Al-Karim (Rekabentuk Baru) ~ Telaga Biru

Al-Quran Al-Karim ini memiliki empat kelebihan utama berbanding Al-Quran Al-Karim sebelumnya. Pada setiap permulaan juzuk akan ditanda dengan warna bagi membolehkan pembaca mengetahui juzuk-juzuk Al-Quran dengan tepat.

Terdapat tanda berwarna pada ayat di pertengahan Al-Quran bagi menandakan pertengahan Al-Quran. Selain itu, di setiap hujung muka surat terdapat permulaan ayat untuk muka surat seterusnya. Tulisan khat naskah ini merupakan tulisan khat naskah Osman Taha yang terbaru. Reka bentuk dan warna kulit Al-Quran Al-Karim ini lebih segar dan menarik untuk memancing minat golongan muda beramal dengan isinya.
*****
(SEM & S/S) RM50.00 - RM44.00

Darah Wanita: Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan ~ Dr. Anisah Ab. Ghani

Buku Darah Wanita ialah jawapan kepada permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat berhubung hukum haid, nifas dan istihadah yang berkaitan dalam pelaksanaan ibadat dan hubungan suami isteri. Milikilah buku ini sebagai rujukan sekeluarga.

Buku ini wajib dimiliki kerana ia menjawab persoalan sekitar isu haid, nifas dan istihadah secara terperinci dengan mengambil pandangan ulama dan pakar perubatan. Huraian dan fakta berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah serta rujukan kitab muktabar. Panduan disertakan jadual, gambar rajah dan grafik menarik. Sesuai dijadikan rujukan buat wanita dan semua golongan.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Indahnya Solat Berjemaah ~ Ustaz Mohd Haidzir Hussin

Buku "Indahnya Solat Berjemaah " Membincangkan tentang persoalan hukum-hakam solat berjemaah menurut mazhab Syafii yang muktabar berdasarkan rujukan-rujukan yang muktamad dan masyhur mengikut mazhab Syafii dengan kolaborasi kitabkitab Arab dan Jawi.

Buku ini membahaskan permasalahan secara ilmiah mengikut pendapat ulama daripada mazhab Syafii serta diselitkan juga pendapat ulama daripada mazhab-mazhab yang lain. Ini akan memberikan maklumat yang lebih luas dan terperinci. Menerangkan disiplin ilmu dalam mengistinbatsesuatu hukum dengan cara yang betul. Menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan santai akan memudahkan pembaca memahami sesuatu dengan cepat dan lebih berkesan.

Setiap maklumat disertakan gambar, ilustrasi atau gambar rajah bagi membantu pemahaman pembaca. Kolaborasi kitab Arab dan Jawi dapat mevariasikan sumber rujukan bagi sesuatu isu di samping mempelbagaikan pendapat ulama terdahulu dan kontemporari.
*****
(SEM & S/S) RM60.00 - RM52.80

Al-Quran Mushaf Qiyam ~ Telaga Biru

Mushaf Qiyam dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Mushaf Qiyam ini direka dengan saiz yang besar yang sesuai digunakan oleh para imam ketika solat berjemaah di masjid lebih-lebih lagi amat membantu ketika solat terawih pada bulan Ramadan. Ia didatangkan dengan stand yang akan memudahkannya diletakkan dengan selesa dan dibaca dengan jelas.
*****
(SEM & S/S) RM500.00 - RM440.00

Tuesday 20 October 2015

Penggari Hati Mr. Ego ~ Cici Aida

“Kenapaaku? Sepatutnya kau yang minta maaf sebab kau cuba nak bunuh aku tadi. Nyaris tak mati katak. Kalau jadi apa-apa dekat aku tadi, belum tentu kotak buruk kau tu mampu nak bayar insurans nyawa aku.”- Dania

“Hei, kenapa mulut kau ni jahat sangat ha? Aku tak pernah jumpa perempuan sewel kuat menjawab macam kau ni. Kalau aku tak tarik kau tadi, memang kau dah mati katak. Aku juga yang rugi, sebab kau tak dapat bayar ganti rugi kereta aku. Aku tak nakbanyak cakap. Bayarsekarang!!! – Lutfi

Dania Wirdani, gadis yang selamba dan pantang dicabar. Selalu ada jawapan bagi setiap persoalan. Manakala Ahmad Lutfi, lelaki yang penuh displin diri. Namun, sikapnya yang angkuh terhadap Dania, membuatkan dirinya digelar Mr. Ego oleh gadis itu.Benteng hati si gadis seolah sukar dijangka. Dan dalam diam Dania telah mencuri hatinya. Biarpun tidak dizahirkan dengan kata-kata, hati mula dipaut rasa suka. Jiwa terang menari bahagia. Ucapan sayang tidak pernah terungkap, tetapi ikatan suci yang dibina dengan restu keluarga, mula mengalun cinta. Dania sedar dengan siapa dia berkahwin. Dan Lutfi juga tahu, mengapa Dania yang dipilih.

Monday 12 October 2015

Perang-perang 4 Khalifah ~ Zul Aimran Omar

Siri peperangan yang berlaku di zaman Khulafa ar-Rassyidin. Iaitu Sayidina Abu Bakar RA. Sayidina Umar RA. Sayidina Utsman RA dan Sayidina Ali RA.

Antara Menarik:
Mengapa kaki pihak tentera musuh dirantai semasa mereka berperang dengan tentera Islam? m.s 65
Mengapa tentera berkuda Islam diarahkan bersembunyi di belakang lereng bukit? m.s 71
Mengapa Khalid alWalid RA membernarkan tentera musuh menyeberangi sungai terlebih dahulu? m.s 107
Apa helah tentera Islam menghias unta-unta yang dibawa berperang? m.s 166
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Pembahagian Harta Pusaka Dan Kepentingan Wasiat ~ Ustaz Ghazali Ibrahim

Miliki buku Ustaz Ghazali yang perlu dibeli untuk urus harta kita. Ia juga panduan berguna setiap kita yang pastinya mempunyai harta.

Berkecimpung dalam bidang faraid dan pusaka selama lebih 7 tahun. Beliau telah melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dan menyiapkan lebih 1500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka.

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak. Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"
(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?

Miliki ilmu yang tertinggal untuk kita mengetahui hak setiap waris yang ditinggalkan. Jangan sampai kita terambil hak yang bukan kita punya. Merbahaya! Selesaikan hutang piutang si mati terlebih dahulu. Moga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat dunia dan akhirat.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Rawatan Penyakit Kronik ~ Hj. Lokman Abdul Hamid

Buku kedua Haji Lokman. Pengamal Perubatan Islam yang suka membantu mereka yang sakit fizikal sihat dan pulih kembali.

Berbekal ayat Quran dan amalan zikir. Insyaa Allah ia dapat memulihkan pesakit.
*****
(SEM & S/S) RM63.00 > RM55.40

Dari Andalusia Ke Amerika ~ Aidil Adha Sulaiman

Buku ini meneroka dan memaparkan pencapaian tamadun dan legasi umat Islam di Andalus.

Selain itu buku ini membongkar peristiwa-peristiwa penting yang berlaku serta melihat kesannya kepada umat Islam semasa zaman keemasan, kelemahan dan kejatuhan Andalus.

Peristiwa tersebut mempunyai perkaitan dan kesan antara satu sama lain sama ada di Eropah, Americas, Timur Tengah dan Nusantara.

Semoga buku ini memberi manfaat dalam menelusuri khazanah sejarah umat Islam yang hilang dan menjadi cetusan awal kepada ekplorasi menjejaki pengembaraan umat Islam ke Americas sebelum Christopher Columbus.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Monday 5 October 2015

The One: Yang Terunggul ~ Melur Jelita

“KALAU saya jadi bunganya?”
“Saya jadi tukang cantasnya!”
“Kalau saya jadi cincinnya?”
“Saya jadi tukang gadainya!”
“Kalau saya jadi kumbangnya?”
“Saya jadi tukang sembur racun. Syuh! Syuh! Pergi sana kumbang perosak bunga!”

Dalam melayari alam rumah tangga, Irvan dan Maryam saling berusaha menjadi yang terbaik. Irvan begitu menjunjung kerjayanya yang menjadi cinta pertamanya sebagaimana Maryam yang asyik dengan bumble beenya. Never date a cop. And never marry a cop! Heartless. Emotionless. Like Robocop.

Sifir rumah tangga tidak mudah. Ada-ada saja perselisihan di antara mereka berdua. Bagaikan sarang busut, besar dan teguh luarannya tapi berkerangka rapuh di dalamnya. Seorang tidak memahami bidang kerja suaminya, seorang lagi merasakan tidak ada apa yang perlu difahamkan. VAT 69 atau 69 Komando milik negara. Kahwin dengan mereka bermakna kahwin dengan negara.

Kalaulah kau tahu apa yang aku tahu, kau takkan mampu ketawa apatah lagi tersenyum untuk selamanya...

“Mengenalinya… baru saya sedar rupanya masih ada insan yang tidak mementingkan wang ringgit… masih ada insan yang sanggup berkorban… masih ada insan yang tidak akan mengemis penghargaan… meminta nama mereka diabadikan di jalan… meminta kisah-kisah mereka ditulis agar dikenali ramai. 69 Komando, kisah mereka hanya diketahui oleh Tuhan… sebagaimana kisah seorang lelaki dalam surah Yasin ayat dua puluh…. Namanya tidak disebut tetapi jasanya disebut oleh Allah dalam al-Quran.”