NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 20 October 2015

Penggari Hati Mr. Ego ~ Cici Aida

“Kenapaaku? Sepatutnya kau yang minta maaf sebab kau cuba nak bunuh aku tadi. Nyaris tak mati katak. Kalau jadi apa-apa dekat aku tadi, belum tentu kotak buruk kau tu mampu nak bayar insurans nyawa aku.”- Dania

“Hei, kenapa mulut kau ni jahat sangat ha? Aku tak pernah jumpa perempuan sewel kuat menjawab macam kau ni. Kalau aku tak tarik kau tadi, memang kau dah mati katak. Aku juga yang rugi, sebab kau tak dapat bayar ganti rugi kereta aku. Aku tak nakbanyak cakap. Bayarsekarang!!! – Lutfi

Dania Wirdani, gadis yang selamba dan pantang dicabar. Selalu ada jawapan bagi setiap persoalan. Manakala Ahmad Lutfi, lelaki yang penuh displin diri. Namun, sikapnya yang angkuh terhadap Dania, membuatkan dirinya digelar Mr. Ego oleh gadis itu.Benteng hati si gadis seolah sukar dijangka. Dan dalam diam Dania telah mencuri hatinya. Biarpun tidak dizahirkan dengan kata-kata, hati mula dipaut rasa suka. Jiwa terang menari bahagia. Ucapan sayang tidak pernah terungkap, tetapi ikatan suci yang dibina dengan restu keluarga, mula mengalun cinta. Dania sedar dengan siapa dia berkahwin. Dan Lutfi juga tahu, mengapa Dania yang dipilih.


“Awak hanya pentingkan diri sendiri Fi. Sepatutnya saya berfikir sepuluh kali untuk berkahwin dengan lelaki luar biasa macam awak.” – Dania

“Cukup..! Memang saya lelaki luar biasa yang awak tak pernah tahu. Semua yang saya pendam, semua yang saya simpan tak mungkin ada hati yang akan faham. Dan antara kita tak perlu ada rahsia lagi Dania.” – Lutfi

Kedua-duanya punya prinsip bagi mengatur langkah untuk kehidupan sendiri. Tetapi apabila Dania memiliki Lutfi, bermakna dia adalah seorang isteri. Dan mampukah Lutfi sebagai suami meletakkan ego di tempat yang sepatutnya? Bila hati digari cinta, meluahkan bukan semudah yang disangka. Sebaliknya, hanyakeihklasan yang menentukannya.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...