NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 7 November 2015

Anak-anak Abah ~ Nazali Noor

“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR

Komen Pembaca:
Sebuah buku yang menceritakan pengalaman penulis membesarkan lima orang anaknya. Tak tahu nak mula tulis reviu macam mana sebab banyak sangat nak diceritakan, mungkin sesuai diceritakan dalam bentuk poin:

1. Saya kagum kebolehan penulis untuk menulis sesuatu yang sangat dekat dengan kita semua. Pada mulanya saya fikir buku ini hanya sesuai untuk para ibu bapa. Tapi ternyata meleset, buku ini sememangnya mengimbau semula kenangan bersama saya dan ibu bapa (sewaktu kecil). Apabila terbaca kisah penulis dengan anaknya, saya teringat-ingat memori indah saya bersama ibu bapa sendiri.

2. Peluang yang Allah berikan kepada penulis untuk membesarkan anak di Malaysia (3 orang anaknya lahir di sini) dan UK (2 orang) membolehkan penulis membuat perbandingan kehidupan berkeluarga di dua lokasi ini. Antaranya adalah kesukaran mencari wang, cabaran dalam menyesuaikan diri di tempat baru dan sebagainya. Pengalaman ini jarang dipunyai oleh kebanyakan pelajar atau masyarakat Malaysia di UK. Hal ini membuatkan apa jua karya yang dihasilkan penulis bersifat unik, ditambah lagi dengan kehebatan penulis untuk menceritakan sesuatu kisah dengan cukup baik sekali.

3. Boleh dikatakan hampir setiap bab, penulis memberi cadangan bagaimana seharusnya pembaca bergaul dan melayan anak-anak. Antaranya adalah mendengar masalah anak-anak, bagaimana untuk bergembira bersama anak-anak tanpa mengeluarkan wang yang banyak dan bermacam-macam lagi. Terlalu banyak untuk saya senaraikan di sini sebenarnya. Tapi apa-apa pun, teknik dan kaedah yang dicadangkan sememangnya sudah kita sedia maklum, cuma penulis mengingatkan kita kembali berserta dengan contoh praktikal daripada kehidupannya sendiri.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...