NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 23 November 2015

Cinta Awek Despatch ~ Kynn Latif

“Bos ingat saya nak percaya ke yang bos sukakan saya? Saya belum gila lagilah nak percaya kalau ada lelaki yang jatuh cinta pada saya.”

Iwana Kyrana aka Key, nama yang tidak seindah personalitinya. Dia seorang gadis kasar yang bekerja sebagai despatch bagi menampung kehidupannya. Namun, takdir hidupnya mula berubah apabila terjebak dengan dua orang lelaki yang tidak pernah termimpi oleh akalnya yang waras.

“Iwana, saya sayangkan awak. Saya cintakan awak lebih daripada dia cintakan awak. Percayalah...”

Irfan, tidak pernah sekali dia terfikir untuk jatuh cinta dengan gadis kasar itu. Dalam suka membuli gadis tersebut, tanpa sedar perasaan suci itu mula bercambah sedikit demi sedikit. Sehinggakan dia tidak boleh menafikannya lagi.

“Jadi girlfriend saya.”

Muaz Hakimi, pertemuan antara dia dan Key bukanlah dirancang. Mereka bertemu tanpa disangka. Daripada seorang kawan akhirnya dia mula menyayangi gadis itu melebihi yang sepatutnya.

Di saat janji antara mereka mula terpateri, datang fitnah yang melanda sehingga membawa Key pergi meninggalkan kedua-duanya. Masa berlalu, Key kembali semula dengan wajah yang baru. Irfan dan Muaz Hakimi kembali merebut cinta gadis despatch itu. Siapakah yang bakal memenangi hati si gadis? Irfan? Muaz?
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...