Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday 28 February 2016

Saya Cuma Posmen ~ Ebit Lew

"Kadangkala kita hanya fikirkan apa yang kita hendak, sampai kita lupa apa yang ALLAH mahu dari kita." - Saya Cuma Posmen

Ribuan pengalaman Ustaz Ebit Lew sepanjang perjalanan dakwahnya sejak berusia 13 tahun. Pelbagai jenis manusia yang telah ditemuinya.

Masing-masing mengeluh dan menangis ingin keluar dari kegelapan dan kesempitan hidup. Ada yang mahu mengambil nyawa sendiri kerana sudah berputus asa.

Kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri sedangkan setiap detik waktu ini adalah amanah dari-Nya.

"ALLAH telah selamatkan saya dari longkang!" - Ebit Lew
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Hadis Palsu & Daif Popular Dalam Masyarakat Melayu ~ Dr. Rozaimi Ramle

Buku ini menyajikan pelbagai hadis yang sering kali dikongsi serta berlegar dalam masyarakat kita. Perbincangan ini merangkumi status hadis, kritikan ke atas perawi yang meriwayatkannya, hujah dan dalil yang menyokong serta apa yang perlu dilakukan oleh kita selaku orang awam berkaitan hadis-hadis ini. Apabila kita memahami permasalahan ini dengan lebih jelas, maka kita akan berhati-hati untuk beramal atau menyebarkannya.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Monday 22 February 2016

Bayar Balik Cinta Aku ~ Aja

Ira Maiziera merupakan seorang pensyarah muda yang baru sahaja memulakan kerjayanya setelah menamatkan pengajian pada peringkat master. Berumur 27 tahun, sudah tentu ‘berkahwin’ akan menjadi keutamaan dalam hidupnya. Tambahan pula apabila rakan baiknya, Olfayanis tiba-tiba membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang.

Tersepit dengan dilema perasaan sendiri di antara dua lelaki, Izzul dan Ejam. Ira cuba untuk tidak mengendahkan desakan daripada orang tuanya untuk berkahwin dengan mana-mana anak teruna kenalan mereka.

“Yang mama suruh dia buat blind date dengan lelaki miang anak kawan dia sampai dua kali kenapa pulak? Kan dah kena gangguan seksual secara percuma!”

Terdesak untuk menyelamatkan maruah diri, dia meminta bantuan daripada GG, seorang lelaki yang anehnya muncul dalam hidupnya berkali-kali secara kebetulan dan menjadi penyelamatnya. Namun, ada bayaran yang perlu dibayar untuk mendapatkan bantuan lelaki asing itu. Demi memenuhi janji yang telah dibuat dengan Olfayanis, dia harus melamar lelaki itu.

Menggamit Kasih Teragung ~ Qis Zakirah

“Apakah cinta dan rasa kasih itu hanya untuk orang kaya, orang cantik, berpangkat dan berharta? Apakah orang miskin, orang susah dan hodoh tidak layak untuk menyintai dan dicintai? Mengapa perasaan itu harus dibezakan?”

Air mata Widya semakin laju berhamburan di pipinya. Dia tidak pernah menyangka rupanya Rizky memandangnya sebegitu tinggi sedangkan selama ini tidak sudah-sudah dirinya dihina dengan bermacam gelaran dan celaan.

“Minta maaf? Mudahnya kau orang nak minta maaf setelah apa yang kau orang lakukan pada aku. Kau orang buat aku macam aku ni tak ada perasaan. Tak ada maruah! Kau orang buat aku tak ubah macam binatang! Masa kau orang serang aku, ada kau orang fikir tentang hati dan perasaan aku? Maruah aku dipijak dengan begitu hina! Rayuan aku tak dipedulikan. Kau orang caci aku macam-macam.
Sekarang senang-senang kau orang nak minta maaf?”

Widya telah jauh berubah. Saat ini Widya sangat kuat pegangan agamanya. Malah dia pernah berjanji untuk mengabdikan dirinya kepada Allah di sepanjang hayatnya. Dia tidak mahu berpaling lagi daripada landasan taubat yang telah dipilihnya. Dia ingin terus meniti kehidupannya di atas jalan yang lurus bersama keredhaan Allah sehingga ke nafasnya
yang terakhir.
Namun tidak semudah itu dia mampu melaluinya. Berkali-kali dia dihina, berkali-kali maruahnya dicalar. Dan yang paling menyedihkan apabila dirinya diaibkan sehingga satu dunia mencaci dan meludah kepadanya.

Masjid Al-Insan meninggalkan sejarah suka dan duka di antara Widya dan Rizky hingga terpahat kuat di dalam ingatan mereka. Menggamit Kasih Teragung, hanya pada Yang Maha Esa mereka menyerahkan segalanya.
******
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Kerana Kau Bidadari ~ Azri Misti

Segalanya berlaku tanpa diduga. Sharif, samseng yang sememangnya di benci Emma tiba-tiba terperangkap bersamanya di sebuah pulau terpencil. Mereka diculik tatkala lelaki itu cuba menyelamatkannya daripada dibunuh pembunuh upahan.

Emma sedar bahawa dia memerlukan Sharif untuk terus hidup di pulau itu. Jadi, dia sering menggunakan kecomelan wajahnya demi mendapatkan sesuatu. Sharif juga tidak mahu kalah. Setiap bicaranya pasti menyakitkan hati.

“Lu nak air kelapa?” pelawa Sharif lembut.
“Nak!” jawab Emma riang.
“Panjatlah sendiri!” balas Sharif dengan tawa jahat. Puas hati.
“I hate you!”

Tetapi semakin kenal, semakin kagum Emma terhadap lelaki itu. Solatnya tidak pernah tinggal. Bertanggungjawab, makan minum dan keselamatannya di utamakan. Maka dalam diam hadir perasaan sayang di sanubari.

“Nak salam cakap. Nak cium tangan? Pipi?” usik Sharif nakal.
“Jangan nak mengada! Saya ingatkan tengah berjemaah dengan papa tadi. Terbawa-bawa pulak. Maaf.”
“Ingatkan tengah berjemaah dengan papa atau dengan suami?” soal Sharif seraya berdiri menarik daun pisang ke pinggir unggun api.

Atas Sejadah Cinta ~ Qis Zakirah

Demi kasih terhadap Zaim, dia rela berkorban apa sahaja demi melihat suaminya bahagia. Biarpun sering terluka, Syamimi terus tabah menanti kasih suaminya. Cukuplah senafas dirasai, itu sudah memadai baginya.

Oh! Awak boleh buat permintaan untuk saya menikahi suami awak sedangkan permintaan saya awak tidak sudi terima. Awak fikir saya ini apa?Walaupun cinta saya pada Zaim begitu mendalam, tetapi saya tidak sebegitu hina untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain”.

Airmata Sumaiyyah sudah mengalir tidak henti-henti. Dia benar-benar tidak menyangka wanita yang dinikahi Zaim punya hati yang begitu mulia sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.

“Entah anak siapa yang dikandungnya lepas itu kau perangkap akukan? Nak tutup perbuatan keji kau yang tak sepadan dengan penampilan kau yang ala-ala perempuan solehah konon”.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Thursday 18 February 2016

Aku Bulan Dia Bintang ~ Anarif

DARIN, walaupun anak tengah daripada tiga beradik, namun paling cengeng dan banyak masalah diri. Seorang wartawan yang tidak mahu menjadi wartawan. Seorang yang sempoi namun prejudis terhadap lelaki. Tiba-tiba dia diketemukan dan dikehendaki ‘bertugas’ selama tujuh hari dengan seseorang yang bergelar ‘Tengku’, ahli perniagaan muda yang berjaya dari luar negara dan dikejar ramai jurnalis Malaysia. Masalahnya, tugas dia bagaikan 24 jam bersama lelaki itu! 

“Apa awak nak? Cakap terus je la. Saya nak tengok TV ni, dengki betullah.” 
“Eh, cik kak... Awak datang sini nak kerja. Sudahlah tak ada tujuan hidup. Datang rumah orang, sedap-sedap je tengok TV. Tak ada rasa nak berubah ke?” Pen di tangannya ditujah-tujah je wajah Darin. Mujur tak kena. Darin gigit bibir. Dah mula dah, perangai diktator dia tu! 
“Okey! Nak suruh saya buat apa, bagi saja. Tak payah nak mengutuk.” “Menjawab! Apa tugas awak sekarang?” Darin diam. 
“Saya tanya ni, apa tugas awak sekarang?” Darin garu kepala. 
“Erm, jurnalis.” 
“So, apa awak dah buat selama beberapa hari kerja dengan saya ni?” 
“Hmm, tadah telinga dengar awak marah.” Fakhri mengetap giginya. 

Lelaki Penuh Kejutan ~ Reeani Annur

Daripada seorang penyanyi jalanan yang tidak punya apa-apa, Fadil menempa kemasyhuran bergelar superstar terkenal setelah menjuarai satu pertandingan realiti TV. Namanya menjadi sebutan, digilai ramai peminat dan perempuan-perempuan yang memandangnya sebelah mata dahulu kini cuba mendekati dia semula.

Nena - “Boleh kita jadi macam dulu semula?”
Qistina - “Tapi… Kalau I jadi girlfriend you, I berani jamin I takkan merajuk. Lagi I sayang you adalah.”

Dua-dua cantik orangnya. Tetapi, hanya cinta Nuha yang dia dambakan. Cuma masalahnya sekarang, Nuha pula berbelah bahagi hendak terima lamarannya.

“Tak apa ke saya kahwin dengan awak?”
“Dah tak ada soalan bodoh lain ke kau nak tanya?”
“Yalah, awak tu Fad Ashraf. Penyanyi tersohor Malaysia. Saya ni siapa? Taraf saya dengan awak ibarat enggang dengan pipit. Tak kecewa ke peminat awak nanti kalau awak kahwin dengan gadis nobody macam saya ni?”

Dapatkah Fadil memujuk Nuha mengahwininya? Sejauh manakah Nena dan Qistina berusaha memenangi hati Fadil?
“Bahagia dalam bercinta tu kau hanya boleh rasa bila jumpa dengan orang yang betul. Yang tahu hargai diri kau dan boleh terima kau seadanya.”
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Suami Paksa Rela ~ Shazie Kamaruzaman

Gara-gara frust menonggeng apabila si kekasih curang, Wafa Adlina tekad mulakan hidup baru. Keputusan yang paling sengal diambil. Dia nak kahwin! Tapi, bila pelan dah ada, calon suami pula tak ada. Ah, payah macam ni!

Tiba-tiba, kawan baiknya rekomenkan abang sepupunya sendiri. Satu blind date khas menemukan dia dengan Karl Elliyas, si playboy pencen. Kalau tengok dari segi luaran, Karl memang nampak sempurna. Tapi, bila lelaki itu dah tunjuk perangai sebenar, boleh meletup hati dia sebab menahan geram. Heh!

“Awak serius ke nak kahwin dengan saya ni?”
“Seriuslah. Kalau aku tak serius, aku tak datang sini. Tak datang jumpa Mak Jemah kau tu.”
“Memanglah. Tapi, kenapa awak setuju nak kahwin dengan saya?”
“Sebab kau ni spesial.”
“Apa yang specialnya?”
“Speciallah. Kat mana lagi aku nak jumpa perempuan desperate macam kau ni yang sibuk nak kahwin bila ex-lover dia nak kahwin. Kau ajelah satu-satunya. Hahaha!” ~

Perkahwinan tanpa syarat itu terjalin dengan luar biasa. Tanpa cinta, mereka bisa hidup seperti pasangan suami isteri yang sebenarnya. Sampailah satu saat, muncul Idham dan Jasmine yang sibuk mahu mencipta konflik. Mampukah Karl dan Wafa bertahan? Rasa dalam hati, adakah itu cinta? Atau, hubungan yang seakan-akan rela ini hanyalah kerana terpaksa semata-mata?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Tak Sangka Jatuh Cinta? ~ Annie Ayunie

Karzrin bukanlah lelaki yang tahu sangat pasal cinta. Dia pernah patah hati kerana cintanya ditolak oleh seorang gadis enam tahun lalu. Lantas, cadangan mamanya yang mahu meminang Hannah ditolak mentah-mentah. Hannah adalah sepupunya dan dia sangat membenci Hannah.

“Cantik mama cakap? Muka macam ayam hutan pun cantik ke?”

17 belas tahun belum cukup untuk memadamkan kebencian terhadap gadis itu. Mamanya boleh cakap apa sahaja tapi, baginya Hannah adalah gadis yang layak dihantar ke zoo. Perangai Hannah mengalahkan jakun! Kaki buli!

“Umi nak ke anak umi ni kena tinggal lepas kahwin nanti? Macam novel yang Hannah baca tadi tu. Perempuan tu kena tinggal lepas akad nikah.”

Hannah terdesak dan cerita dalam novel dijadikan alasan. Karzrin nak jadi suaminya? Budak penakut tu? Eeii... Tak naklah! Hannah sendiri membantah rancangan umi dan mak longnya.

Wednesday 10 February 2016

Scarlet Cinta ~ Shaze Alma

DISKAUN 5%
(SEM & S/S) RM27.00 > RM25.60

Mengenali Khairul Shah, pelajar paling hot yang menjadi perhatian di universiti, hidup Farisya jadi serabut. Bagi Isya, Shah itu lelaki yang suka menyusahkan hidupnya. Tapi, makin lama mengenali lelaki itu, tanggapannya jadi berbeza. Sikap ambil berat Shah buat mereka jadi serasi. Cumanya, Shah suka bermain tarik tali. Dan bila tiba-tiba percaturan keluarga mahukan Isya mengahwini Fariz, bermulalah kisah yang rumit. Fariz itu kekasih Liza, kawan merangkap roomatenya. Mana mungkin dia mampu terima. Orang yang dia harapkan menyelamat keadaan pula buat tak endah. Jadinya, dia hanya ada Shah untuk dijadikan sandaran.

“Isya nak bayar dengan apa semua ni?” Serius suara Shah. Aku menggeleng tanda tiada jawapan. Dia mendengus halus, berkalih dan mula mahu melangkah pergi.

“Lusa nikah.” Dua patah dia bersuara. Aku tersentak, pantas angkat kepala. Dia berhenti menapak, berpusing menghadapku.
“Sebelum abang jadi bertambah geram dengan Isya.”

Perkahwinan mereka menjadi rahsia atas kehendak Farisya. Bila namanya rahsia, banyaklah curiga yang menjelma. Sukarnya punya suami yang menjadi perhatian ramai gadis. Lebih sukar lagi bila ada dendam yang bergabung menjadi satu.

“Yang buat kes ni bertambah besar, bila ada video Shah dengan Liza kat satu hotel.” Aku terdiam.
“Biasalah kalau lelaki dengan perempuan berduaan kat hotel. Buat benda tulah.” Apa sebenarnya kaitan antara Shah dan Liza? Akan bertahankah ikatan perkahwinan mereka bila fitnah dan kerakusan manusia mula menunjukkan wajah?

Wednesday 3 February 2016

Cik Ayris Congeniality ~ Aisya Rihanna

AYRIS, Lana dan Wardah…tiga sahabat yang akrab sejak zaman belajar. Apa sahaja masalah teman-teman, Ayris pasti menjadi orang pertama yang menghulur bantuan sehingga digelar Miss Congeniality. NAMUN, pemergian Lana benar-benar buat Ayris menangisi diri sendiri… Amer, suami arwah Lana mengharapkannya… 

“Ris, kalau you tak bahagia... I akan menyesal seumur hidup I dan untuk apa perkahwinan kita ni kalau begitu caranya? I merayu pada you, bagilah I peluang sayang you. Jaga you. I berjanji tak akan ambil kesempatan terhadap you,” pujuk Amer. 
“I sayangkan Ayra. Farhan tinggalkan I. Daddy simpati pada you. I terpaksa terima you!” Ayris mula menangis. 
“I benci you sangat! Sebab you, Farhan tinggalkan I.” 

DEMI Ayra, Ayris pujuk hati menerima Amer. Namun, kecuaian Ayris pada suatu hari menyebabkan Ayra meninggal dunia. Rumah tangga mereka berkecai. Namun, Farhan si bekas kekasih sebagai ketua jabatannya sentiasa memerhatikan dan mengambil berat bagaikan menghidupkan nyawanya kembali… 

“Serabutlah you ni. Boleh tak sabar. Lepas rombongan Farhan balik. You boleh pergi. Diorang bincang lama tu. Al-maklum, nak bincang resepsi grand untuk Cik Janda dan Encik Duda...” 
Aida ketawa lagi. Ayris ketawa juga mendengar lawak kawan baiknya itu walaupun hatinya gundah. Tiba-tiba Ayris menadah tangan. 
“Ya Allah, percepatkanlah perbincangan di bawah. Aku ada hal penting ni. Amin.” Aida geleng kepala. 
“Sabar I kata. Kejap lagi naiklah bakal ibu mentua you tu.” Telefon milik Ayris di atas meja solek tiba-tiba berbunyi. Ayris yang sedang berdiri, berjalan laju untuk mendapatkan telefon bimbitnya itu. Nasib tidak menyebelahi Ayris. Dia jatuh terjelepok akibat terpijak hujung kain baju pertunangannya. 

“Ya ampun, Ris!” Aida terjerit. 
“Assalamualaikum...” Ayris yang masih terjelepok mula panik. 
Apakah emak Farhan akan jadikan alasan ini untuk menolaknya? MAMPUKAH Ayris membina bahagia kerana emak Farhan tidak menyukainya yang janda dan Amer gunakan alasan Anggun, anak mereka untuk milikinya semula? Sentiasakah dia menjadi Cik Ayris Congeniality yang menyenangkan rakan-rakan dan berkorban demi kebahagiaan orang lain?
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80