NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 22 February 2016

Kerana Kau Bidadari ~ Azri Misti

Segalanya berlaku tanpa diduga. Sharif, samseng yang sememangnya di benci Emma tiba-tiba terperangkap bersamanya di sebuah pulau terpencil. Mereka diculik tatkala lelaki itu cuba menyelamatkannya daripada dibunuh pembunuh upahan.

Emma sedar bahawa dia memerlukan Sharif untuk terus hidup di pulau itu. Jadi, dia sering menggunakan kecomelan wajahnya demi mendapatkan sesuatu. Sharif juga tidak mahu kalah. Setiap bicaranya pasti menyakitkan hati.

“Lu nak air kelapa?” pelawa Sharif lembut.
“Nak!” jawab Emma riang.
“Panjatlah sendiri!” balas Sharif dengan tawa jahat. Puas hati.
“I hate you!”

Tetapi semakin kenal, semakin kagum Emma terhadap lelaki itu. Solatnya tidak pernah tinggal. Bertanggungjawab, makan minum dan keselamatannya di utamakan. Maka dalam diam hadir perasaan sayang di sanubari.

“Nak salam cakap. Nak cium tangan? Pipi?” usik Sharif nakal.
“Jangan nak mengada! Saya ingatkan tengah berjemaah dengan papa tadi. Terbawa-bawa pulak. Maaf.”
“Ingatkan tengah berjemaah dengan papa atau dengan suami?” soal Sharif seraya berdiri menarik daun pisang ke pinggir unggun api.

Namun, mereka tidak bersendirian di pulau itu. Terdapat satu kumpulan pengedar dadah terbesar di Asia bertapak di sana! Pelbagai aksi mendebarkan terjadi sepanjang diburu para pengganas tersebut. Dan sekali lagi Emma dikejutkan dengan kelincahan lelaki itu bertempur. Ibarat Rambo di medan perang!

“Siapa awak sebenarnya?” Sharif membuang pandangannya jauh-jauh. Tak mahu menjawab.
“Awak bukan samseng. Saya yakin.”

Siapa Sharif sebenarnya? Siapakah lelaki-lelaki misteri berpakaian serba hitam yang menggelar Sharif sebagai Kolonel? Berjayakah pembunuh upahan itu ditangkap? Mampukah Sharif menunaikan janjinya kepada Emma untuk bersama-sama meloloskan diri dari ‘pulau neraka’ itu? Kerana Kau Bidadari, mungkin ke Emma mula bertakhta di hatinya?
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...