Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 26 August 2016

Daftar Semula Cinta ~ Afifah Yusof

Ini kisah tentang Nadhirah. Dia merupakan seorang anak, adik, sahabat dan cikgu di Pusat Disleksia. Rona hidupnya sedikit berubah apabila dia dan lelaki itu bertemu.

“See. You are too cute, Nadhirah. Sampai I tak boleh pandang tempat lain.” - Syed Adwan

Takdir memang sudah tertulis yang mereka akan berjumpa lagi dan lagi. Nadhirah berada dalam dilema apabila rakan baiknya meluahkan perasaan.

“Aku nak Adwan jadi boyfriend aku. Suami aku.” - Siti Hawa

Syed Adwan bin Syed Salleh. Dalam hidupnya tiada yang lebih penting selain ibunya, Puan Maimun. Walaupun bapanya masih hidup, kehadiran lelaki itu sering mendatangkan pergaduhan di antara mereka kerana rahsia silam.

“Kenapa you baik sangat? You patut fikir pasal diri you sendiri. Kenapa perlu nak susahkan diri untuk orang macam I?” – Nadhirah

“Sebab you jodoh istikharah I.” – Syed Adwan

Nadhirah semakin keliru apabila Syed Adwan memberinya sebuah buku berjudul Aku Nikah Akan Dikau sebagai hadiah. Judulnya sebagai tanda perasaan lelaki itu kepadanya. Kekeliruan terjawab apabila rahsia tentang Siti Hawa terbongkar.

Hidup mana yang tidak ditimpa masalah. Kadangkala yang mahu dielak itulah yang terjadi. Apa yang ditakuti Syed Adwan sudah pun berlaku. Bapanya, Syed Salleh juga menyukai Nadhirah. Apa yang sedang berlaku ini? Situasi yang membuatkan kisah biasa ini menjadi luar biasa.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00