NOVEL / BUKU UNTUK SEMUA... DENGAN HARGA HEBAT!!

PEMINAT TEGAR novel & buku semua.
Jom dapatkan bahan bacaan menarik dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj pos adalah MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, 23 March 2017

Bukan Cinta Biasa ~ Izzul Izzati

(SEM & S/S) RM26.90 > RM23.70

Kemanisan bercinta mahupun mencintai belum ada dalam lipatan kamus hidup Shahira. Bagi Shahira cinta tidak perlu dipaksa…tak perlu dicari…kasih akan datang sendiri tanpa diduga.

“Ira tahu tak, selagi Nuar terus bernafas selagi itulah Nuar tak akan berhenti daripada merindui Ira. Hanya Ira yang Nuar nak. Pertama dan terakhir.” Anuar dengan bersungguh-sungguh menyakinkannya.

Shahira sering menjadi perhatian ramai pelajar lelaki di kampus termasuk pensyarahnya. Namun sebagai insan biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa.

Jesteru itu ungkapan cinta yang diharap dan ditunggu oleh mereka termasuk teman baiknya, Anuar sejak dari bangku sekolah lagi diserahkan kepada jodoh dan takdir.

“Yang awak berdiri kat sini macam tunggul kayu tu, apa hal?” soal Shahira dengan nada marah. Geram melihat Azlisyam begitu seronok ketawakannya.

“Awak ingat saya saja suka-suka duduk depan awak? Ingat muka awak tu cantik sangat ke, nak saya tatap? Itu kan kereta saya, yang awak halang laluan saya tu, kenapa?” Dengan selamba Azlisyam berkata. Saja nak menyakiti hati Shahira.

Pertemuan Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan banyak konflik dan persengketaan di antara mereka.

Keadaan bertambah celaru tatkala keluarga Shahira telah mengatur jodoh tanpa pengetahuannya di saat cinta mula berputik dalam diam.
Masa merubah segalanya. Takdir dan Suratan-Nya tiada siapa yang dapat menghalang. Kesetiaan cinta menuntut sejuta pergorbanan.

Siapakah jodoh Shahira? Adakah seorang sahabat yang sentiasa setia bersama di saat sukar atau pun cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantaran pertengkaran dan konflik yang sering terjadi di antara mereka atau mungkin dia terpaksa akur dengan pilihan yang telah diaturkan oleh keluarganya? Bukan Cinta Biasa, siapa yang menjadi pilihannya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...