Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 2 May 2017

Cinta Asma Dan Ferhad ~ Shima Awang

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Kenal tak sampai beberapa hari, mereka telah bersatu dalam sebuah perkahwinan paksa rela. Baik Asma mahupun Ferhad membahagiakan Nek Som menjadi keutamaan mereka. Walaupun ada keraguan dalam hati, Asma cuba menerima seikhlasnya Ferhad sebagai suami.

“Dah termaktub jodoh abang dengan Asma sejak dari alam roh lagi. Jadi siapa abang nak tolak jodoh ini.” – Ferhad

“Tapi kita tak pernah kenal pun. Tiba-tiba kena kahwin. Tak rasa pelik ke?” – Asma

“Asma, orang dulu-dulu kahwin lagi pelik. Macam nenek dengan atuk dulu. Tak pernah tengok muka pun, lepas akad nikah baru tengok dan kenal pasangan. Jadi kes kita ni tak pelik pun, sebab kita dah kenal. Dah jumpa sebelum nikah.” – Ferhad

Mereka bahagia menjalani kehidupan suami isteri dalam tempoh yang agak singkat kerana Ferhad perlu kembali ke UK untuk bekerja. Perkahwinan jarak jauh ini menguatkan cinta dalam hati mereka. Namun, perkahwinan mana yang tidak dilanda badai.

Tiffany, baginya Ferhad adalah cinta pandang pertamanya. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membahagiakan lelaki itu. Tetapi bagi Ferhad, sayangnya tidak lebih daripada seorang kawan baik.

‘Aku tidak boleh kehilangannya.’ – Tiffany.

Selepas kematian Nek Som, Ferhad tiba-tiba hilang. Asma hampir kehilangan semangat untuk hidup. Dia dituduh pembunuh Nek Som. Dia juga dituduh tamakkan harta Nek Som. Apakah sebenarnya yang terjadi? Di manakah Ferhad?

“Sekali abang lafazkan akad, abang akan terus memegangnya sehingga hujung nyawa. Abang akan tetap pertahankan ikatan suci kita.” – Ferhad

“Aku tak sangka kau begitu kejam kak. Tak berperikemanusiaan. Rupanya selama ini orang yang kau kutuk tu Asma.” – Fahim