Elis Qaisara itu polos dan naif. Bila Raja Ashman si Tuan Pengarah Urusan di tempat kerja barunya selalu ‘himpit-himpit’, dia mula tangkap leleh, jatuh cinta setengah mati. Namun, pertemuan Elis dengan keluarga Raja Ashman merobek hatinya. Sejarah pahit terungkai semula. Khabar pelangi yang diharapkan, ribut taufan pula yang datang.
“Saya tak pernah pikat awak. Saya tak ada niat nak buat awak jatuh cinta pada saya.” – Raja Ashman.
Kenyataan Raja Ashman pula makin buat luka hatinya parah. Dia kecewa dan menjeruk rasa. Jika itu takdirnya, dia rela undur diri. Tapi, jangan pula suatu hari nanti jilat ludah sendiri! Tenyata sumpahan Elis memang menjadi. Bila Elis baik dengan Amier, si sepupu yang mahu dijodohkan dengannya, Raja Ashman mula tunjuk belang.
“Lain kali jangan ajak bakal tunang saya ni keluar dengan encik bos.” - Amier
“Baru bakal tunang. Belum jadi tunang atau isteri kau lagi kan?” – Raja Ashman.
Dan bila Datin Nazirah mahu kenenkan Elis dengan Raja Afiq, Raja Ashman makin tak senang duduk. Betulkah Raja Ashman tak ada hati pada Elis? Atau memang Raja Ashman sudah terkena sumpahan Elis, terpaksa menjilat ludah sendiri? Apa sebenarnya rahsia yang tersembunyi antara Elis dengan keluarga Raja Ashman?