ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 20 October 2017

Encik Kembar Jatuh Cinta ~ Aira Eddy

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

TENGKU ZALIF baru selesai solat namun Didi masih di atas katil. Puas dia mengejutkan isterinya tetapi tidak dihiraukan oleh Didi. Akhirnya Tengku Zalif solat sendirian.

“Saya kira sampai tiga, kalau awak tak bangun jugak. Siap!” Tinggi nada Tengku Zalif.

Didi menekup mukanya dengan bantal. Malas mendengar leteran suaminya.

Okey, tak nak dengar, kan…” Tengku Zalif bergegas ke bilik air dan membawa semula segayung air.

“Siap kau! Degil sangat.” Laju langkahnya ke tepi katil. Bantal yang menekup muka Didi dirampas lantas air di dalam gayung dicurah ke atas muka Didi.
Rasakan!

Tercungap-cungap Didi saat air masuk ke dalam lubang hidungnya. Sepantas kilat dia duduk.

“Awak ni kenapa? Nak bunuh saya ke?” Soal Didi sambil terbatuk-batuk. Jelingan diberikan pada
suaminya.

Tengku Zalif tersenyum puas. “Ha’ah. Memang. Kalau boleh orang yang tak nak solat ni, dibunuh saja. Senang sikit kerja aku! Tak banyak dosa nanti. Hei! kau dengar sini! Aku ni suami kau, tau? Dari atas sampai bawah aku tanggung dosa kau! Sekarang kau tak payah banyak cakap. Kau bangun! Solat!” Tengku Zalif dah macam singa. Keturunan drakula.

Mata Didi terbeliak. Laju langkahnya ke bilik air. Selang beberapa minit Didi keluar semula dan
terpaksa melakukan solat yang sekian lama dia tidak lakukan, di hadapan suaminya sendiri.

Tengku Zalif sudah menyiapkan baju untuk isterinya. Sejurus sahaja Didi melipat telekung,
Tengku Zalif menyerahkan baju pada isterinya, “Kau nampak tak iron board kat hujung tu. Kau
gosok baju aku ni. Lepas tu dalam rumah ni kau kena pakai baju longgar-longgar macam ni. Kau jangan nak menggedik pakai baju hantu bungkus tu!”
Tengku Zalif sudah memulakan misinya. Didi hanya menurut. Banyak benda dia kena bersabar
semata-mata mahu diceraikan. Didi meneliti baju blouse saiz L.

“Saya saiz S kenapa kena pakai saiz L?”

Tengku Zalif yang sedang ralit melihat tab di tangan terus bangun dari katil. “Sebab dalam rumah
ni, ada mata-mata yang tak boleh pandang tubuh kau! Kalau kau nak sangat baju saiz S, kau boleh
pakai depan aku saja. Faham?”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...