Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 26 January 2018

Kerana Janji ~ Jasmin Syakura

(SEM & SS) RM28.90 > RM25.40

Kehidupan Irfan Anwari kucar-kacir akibat onar daripada Zaki. Tunangnya Damia dibawa lari, harta bendanya dicuri dan paling memeritkan hutang berjumlah ratusan ribu yang ditinggalkan oleh Zaki untuknya. Lamaran dari Ayra Kamilia datang tanpa diundang namun membawa penyelesaian kemelut dirinya.

“Kahwin dengan saya dan saya akan settlekan semua masalah awak. Encik kena ingat, hutang-piutang encik ini akan menyebabkan encik menderita bertahun-tahun tetapi sekiranya encik setuju kahwin dengan saya, setahun je deritanya,” kata Ayra Kamilia.

“Awak tak takut ke? Yalah, awak bukan kenal saya pun. Mana tahu saya ni serial killer, rapist atau ahli kongsi gelap?” soal Irfan Anwari.

Kerana nyawa ibunya, Irfan terpaksa menerima lamaran gadis itu walaupun banyak persoalan yang tiada jawapan.

“Tetapi kenapa saya? Kenapa Cik Ayra pilih saya? Ramai lagi lelaki lain di luar sana yang saya pasti ingin berkahwin dengan Cik Ayra,” tanya Irfan pelik.

“Saya ada sebab saya tersendiri, insya-Allah satu hari nanti saya akan jelaskan,” balas Ayra.

Bahtera perkahwinan yang bersandarkan perjanjian di atas kertas, goyah dengan kehadiran Damia tunangan Irfan. Dendam Zaki dan campur tangan Datin Roziah akhirnya memisahkan mereka. Namun apabila Irfan dan Ayra kembali bersama, perjanjian di atas kertas itu masih menjadi halangan untuk melayari bahtera perkahwinan mereka. Kerana Janji, adakah nilaian cinta mereka lebih hebat dari kertas perjanjian itu? Cinta Irfan dan Ayra mungkin ke akan menyatukan mereka?