ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 10 February 2018

Jangan Padam Rindu ~ Rina Farizq

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

“Stop thinking nonsense and get the unwelcome thought out, lady. Saya tahu apa yang awak fikirkan.”
“Of course you do.” Sahutnya dengan sinis sambil melarikan pandangan. Fauzan, lelaki yang… gatal!

Fauzan menarik nafas dalam-dalam, Ellina benar-benar mengharu-birukan perasaannya. Dalam pada dia geramkan pemikiran Ellina, bibir tak dapat menahan senyum. Ellina bijak memikirkan sesuatu yang begini agaknya.

Pemikiran Ellina yang nakal itu, membuatkannya rasa tak sabar-sabar nak jadikan Ellina miliknya yang sah.

“El…lina…” Dia menyebut nama itu perlahan. Ellina sekadar mengerling sekilas sebelum memandang ke arah lain semula.

“You’re sweet, beautiful, naughty, weird and so oblivious!” Katanya sambil menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung pula, “and... I really like you, lady.”

Perlahan-lahan Ellina mengangkat muka, memandang Fauzan yang tenang merenungnya. Dada sudah bertukar rentak, irama perlahan dan senandung mula bergendang. Indah dan berbunga-bunga bila ada orang yang memuji dan sukakan kita.

“Makan. Sebelum saya terasa nak makan perempuan yang bernama Ellina Hashim.”

Terus hilang rasa indah dan berbunga-bunga itu tadi bila suara husky mula keras mengugut. Haish… potong betul! Baru nak feeling! Terus pandangannya jatuh ke pinggan yang berisi ayam goreng yang disorongkan kepadanya.

Ayam goreng Fauzan hanya bercuit sedikit. Sekarang dia tak rasa terliur pun pandang ayam goreng tu.
Seleranya mati serta-merta.

“My lady…”

Dia dengar Fauzan berdesis dengan perlahan sambil mengambil semula coleslaw yang ada di hadapannya. Dia lupa coleslaw itu makanan kegemaran Fauzan bila ke sini. My man, bisik hatinya pula.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...