ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 26 February 2018

Tidak Mungkin Berpaling ~ Nurfaz

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

“Baiklah. Saya janji. Saya tidak lagi buat semua tu... dan biarlah kali ni pertemuan terakhir kita. Saya nak awak tahu. Cinta saya ikhlas. Tapi saya janji tidak sesekali kacau awak lagi...”

ITULAH janji Thia, gadis cantik, bijak, berkerjaya dan sukakan kanak-kanak setelah meluahkan rasa cintanya terhadap Zarul, lelaki yang dikenali di alam maya.

TETAPI siapa sangka ada pertemuan kali kedua untuk mereka. Ia bukan pertemuan indah seperti novel-novel yang Thia tulis. Cintanya dihina, diragui sedangkan dia hanya insan terpilih yang dipertanggungjawabkan oleh arwah Qalisya, kakak Zarul untuk menjaga anak-anak saudara lelaki itu.

“Perempuan macam Nur? Apa maksud abang dengan perempuan jenis saya?”
“Perempuan yang sekadar perempuan. Tidak lebih.”
“Perempuan yang habis madu sepah dibuang? Atau perempuan untuk lepaskan nafsu seperti pelacur?” Thia makin mengasak. Dia tidak peduli ayat sinikal yang digunakan. Memang itu kan pandangan Zarul padanya?

CUKUPLAH! Tiada lagi Zarul. Tiada lagi cinta. ‘Awak tidak perlu jadi suami untuk bantu saya dalam keadaan begini, awak hanya perlu jadi seorang manusia...’

“Stop calling me, Nur! Awak tak layak. Berapa kali saya kena ulang benda yang sama!” - Thia

BENARKAH Zarul tidak layak?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...