Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 29 June 2018

KIEF ~ Dhiya Zafira

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Apakah perasaan bila anda kemalangan pada hari pernikahan dan hanya sedar 5 tahun kemudian?

Apa yang dirasa bila anak yang ditatang dengan minyak yang penuh, tiba-tiba ada yang mendakwa itu bukan miliknya?

Apa yang harus dilakukan, bila masa silam yang cuba dilupakan kembali menghantui dan mengekori dalam diam?

Sesungguhnya dendam itu amarah yang marak apinya. Sama ada kita berjaya keluar atau hangus terbakar terperangkap di dalamnya.

Bagi Kief dan Arin, mereka hanya mahu mencari bahagia. Namun hidup yang baru bermula adakah sudah sampai ke penghujungnya?

"There are some things in life that are worth fighting for till the end."

#YANA ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Biar gila. Biar kiamat dunia. Kau tak mungkin dapat semua yang kau inginkan kerana ALLAH ada."

Itu janji Yana ketika moyang Lee yang telah mati berkurun yang lalu, muncul dan menuntut keadilan di atas kematiannya. Mengapa baharu kini, Lilly muncul? Kenapa dia yang tidak kena mengena, perlu pegang watak utama dalam drama penuh emosi ini?

"Kalau di akhir cerita, kita sama-sama mati...macam mana Lee?
"Soal hidup dan mati bukan urusan kita, Yana."

Jadi bahagian mana yang menjadi urusan mereka?
Waktu Yana hampir mati diamuk Lilly yang tidak mahu Yana kenal makna bahagia?
Waktu mama Lee berkeras menentang dan menuduh Yana punca segala bala?

Yana : Aku tak mahu bercinta Lee kalau macam ini sengsara yang perlu aku hadap bertahun-tahun lamanya.

Lee : Bila kau terseksa, aku akan menderita. Percayalah sengsara aku jadi berganda.

Cinta Terlebih Gula ~ Lynn Dayana

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.20

“I boleh makan tiga kambing, dua ayam, seekor itik dan separuh lembu.” Ady memberitahu dengan bersungguh-sungguh.

Zahra berpaling dan mengerutkan dahi. Ini manusia atau apa?

“Nak pergi menuai bendang tiga hektar? Nak menoreh lima ekar? Atau nak memancing setengah lautan?” Zahra bertanya.

Ady mencapai tangan Zahra dan mereka berpimpinan seiringan berjalan sama.

“Salah tu. Itulah tahap tenaga yang I perlukan untuk jaga seorang Zahra.”
“Are you sure?”

Senyuman meleret diberikan oleh Ady. Dia menarik tangan Zahra supaya lebih laju mengatur langkah. Dan Zahra mengikut sambil ketawa. Macam budak-budak.
Erk, memang pun budak sikit dari dirinya. Muda tiga tahunkan? Zahra ketawa kecil.

Seperti Ada Cinta ~ Hezzy Azra

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Bertahun menyulam cinta, yang Farra Nuha dambakan hanyalah sebuah mahligai indah bersama Ilhan. Tetapi semakin tiba hari bahagia, impiannya semakin jauh hendak digapai.

Farra: You’ve changed, Ilhan!
Ilhan: Or is it you? Berubah sejak berjumpa doktor muda tu?
Benarkah begitu? Farra terpempan.

Argh… Nashriq cuma secebis kisah di zaman remaja. Seharusnya di antara mereka tidak ada apa-apa yang merantainya. Tetapi kenapa dalam diam, kemunculan doktor itu dinanti? Madah kata doktor itu yang dijadikan inspirasi?

Nashriq: If he’s not doing anything to fix the relationship with you… then why are you fighting to stay?

Seperti Ada Cinta… bila cinta itu mula terasa. Tetapi sayangnya, tidak terungkap di ruang dan waktu yang sama!

Monday 25 June 2018

77 Resipi Istimewa Air Fryer ~ Chef Hanieliza

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai aneka hidangan harian yang mudah dan cepat dimasak dengan Air Fryer pelbagai guna. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.

Antara Kandungan:
Ayam

Ayam Bakar Berempah
Ayam Bakar Lada Hitam
Ayam Bakar Serai
Ayam Bakar Tomyam
Ayam Cajun & Coselow
Ayam Goreng Berempah

Ikan dan Makanan Laut
Begedil Sardin
Ikan Bakar Air Asam
Ikan Bakar Serai
Ikan Bakar Tomyam
Ikan Bilis Goreng Cili Api

Daging
Bolognese Cheesy Fries
Burger Homemade
Daging Bakar Lada Hitam
Sosej Goreng Lada Hitam

Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps (Edisi Kemaskini) ~ Allan & Barbara Pease

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.
  • Mengapa lelaki mendengar seperti patung 
  • Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian 
  • Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta 
  • Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan 
  • Mengapa apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri 
  • Mengapa wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja 
  • Mengapa lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar 
  • Mengapa lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa 
  • Mengapa lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik
Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.

Rajuk Rindu ~ Aisya Sofea

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

SHEIKH Amiruddin, lelaki kacak dan berkarisma. Sekali pandang mampu menawan mana-mana hati wanita. Namun tidak pada Su. Padanya, lelaki itu sombong, angkuh dan ego. Setelah mengetahui mereka adalah adik-beradik sepupu, segalanya berubah.

Sheikh Amiruddin mula menyenangkan hati Su. Malah kehadiran dua orang anak saudaranya mendekatkan lagi hubungan Su dengan lelaki itu. Namun kemunculan angah adik lelaki Sheikh Amiruddin seolah-olah mencabar keeogannya. Kehadiran Sherina yang kononnya ingin menawan hati anak-anak yang ditinggalkan pada Sheikh Amiruddin turut mengganggu-gugat hubungan mereka. 

Hubungan Sheikh Amiruddin dan Su semakin tegang. Su pula mempersoalkan tentang kejujuran Sherina. Ternyata Sheikh Amiruddin lebih percayakan bekas kekasihnya hingga menuduh Su cemburu dan mengadakan cerita. Bagaimana akhirnya hubungan Su dan Sheikh Amiruddin? Sampai bilakah cemburu Sheikh Amiruddin akan hubungan adiknya dengan Su? Dan bagaimana pula hubungan Sherina dengan anak-anak yang dibesarkan Sheikh Amiruddin? Apakah wanita itu seorang mummy yang boleh dipercayai?

Cinta Tak Sengaja ~ Siti Nur Dhuha

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Dalam satu kejadian tersilap masuk bilik hotel, telah menemukan Fieza Eviena dan Raja Irwan Afenddi. Eviena telah menyangka, dirinya telah dinodai oleh Raja Irwan Afenddi atau lebih gemar digelar sebagai Raja Ferdy. Bermula dari situ, Fieza Eviena mula memburu Raja Ferdy untuk memperisterikannya.

Namun Raja Ferdy adalah anak pemilik syarikat penerbitan terkenal dan berpengaruh. Mana mungkin dia sudi menjadikan Eviena, sebagai bakal isterinya. Kerana satu insiden, Fieza Eviena muncul di sidang media dan mengaku di hadapan wartawan yang mereka akan berkahwin tidak lama sahaja lagi, membuatkan Raja Ferdy semakin berdendam. Rancangan untuk menganiayai Eviena mula dirangka. 

Rancangan bermula apabila Raja Ferdy berpura-pura mahu memperisterikan Fieza Eviena dan mengajak gadis itu bercuti di sebuah kapal persiaran mewah. Dia merancang mahu meninggalkan Fieza Eviena di tengah lautan dengan memberikan minuman supaya Fieza Eviena pengsan. Lalu gadis itu dialihkan ke dalam sebuah bot di tengah lautan itu. Malangnya, sewaktu Raja Ferdy ingin kembali ke kapalnya, dia juga turut ditinggalkan kapal persiaran itu atas arahan seseorang.

“Saya bakal isteri Tuan Raja Irwan Afenddi. Kami akan melangsungkan pernikahan tidak lama sahaja lagi, insyaALLAH. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ya.” ~ Fieza Eviena ~
“Ini yang kau nak sangatkan? Jadi terkenal. Dapat perhatian. Sekarang senyumlah depan kamera. Kenapa buat muka macam tikus nampak kucing.” ~ Raja Ferdy ~

Adakah Fieza Eviena berjaya membuatkan Raja Ferdy menikahinya? Bagaimanakah penerimaan Raja Ferdy terhadap wanita itu?

Lelakimu Yang Dulu ~ Farah Darianna

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Bertemu, bercinta dan berkahwin. Mudah aturan hidup Hazrul dan Daliya. Tetapi bukan manusia namanya jika hidup tidak diuji. Ketika sedang bahagia, Hazrul ditimpa musibah.

"Tolong beritahu Liya, bukan abang yang lakukan semua tu?" - Daliya

Kebisuan si suami untuk menafikan tuduhan buatkan Daliya kecewa. Dia pergi membawa hati yang lara.

Pertemuan semula selepas dua tahun membongkar rahsia yang selama ini Daliya simpan. Rupanya, mereka ada zuriat. Heidi Isyraf bin Hazrul Izzuddin itu buktinya. Bagi Hazrul, Daliya isteri yang tidak setia. Meninggalkannya saat dia kehilangan segalanya.

"I nak jumpa anak I!" - Hazrul
"Lepas apa yang you buat, you masih nak mengaku yang Heidi tu anak you?" - Daliya

Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu. Dia tak mungkin akur pada kehendak Hazrul yang masih bergelar suaminya. Hazrul pula, bukan lelaki yang mudah mengalah. Si anak dijadikan alasan untuk memerangkap Daliya agar kembali padanya. Dan kuasa yang dimiliki Hazrul buatkan Daliya tidak punya pilihan.

"I promise, apa yang kita buat ni adalah untuk Heidi. Only for him." - Hazrul
"Tapi tak bermakna kita akan berkongsi bilik yang sama, kan?" - Daliya
"Come on, Daliya. You kembali sebagai isteri I, bukan housemate. So, we're sharing this room." - Hazrul

Setelah apa yang terjadi, apakah tiada sisa cinta di hati mereka? Benarkah segalanya dilakukan hanya kerana si anak?

Orked Buat Hud ~ Sha Ibrahim

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Hud!” “Ermmm…” “Hud! Bangunlahhh!” Bahu Hud digoncang perlahan.

Perlahan Hud buka mata. Telefon bimbit di sebelah dicapai. 4.30 pagi! Mengigau ke apa budak ni? Terus dia tarik selimut dah tutup seluruh badan.

“Hud!” Izwan separuh menjerit. Sakit hati apabila Hud seakan-akan langsung tidak terkesan dengan panggilannya.
"Kau dah kenapa?" Hud rasa nak mengamuk. Izwan ni tak reti tengok jam ke?
"Bangunlah!" Suara Izwan rendah sedikit.
"Nak pergi mana?"
"Sahur." Serta-merta Hud bangkit daripada perbaringan. Terkelip-kelip dia pandang Izwan yang sudah lengkap berbaju Melayu. Eh! Izwan dah berbaju Melayu. Dari mana datangnya baju Melayu tu? Ah! Yang tu dia fikir kemudian.

"Kau ulang lagi sekali, bro? Aku tak berapa nak dengar tadi. Sahur?”
"Cepatlah! Nanti waktu sahur habis. Lepas tu kita pergi solat Subuh di masjid."

Saat itu jugalah Hud berdekah-dekah menghamburkan tawanya. Terbaring semula sambil pegang perut sendiri. Hilang sudah kantuknya.

"Kau dah kenapa?" Ini yang dia malas nak ajak Hud. Tapi takkan dia nak pergi sendiri? Seganlah pulak. Lagi satu apa yang dia nak jawab dengan Tan Sri Omar kalau Hud tak ikut sekali. Hakikatnya ini arahan Tan Sri Omar juga. Dia pula, ambil peluang yang ‘terhampar’ depan mata.

"Ok! Sorry...ni aku nak tanya. Kau ni nak pergi solat Subuh ke nak pergi jumpa anak Cikgu Melati tu?"
"Anak cikgu Melati mana pulak ni?" Sedaya-upaya Izwan mengawal riak wajahnya.
"Anggerik tulah! Kakak budak Orked tu. Kau nak pergi jumpa Anggerik sebenarnya kan?"

Ulama Hadis: Makhluk Asing dari Bumi ~ Kamilin Jamilin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Lebih 70 kisah-kisah luarbiasa tetapi benar tentang ulama.

Bukan sahaja menjadi motivasi, bahkan uniknya mampu menjadi teguran buat kita semua.

Antara Kandungan:
1. “GENGGAMLAH TANGANKU KETIKA AKU MELIHAT SAKARATUL MAUT.”
2. “AKU TELAH DIUJI DENGAN POPULARITI.”
3. BETAPA IKHLASNYA MEREKA DALAM BERAMAL!
4. AZAM & TEKAD ABU AL-QASIM AL-ZANJANI
5. KEMPUNAN MAKANAN KEGEMARAN DEMI BERKEJARAN KE KELAS HADIS
6. KEGIGIHAN ABU HATIM AL-RAZI DALAM MENUNTUT ILMU YANG MEMPERSONA!
7. DARIPADA PENYAIR KEPADA ILMUWAN TERSOHOR DUNIA!
8. KESUNGGUHAN SA’ID BIN JUBAYR MENCATIT ILMU
9. KERANA SATU HADIS
10. AURA AHLI HADIS!
11. JIKA AHLI HADIS DAHULU MASIH LAGI HIDUP LAGI KINI, APAKAH KEWARGANEGARAAN MEREKA?
12. KISAH TAUBAT AL-QA’NABI & FUDYAHL BIN ‘IYADH
13. MEMERAH KERINGAT DEMI MENGKAJI SATU PERAWI
14. KELANTANGAN MUGHLATAY DALAM MENGKRITIK GURUNYA AL-MIZZI
AL-DZAHABI DIKECAM MURIDNYA SENDIRI
15. Al-BUKHARI: KANAK-KANAK 11 TAHUN YANG MEMPERBETULKAN KESILAPAN GURUNYA
16. SIKAP EGO ‘ALI BIN ‘ASIM BIN SYUHAYB AL-WASITI
ILMU HADIS BAGAIKAN ILHAM!

Thursday 21 June 2018

Tak Perlu Sentap-sentap ~ Tintaakbar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

“Buku TAK PERLU SENTAP-SENTAP ini ialah contoh buku yang mampu menyentuh hati. Buku yang sangat dekat dengan remaja ini berjaya memberi jawapan yang tuntas kepada banyak persoalan yang berlegar- legar dalam kehidupan remaja. Rentak tulisannya yang cepat dan ligat mampu mengikut aliran fikiran remaja yang laju melayan arah fikiran yang sering berubah-ubah. Bentuk mengikut fungsi, maka beginilah bentuk buku yang sesuai untuk di dekati dan meresapi hati remaja.”

Detik Aku Berpaling ~ Farah Shahirah

(SEM & SS) RM19.00 > RM16.70

Cerita yang diadaptasi daripada kisah benar. Buku ini mengisahkan fasa kejatuhan yang membangkitkan diri Nur Wardani yang telah kehilangan cinta sejatinya, Muhammad Hafiz. Wardani sedar bahawa suatu pengharapan itu perlu diletakkan pada Tuhan, bukan pada manusia. Sehebat apa pun perancangan mereka untuk berkahwin tetap tidak akan mampu mengubah ketetapan Yang Maha Esa. Dilalui setiap detik kejatuhannya dengan penuh ketabahan dan penyerahan kepada Allah S.W.T.

Pada Awalnya, dia menyangka bahawa kehilangan seseorang yang dicintai itu membuatkan dia kehilangan dirinya jua. Namun tidak sama sekali. Dia mula menemui dirinya yang berbakat dalam bidang penulisan. Fasa berlalu fasa, dia kian menempah nama sebagai "doktor hati" yang menyediakan ubat-ubatan serta preskripsi melalui penulisan! Setiap bab daripada buku ini mempunyai pengisian dan ayat Al-Quran yang perlu dihayati. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakanmu.

Listen ~ Nurul Amirah Abdul Rahim

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Menarik di dalam:
- Sang Guruh yang Hero
- Walaupun seberat Biji Sawi
- Memori Indah Gua Bersama Rasulullah
- Aiskrim: Manisnya fitrah
- Pemadam; Analogi u-turn sebuah kehidupan
- Daun yang Gugur Tidak Pernah Membenci Angin
- Milik Siapakah Cincin Itu?
- Akar Wira yang tidak didendang
- 5 jari dengan keunikan tersendiri

Projek Mega Dalam Rumah ~ Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40
Dunia tahfiz hari ini makin diminati. Yalah, apabila persoalan WHY semakin difahami. Siapa tak nak kan segala kemuliaan dunia akhirat yang Allah janjikan? Persoalannya: Ada yang tak mampu hantar ke tahfiz sebab mahal, macam mana? Ada yang mampu hantar anak ke tahfiz tapi balik balik anak tu tak hidup dengan gaya hidup hafiz/hafizah, sekejap je lupa semuanya, macam mana ni? Solusinya:

#adakanmasa. Wujudkan projek mega tahfiz sendiri dalam rumah kita. Bukan dengan angan kosong tapi dengan perancangan bersistematik. Semakin besar WHY yang kita faham, semakin besarlah semangat kita berkobar kobar.

Buku Projek Mega Dalam Rumah hadir sebagai satu bentuk buku Parenting yang memahami niat suci anda itu...InsyaAllah. Dengan buku ini, apa yang kita belajar?

1. 5 Sebab Why kena jemput bahagia bersama Quran ni dalam rumah kita.
2. Kisah-kisah keluarga hafiz/hafizah.
3. Cara buat matlamat dan perancangan dalam keluarga.
4. Inspirasi demi inspirasi.