Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 20 July 2018

My Stupid Cupid ~ Miss Elle

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

"Mulai hari ni, Patricia Eden akan jadi anak kita. Kita namakan dia Sonia Iris." - Puan Naimah

Mata kebiruan dan rambut keperangan membuatkan bayi berusia empat bulan itu sungguh comel dan menawan.

Tak sampai lima minit Shah dan Sonia bersua muka, Shah telah menepuk wajah Sonia sehingga ruang tamu mulai bergema dengan tangisan.

"Shah! Kenapa pukul adik macam tu?" - Encik Yusuf
"Shah tak suka adik baby." - Aiden Shah

Mulut kata tak suka, ucapan benci meniti sedia di bibir. Tapi hati berkata lain.

"Ehem! Dengar sini semua ya? Aku tak suka sesiapa buli girlfriend aku. Mulai hari ini, aku nak beritahu korang, Sonia ni awek aku. Kalau ada sesiapa yang kirim surat bodoh tu lagi atau kacau dia, siap korang!" - Aiden Shah

"Abang demam ke ni?" - Sonia Iris
"Eh, bodoh! Berapa kali aku cakap jangan panggil aku abang? Kau tak faham bahasa eh? Kan mama dah cakap banyak kali, kau tu anak pungut! Kau tak faham ke?" - Aiden Shah

Sedikit sebanyak Sonia terkesan dengan sikap kasar abangnya itu. Namun, lelaki itu tetap dia sayang. Tetap dia cari.

"Abang tahu tak first kiss tu apa?" - Sonia Iris

"Ehem. Tahu, kenapa?" - Aiden Shah

Sonia gelisah apabila Shah akan dihantar ke luar negara. Semuanya kerana dirinya. Shah dibuang sekolah dan daddy dan mama bertegas mahu menghantar Shah tinggal dengan saudara mereka di sana.

Bertahun-tahun Shah tidak pulang dek terasa hati dengan orang tua mereka. Sehinggalah lelaki itu muncul di hadapan semua. Dan tiba-tiba juga mama mereka meminta sesuatu secara tiba-tiba.

"Nia tak ingat ke first kiss kita dulu?" - Aiden Shah