ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 7 August 2018

Super Daddy ~ Dhiyana

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Demi Luqman Firdaus... Nuqman Danial kembali memunculkan diri setelah sekian lama menghilangkan diri. Sekeping nota ringkas... menimbulkan seribu persoalan di dalam kepala. Athar Faiz ditinggalkan sebagai tanda kenangan dan juga sebuah amanah yang perlu dipikulnya.

Kemunculan gadis yang bernama Inara Sofea di Bandung, penuh dengan misteri. Nuqman yang sememangnya sentiasa tenang, menghulurkan bantuan. Hati lelakinya mula dijentik perasaan halus apabila senang meluangkan masa bersama-sama Inara. Usikan mula menjadi penghias hubungan hati, walaupun bibir cuba berkias-kias kata.
Sekembalinya mereka ke Malaysia, sekali lagi mereka berdua dipertemukan di dalam satu insiden. Sekali lagi Nuqman dengan senang hatinya menghulurkan bantuan. Dan, juga mengambil kesempatan untuk mendekati Inara.
“Dah tengah meneran nak buat apa menyahut? Hilang mood tahu tak!” – NUQMAN DANIAL
“Hasil pelaburan Tuan tu batu ke apa sampai teran tak boleh nak menyahut? Nak membuang pun kena ada mood,” – INARA SOFEA
Usikan demi usikan semakin mendekatkan hubungan mereka berdua. Nuqman tak tertanggung lagi untuk menanggung rasa hati. Lantas dilamarnya Inara untuk menjadi teman halal untuk disentuhi.
Usai disatukan, kemisterian Inara mula tersingkap sedikit demi sedikit. Sepanjang mereka berdua saling mengenali dan menyulam kasih, Nuqman turut mula ‘diganggu’. Dan disebalik kehilangan Luqman, ada sesuatu yang dirancang.
Nuqman Danial memunculkan diri untuk merungkaikan misteri. Hadirnya Inara Sofea penuh misteri, tetapi hati terpaut pula pada si Super Daddy. Masihkah mereka berdua peluang untuk merasai kebahagiaan yang ikhlas hadir dari hati?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...