Kematian Bidan Senah menarik perhatian seorang wartawan muda, Benjy. Dia sanggup meredah kampung itu untuk mendapatkan cerita.
“Siapa perempuan cantik itu, tok?”
“Namanya Mas Ayu.”
Mas Ayu, kehadirannya ke kampung itu sangat tidak disenangi orang kampung, terutamanya Mak Puteh dan Melati. Ini kerana suami Melati, Musa, tergila-gilakan Mas Ayu. Mereka berpakat untuk membunuh Mas Ayu.
“Manalah saya tahu siapa yang bunuh dia.”
“Habis macam mana boleh kamu kata yang Mas Ayu itu langsuir? Kamu pernah nampak dia bertukar jadi langsuir?”