Bila kuasa TUHAN dilupakan
sebutan: pe-nye-ru
Penyeru adalah orang yang menyeru atau menyerukan. Terbit Daripada kata dasar seru, bermaksud memanggil atau melaung dengan suara yang nyaring untuk menarik perhatian.
DIA seorang lelaki yang hidup dengan jiwa yang terseksa dan merana. Kerana dia dilahirkan dengan hati yang baik dan jujur. Tetapi pada usia kanak-kanak, kehidupannya dirampas. Dia terpaksa bekerja. Gajinya besar. Hidupnya mewah. Dia mampu memiliki kereta yang berharga jutaan ringgit. Kerjanya itu adalah membunuh.
Julianshah tidak membunuh dengan senjata. Sebaliknya, dia menghapuskan sasaran dengan bantuan satu makhluk. Dengan kebolehan yang diberikan kepadanya ketika berusia sembilan tahun, dia mampu menyeru keluar makhluk yang taat pada perintahnya.
Seorang lelaki bernama Sernam membawa kebenaran kepadanya. Memberitahu tujuan sebenar kewujudannya. Tiada manusia yang tahu dan sedar, keselamatan bumi terancam. Bangsa manusia bakal pupus. Mendengar semua itu, Julianshah nekad mahu menyelamatkan keadaan.
Namun, bagaimana mungkin dia mampu menyelamatkan bangsa manusia dan bumi? Sedangkan dia adalah sebahagian daripada puncanya!