Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 31 January 2019

Tuan Perasan Maco ~ Shazie Kamaruzaman

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“I boleh tolong buat lelaki jatuh suka dekat you.” - Ben

Memang tergelaklah Alma Ameena. Sudahlah tiba-tiba saja muncul, kemudian melalut ofer perkara tak masuk akal. Ingat dia tu fairy godfather ke? Bibbidi-bobbidi-boo dan boom! Semuanya berubah? No, no, no. Ini bukan fairytale ya!

Fahd Benjamin nampak sendiri bagaimana Amee kena reject. Sadis sungguh! Selain kesian, ada alasan lain yang buat dia mahu makeover Amee. Daripada ugly duckling kepada beautiful swan.

Dah teruk kena sindir, Amee tekad menerima ofer Ben. Proses makeover dilalui. Amee ingatkan semudah ABC. Sekalinya, macam-macam task Ben beri. Itu belum lagi nak menghadap perangai Ben yang terlebih yakin dan selalu perasan maco tu!

“What? You nak cakap I maco? I memang hari-hari maco, Amee.” - Ben

Mulut Ben yang tak ada filter tetap buat jantung Amee bagai kena tumbuk bertubi-tubi dari dalam. Nak berterus terang dengan Ben, dia takut kena reject lagi. Cukuplah sekali saja dulu!