Patahnya hati Aamily bila dapat tahu Shawn curang dengan Tania, freshie yang ada agenda tersembunyi. Bila bertengkar sampai kena tindakan tatatertib, Aamily terpaksa masuk kelab Pembimbing Rakan Sebaya.
Di situlah permulaan sesi suai kenal antara Aamily dan Juan. Laser macam mana pun mulut si Juan, lelaki itu juga yang jadi hero. Dia boleh muncul bila-bila masa yang Aamily perlukan.
"Ucapan you are my hero dengan I love walaupun kau tak habiskan 'you' tu, aku terima." - Juan.
Bila sudah tahu siapa Tania, Shawn mula nak kembali pada Aamily. Memang Juan taklah nak kasi peluang lagi.
"Juan, terima kasih sudi jadi pelangi yang hadir selepas hujan." - Aamily.
Kadang-kadang cinta tak perlu diungkap, tapi boleh dirasa. Begitulah kisah Juan dan Aamily.