Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 11 April 2019

Taksub ~ Fitri Umirah

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Asywad Afendi adalah seorang penulis yang mempunyai masalah sosial, tidak suka bergaul dengan dunia luar dan hanya menumpukan sepenuh perhatiannya pada manuskrip.

Dunianya hanyalah didalam bilik, yang sering membawanya pergi kedalam dunia fantasi penulisan yang sedang dia siapkan.

Taksub, sebuah manuskrip yang diberi nama olehnya. Yang menceritakan tentang seorang penulis dibawah keadaan separuh sedar telah meneroka satu dunia yang berbeza namun jasadnya masih kekal dialam nyata.

Kisah yang di tulis tidak berpenghujung...

Kemunculan Ainul Batrisyah sebagai watak utama dalam manuskripnya telah membantunya dalam menyiapkan hampir sepenuh kisah. Setiap jalan penemuan yang dibawa, seoalah menceritakan hal yang sebenarnya berlaku dalam dunia realiti gadis itu.

Terlampau obses dengan apa yang dia nampak dan lalui, tanpa dia sedar... perwatakannya mulai berubah. Kini, peranannya bukan sekadar seorang penulis yang bermasalah sosial bahkan masalah pada personaliti diri yang dibawa dalam manuskrip.

Ditambahkan lagi dengan tekanan kerja yang perlu dia siapkan segera, keobsesiannya makin ketara bersama keseronokan meneroka dunia Ainul Batrisyah...

Kerana TAKSUB itu tiada penghujung.