Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 29 July 2019

Tafsir Surah Al-Anbiyaa' dan Juzuk 17 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50
Surah Al-Anbiyaa’ yang bererti nabi-nabi diturunkan di Makkah, diturunkan sesudah Surah Ibrahim. Dari tuntunan yang berkali-kali telah kita terima, soal-soal pokok yang jadi isi dari surah-surah Makiyyah ialah soal aqidah. Jika disimpulkan pula aqidah itu terhimpunlah dia kepada tiga.

Pertama, tauhid, iaitu pokok kepercayaan tentang keesaan Allah.

Kedua, Ar-Risalah, iaitu bahawa Allah mengutusmanusia-manusia yang dipilih-Nya sendiri buat menyampaikan wahyu yang berisi bimbingan dan pimpinan untuk manusia dalam menempuh hidup.

Ketiga, al-Ba’ats, iaitu kepercayaan bahawa di belakang hidup yang kita lalui sekarang ini akan ada lagi kebangkitan untuk hidup yang kedua kali.