Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 8 August 2019

Plot 365 Hari ~ Aesya Azahar

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Disebabkan tidak percaya dengan plot cerita novel dan drama yang cliché bagi mereka, telah mencetuskan idea gila antara dua sahabat.

“Since kau kata tadi kau tak percaya lelaki boleh berubah hanya semata-mata sebab perempuan, aku cadang kita buat something yang boleh cabar hipotesis kau tu!” – Farah

Zhafri Adam, seorang lelaki yang kaki perempuan dan pemabuk telah menjadi calon eksperimen itu. Maka bermulalah Ops Goda+Ubah=Success (Tinggalkan). Dengan menggunakan tiga formula Farah, perlahan-lahan Zhafri mula berubah. Begitu juga dengan perasaan Ayra walaupun dia sudah mempunyai teman lelaki.

What if I tell you that I love you? – Zhafri

I still have a few months to go. It’s going to happen, Farah. Insya-Allah, Zhafri akan berubah. Don’t you feel happy for him?” - Ayra

Namun, seseorang telah bertindak membocorkan rahsia Ayra kepada Zhafri. Berasa diri dikhianati, maka perasaan cinta terhadap Ayra bertukar menjadi benci dan dendam.

“Kau tak payah nak terus berlakonlah! Kau tak penat ke? Aku dah jumpa parents kau, mintak restu pada diorang untuk kahwin dengan kau. Sampai macam ni sekali kau perbodohkan aku? – Zhafri

‘Ya Allah, ampunkan aku. Aku mengaku… aku memang cintakan dia, separuh nyawa.’ - Ayra

Masihkah Zhafri mahu meneruskan dendamnya sedangkan di dalam hati sarat dengan rasa cinta buat Ayra? Benarkah teori lelaki boleh berubah dengan hadirnya cinta daripada seorang wanita?