ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, 17 September 2019

Detak ~ Ombak Pantai

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

“Kau tak layak jadi isteri aku, tubuh kau dah disentuh” – AQHAR ISKANDAR

Ikutkan hati mahu saja dia menampar lelaki itu, tetapi akalnya melarang. Hanya senyuman mampu diberikan atas penghinaan yang merendahkan dirinya. Kalau bukan sebab masing-masing tak nak bantah permintaan mak dan mama. Penyatuan ini tidak akan terjadi. Menjadi pengantin untuk manusia bernama Aqhar Iskandar bukanlah impiannya.

Nazeera Kasturi dan Aqhar Iskandar. Dua manusia bagai langit dan bumi. Menyandang sebagai Puan Muda di Ladang Paduka bukan sesuatu yang mudah. Nazeera perlu berhadapan dengan ketaksuban Aqhar dalam membanteras jenayah di kawasan sempadan hutan.

Pandangan mata, dia nampak saja rapuh, tetapi disebalik kerapuhan itu tersimpan satu rahsia. Ternyata dia bukan gadis sembarangan.

Suamiku Ketua Gangster #Revamp ~ Qhayra Qhayriesa

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Dingin, kaku, datar… itu watak penuh misteri Tengku Ishaan Danish.

Dia makhluk paling sinis dan selalu menghuru-harakan hidup sesiapa saja yang berperang dengannya kecuali seseorang…

“Awak yang buatkan saya jadi tak tentu arah dan sekarang, awak tanya pulak apa yang saya nak buat? Huh. Sepatutnya fikir habis-habis sebelum buat sesuatu. Kalau tak, macam inilah jadinya. Awak jugak yang dapat akibatnya.” – TENGKU ISHAAN DANISH

“Saya dah buat apa Tengku? Apa yang saya dah buat sampai Tengku tergamak nak buat begini pada saya? Apa salah saya?” – NURUL SARAH

Nurul Sarah, gadis itu biasa saja orangnya. Lurus bendul, tapi itulah yang mengikat jiwa Tengku Ishaan Danish.

Sarah pulak, nak jatuh cinta dengan Tengku Ishaan Danish memang rasanya tak masuk dalam list hidupnya. Akalnya tak cukup kuotakah sampai nak mempertaruhkan nasib di tangan ketua gengster.

Sesungguhnya Itu Kamu ~ Tiey Anam

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Tujahan kata-kata nista membuat Alya matang sebelum usia. Sikapnya yang manja perlahan-lahan berubah kasar demi melindungi ibu dari kecaman manusia yang penuh dengan kebencian.

Fitnah yang menyelubungi membuat ketenangan dirinya bagai diragut oleh tangan manusia yang membenci keluarganya. Dugaan menimpa diri, membuat Alya rebah sehinggalah pertemuannya dengan Li JunJie.

“Kadang-kadang, perkara yang kita anggap sebagai kelemahan diri itulah sebenarnya kekuatan. Awak tak pernah terfikir betapa beruntungnya awak sebab tak boleh mendengar dan bercakap? Awak dah boleh jimat dosa mengumpat orang tau.” – ALYA.

Setiap untaian kata dari sahabat tanpa suara itu, terakam indah dalam minda lalu meletakkan Li JunJie di tempat khas dalam hidupnya.

“Hilang selera lelaki tengok kau pakai macam ni. Tak pernah terfikir nak groom diri sendiri, jadi macam perempuan lain? Come on. Kau tu perempuan kot.”
– IMAN.

“Well, sorry but I’m not trying to please you here. So, you don’t have to pay that much attention to me, Mr Boxer.” – ALYA

Till Jannah ~ Datul Dr. Ustazah Norhafizah Musa

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50
Mempunyai keluarga adalah satu nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita yang bermula dengan adanya pasangan yang soleh dan solehah. Dikembangkan keluarga kecil ini dengan kehadiran penyejuk mata yang menyenangkan hati. Dan di sinilah cabaran berganda bermula!

Membentuk akhlak yang baik dan mulia bukan kerja sehari dua, dan pastilah ia juga menuntut pengorbanan dan dedikasi masa serta tenaga. Membaca buku ini bertujuan untuk mengambil pengalaman insan lain bagi dijadikan contoh ikutan dan sempadan pemisahan. Buku ini di dalamnya ada tip-tip, titipan-titipan nasihat, tausiyah, tazkirah dan ingatan untuk kita semua.

Ya Tuhan, Ini Amat Menyakitkan ~ Khairul Hakimin Muhammad

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Anak kecil berlarian dengan baju lusuh dan seluar compang-camping. Apabila didekati, tiada tangan rupanya. Ada ibu berdiri di luar khemah, di dalamnya anak-anak sedang tidur kepenatan. Dia hanya berdiri kerana tidak tahu di mana hendak melepaskan lelah. Di tanah, panas. Rumput tiada, kerusi apatah lagi.

Kehidupan di celah runtuhan dan kerosakan umpama magis yang sukar untuk ditulis, dilukis atau digambarkan. Hanya pohon tin dan zaitun menjadi saksi. Melihat tanpa boleh membantu, memberi teduh tanpa menghilangkan haus.

Dari tahun 2011, lebih enam juta rakyat Syria menjadi pelarian dan keluar dari negara sendiri. Mereka mencari perlindungan dan lebih penting, menyambung nyawa anak-anak yang masih kecil.

Ya Tuhan, ini sangat menyakitkan.

Tuesday, 10 September 2019

Lillyann ~ Jaja Ahmad

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Yen selalu balik sini sebab Ann. Yen suka Ann." - Khazrin
Selama 3 tahun dia hanya memandang dari kejauhan dan mencintai dalam diam. Sekali dia luahkan, terduduk emaknya dan tidak terkata ayahnya.
"Selain daripada sebab suka dan cinta, ada sebab lain kenapa saya nak kahwin dengan awak." - Khazrin
"Sebab apa?" - Ann
"Sebab pak ngah dah dinodai oleh mata awak bila awak tengok pak ngah tanpa baju hari tu." - Khazrin

Berkahwin dengan jiran sendiri langsung tiada dalam kamus hidup Ann. Sementelah dengan jiran yang nampak sombong tetapi 'playful' seperti Khazrin. Tetapi yang tidak pernah terfikirkan itulah yang menjadi kenyataan. Seperti aturan takdir kehidupan yang harus dia hadamkan...
"Semua borang dah lengkap tapi ada satu borang yang masih belum terisi." - Ann

Membongkar Sejarah Kerajaan Melayu Purba Yang Hilang ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Kesedaran orang Melayu mengenai sejarah bangsanya semakin meningkat dalam dekad-dekad yang terakhir ini. Kadar celik huruf yang tinggi dan pendidikan uang tinggi telah merangsang orang Melayu untuk mengorek kembali sejarah bangsanya dan kerajaannya. Orang Melayu bukanlah orang buta sehingga tidak mengambil kisah mengenai peredaran dunia bahkan orang Melayu telah mempunyai tamadun antara yang terawal di dunia. Penemuan Tamadun Sungai Batu di Merbok Kedah yang berusia sekitar 2600 tahun telah membuka mata masyarakat dunia tentang bangsa melayu.

Oleh itu, buku ini akan membawakan kepada anda mengenai kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud di Asia Tenggara antaranya Kerajaan Champa, Kerajaan Melayu, Kerajaan Funan dan banyak lagi.

50 Ilmuwan Islam Tersohor yang Patut Diteladani ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30
Sesungguhnya, jika hadiah Nobel telah mula diperkenalkan sejak abad ke-9 lagi, tidak syak lagi bahawa penerima anugerah tersebut bermula daripada abada ke-9 hinggalah abad ke-15, semuanya akan dibolot oleh cerdik pandai Islam!

Pelbagai ikon menjadi pujaan dan sebutan dalam kalangan generasi muda serta anak-anak remaja kini. Ada antara mereka termasuklah para artis dan selebriti baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Namun kurang sekali antara kita khususnya umat Islam mengambil tahu akan tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang banyak menyumbang jasa dalam membawa agama Allah ini.

Sejak abad ke-8 hinggalah abad ke-15, sejarah ketamadunan Islam telah berjaya mewarnai sisi peradaban Islam dengan penuh kegemilangan yang amat mengagumkan. Sepanjang tempoh lebih daripada 700 tahun, telah menyaksikan kelahiran ratusan bahkan ribuan ilmuwan Islam yang cemerlang, yang telah berjaya membuka mata para cerdik pandai Barat tentang kegemilangan cerdik pandai Islam terdahulu serta betapa besarnya sumbangan mereka terhadap perkembangan ilmu moden serta pencapaian sains teknologi sekarang. Sebagai menjunjung tinggi ketinggian ilmu serta dengan mengambil ibrah daripada turunnya wahyu pertama yang bermula dengan kalimah Iqra’ atau bermaksud ‘Bacalah’; buku ini ditulis.

Konspirasi & Eksploitasi Saintis Barat Pseudosains Terhadap Asal Usul Kejadian Manusia ~ Malek Muhamat Said

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Majoriti pendukung doktrin evolusi Darwinisme (Darwinisme Sosial) adalah para saintis paleoantropologi yang bersandar sepenuhnya kepada rasionalisme. Mendakwa menggunakan kaedah saintifik tetapi sering dituduh mengeksploitasi retorik imaginasi, fantasi dan ilusi. Hampir kesemua mereka adalah golongan agnostis, skeptis dan ateis yang hidup tanpa pegangan agama. Mereka mengeksploitasi dan memanipulasi bidang sains persejarahan sehingga bidang berkenaan dicemari dengan fiksyen dan dongengan pseudosains.

Asas pegangan mereka dimulakan dengan sangkaan iaitu apabila sesuatu proses evoulsi berlaku terhadap sesuatu hidupan maka akan mucul suatu spesis yang baru. Kononnya, setiap spesis baru yang menjelma akan memiliki struktur dan bentuk yang lebih berdaya saing, kompleks dan maju. Menggunakan daya imaginasi dan fantasi, mereka mendakwa telah wujud beberapa sepsis beruk besar purba (primat) jutaan mengalami mutasi dan seterusnya bervolusi sehingga termuncullah spesis peralihan (hominid) yang berkesudahan dengan kemunculan keturunan manusia (genus homo) yang wujud sehingga ke hari ini.


Membongkar Rahsia Hadith Peringkat Zaman Sehingga Hari Kiamat ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Bermula dengan menceritakan umur dunia dan umur manusia di atas muka bumi ini, penulis mengajak para pembaca merenung beberapa peringkat zaman yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Baginda membahagikan zaman di dunia ini kepada lima peringkat;

-Zaman Kenabian (Minhaj Nubuwwah)
-Zaman Khalifah (Khalifah Al-Rasyidin)
-Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Mulkan Adhan)
-Zaman Pemerintahan Kuku Besi (Mulkan Jabariyan
-Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian (Khalifah al-Minhaj Nubuwwah).

Penulis mengajak para pemaca dan umat Islam untuk melihat pada ZAMAN DI MANA KITA SEDANG BERADA. Kini,kita memasuki Zaman Mulkan Jabariyan iaitu zaman pemerintahan diktator atau kuku besi. Walaupun zaman ini dibayangkan sebagai zaman akhir dan telah hampir dengan kiamat, tetapi kita masih belum nampak tanda-tanda jelas akan bukti-bukti kebenaran pada peringkat zaman yang dijanjikan iaitu zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut zaman Nubuwwah. Untuk mengetahui tentang peringkat zaman dengan lebih lanjut anda perlu memiliki dan membaca buku ini. Selain memaparkan peringkat-peringkat zaman, ia juga mengandungi panduan-panduan untuk menjadi insan yang selamat di dunia dan akhirat.

Kau Bukan Adiratna ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

"Seteguh manapun kepercayaan, jangan sampai tiada kosong untuk keraguan. Sungguh, aku bukan Tuhan."

Miasara, seorang wanita berumur 21 tahun. Di usianya yang muda itu, dia telah diuji dengan kematian kedua-dua orang tuanya di hadapan mata.

Tidaklah dendam dengan pembunuh, lebih kepada tidak redha atas pemergian orang tua tercinta.

"Andai Engkau boleh tunjukkan kepadaku kembali kejadian yang sebenar-benarnya terjadi kepada orang tuaku, sungguh tiada lagi raguku padaMu.”

Seperti mencabar Tuhan, dirinya dikemudi oleh emosi.

"Arghhh!"

Surat Untuk Orang Yang Putus Asa ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pernah tak terkadang, kau rasa ujian hidup yang kau lalui terlalu berat, hingga sampai satu tahap, kau rasa tersangat pedih, sedih, resah, gelisah, terseksa, gundah-gulana, sehingga kau berkali-kali nak bunuh diri Pernah tak?

Hatta, terkadang kita pernah salahkan Allah, benci Allah dan menganggap Allah kejam, kerana beri kita ujian yang bagi kita, ianya tidak lagi mampu untuk kita hadapi.

Wahai kawanku yang pernah berputus-asa dengan musibah yang melandamu, yang berputus-asa kerana depresi, yang berputus-asa dengan agama, berputus-asa dengan taubat, putus-asa dalam perubahan, rasa lemah dalam dakwah tarbiah, berputus-asa dalam mencari rezeki, berputus-asa dengan doa, berputus-asa dalam mencari ilmu, dan berputus-asa dengan usaha mencari jodoh, dan sebagainya... Saya hadiahkan surat ini buatmu.

Agar kau tahu, agar kau faham, sebenarnya, tuhan tidaklah kejam seperti yang kau sangkakan. Agar kau tahu, segala masalah yang kau lalui itu, ada jalan keluar.

Kerana itu, saya hadiahkan surat ini buatmu, SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS-ASA.

Bagaimana Menjadi Pemimpin ~ Ir Lukman Al Hakim

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Kenapa umat Islam hari ini sering dilabel lemah dan lambat, malsa dan mundur, kotor dan kolot sedangkan Islam adalah agama palinh benar yang terbaik buat seluruh alam?

Kenapa umat Islam hari ini dijajah dan diperintah, disiksa dan diperkosa, dicatu dan ditipu sedangkan tujuan penciptaan kita di atas muka bumi ini adalah untuk memimpin?

Jawapannya ialah kerana kita gagal menjadi pemimpin. Kita gagal kerana kita telah lama meninggalkan ad-din!

Sedangkan seluruh Al-Quran, kehidupan para rasul, Nabi Muhammad s.a.w serta para pejuang dakwah yang mulia amat sarat dengan nilai kepimpinan.

Checklist Muslimah ~ Zahirah Zamree

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Adakala sebagai seorang muslimah terlepas pandang dalam sesuatu yang perlu difokuskan. Itu lumrah, namun dia hendaklah bangkit dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi penggerak dakwah.

Seorang muslimah perlu ada tiga ciri utama dalam dirinya, apakah ciri-ciri tersebut? Mampukah seorang muslimah itu memperjuangkan dakwah walaupun dalam keadaan dirinya yang banyak perlu diperbaiki? Segala persoalan mengenai dakwah dan tarbiyah dalam dimensi muslimah ada di dalam buku ini!

Thursday, 5 September 2019

Insta Geram! ~ Jamal Sifufbads

(SEM & SS) RM49.90 > RM44.90

Persaingan sekarang sudah semakin sengit. Anda tak boleh tumpu pada satu platform sahaja. Antara sebab utama kenapa anda kena mulakan INSTAGRAM sekarang ialah:
  • Organic reach lebih tinggi berbanding platform lain 
  • Peluang advertising di Instagram lebih besar 
  • High engagement, high response, high reach Prospek lebih suka melepak di Instagram 
  • Trust booster 
  • Jadi, lebih banyak platform digunakan, lebih banyak awareness. Salah satunya adalah INSTAGRAM.

Wednesday, 4 September 2019

Perawan ~ Noorfadzillah

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Penemuan mayat mengecut tanpa kepala menggemparkan satu negara. Pihak polis yakin, ia perbuatan pembunuh bersiri berdarah dingin. Namun tidak pada Amirul dan Tok Yazid yang berharap andaian mereka salah apabila sesuatu dari gua terlarang itu telah dibangkitkan oleh seseorang.

Citra Hana, gadis kesayangan Amirul hilang dari kampung setelah mengalami tekanan hidup yang membuatkan dirinya tertekan. Amirul nekad mencari dan membawa balik gadis itu meski bermacam kecaman buruk daripada orang kampung tentang asal-usul Citra Hana dan keluarganya.

Apakah yang membuatkan Citra Hana berubah 360 darjah? Mampukah Amirul membawa gadis kesayangannya itu kembali ke pangkal jalan? Ini soal dendam tiga segi dan puncak ritualnya mengorbankan si perawan.

“Hutang darah dibayar darah. Hutang nyawa dibayar nyawa.” - Citra Hana

Tuesday, 3 September 2019

117 Tips Online Branding ~ Jamal Sifufbads

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

117 Tips Online Branding untuk produk jualan anda.

#On9branding: Branding Bukan Sekadar Nama ~ Jamal Sifufbads

(SEM & SS) RM65.00 > RM58.50

"Branding is a selling price" Ya, "branding" adalah bagaimana anda memberikan pengalaman kepada pelanggan yang mewakili jenama anda. Kerana pengalaman yang memberikan nilai dan manfaat kepada pelanggan anda.

Bagaimana Buat Bisnes Dari Planet Neptun ~ Jamal Sifufbads

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Khas untuk anda yang baru nak mulakan bisnes di Facebook...

Inilah buku yang dicari-cari Oleh ramai usahawan newbie! Anda akan ditunjukkan "step by step" bagaimana guna FB ADS untuk menjana sales hanya dari Facebook secara quick & easy!

Segala teknik proven SifuFBads akan dibongkarkan! Anda hanya perlu follow dan buat je...

Nak buat Fb Ads tak susah! Jika setting, teknik dan strateginya betul, ditambah dengan copywriting yang power.. InsyaAllah, iklan anda akan dapat hasilkan result yang bagus! Saya boleh katakan, ramai yang dah berjaya jana income 5 hingga 7 angka hanya dari Fb Ads. Percaya la cakap saya!

Sifufbads Copy Writing ~ Jamal Sifufbads

(SEM & S/S) RM55.00 > RM49.50
SAYA DEDAHKAN BAGAIMANA ANDA BOLEH HASILKAN COPYWRITING FB ADS YANG KILLER, SENTAP EMOSI & MAMPU MENYEDUT DUIT PELANGGAN KURANG DARI 3 HARI SELEPAS BACA BUKU INI. I’M SERIOUS..

Semua orang tahu buat FB ads.. Semua tahu menulis ayat iklan. Betu? Tapi.. tak semuä yang mampu menulis ayat iklan, atau ayat copywriting yang benar-benar- memukau dan mampu hasilkan sales yang dimahukan. Betul?

That’s why saya korbankan masa saya menulis buku ini untuk anda! Pengalaman saya, kajian saya, pengalaman daripada pelajar saya, yang telah hasilkan -impak luar biasa.. Yang telah hasilkan sales yang mengagumkan.. Yang telah lahirkan ramai jutäwan Facebook….

…Inilah, mazhab Copywriting Sifufbads!

Segala rahsia, segala formula, segala teknik.. Paling killer dalam mazhab Copywriting Sifufbads,
bakal DIDEDAHKAN pada anda dalam buku ini.
Ya.. Buku ini! Buku yang telah ditunggu-tunggu selama ini… Buku yang bakal merubah-fandskap
bisnes anda, melalui pemasaran FB Ads..

Erna De'Xandra ~ Ernayanee Nur Julaimi

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Kisah Kejayaan ERNA DE'XANDRA yang menjadi inspirasi untuk semua peniaga
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...