Kenapa umat Islam hari ini sering dilabel lemah dan lambat, malsa dan mundur, kotor dan kolot sedangkan Islam adalah agama palinh benar yang terbaik buat seluruh alam?
Kenapa umat Islam hari ini dijajah dan diperintah, disiksa dan diperkosa, dicatu dan ditipu sedangkan tujuan penciptaan kita di atas muka bumi ini adalah untuk memimpin?
Jawapannya ialah kerana kita gagal menjadi pemimpin. Kita gagal kerana kita telah lama meninggalkan ad-din!
Sedangkan seluruh Al-Quran, kehidupan para rasul, Nabi Muhammad s.a.w serta para pejuang dakwah yang mulia amat sarat dengan nilai kepimpinan.
Buku ini cuba menyelongkar ramuan paling mujarab dari semua sumber ini bagi melahirkan pemimpin luar biasa yang mampu mentransformasi umat dan mengalahkan musuh sehingga lumat:
1. Menerangkan kepimpinan dari sudut pandang Islam yang holistik.
2. Memasyarakatkan kepimpinan supaya setiap orang merasakannya relevan, mudah dan sangat berkuasa.
3. Menggilap mutiara pengajaran daripada kisah kepimpinan para rasul, siri peperangan Nabi Muhammad s.a.w dan pengalaman peribadi penulis sendiri.
4. Memperincikan tips dan teknik yang amat praktikal bagi menguasai kemahiran pengurusan,
mempengaruhi dan spiritual.
5. Menjadi manual ringkas kepimpinan bagi menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan yang menghimpit.